Songlap | |
---|---|
Pengarah |
|
Penulis | Fariza Azlina Isahak |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Haris Hue Abdullah |
Disunting oleh | Wong Hui Lynn |
Muzik oleh | Monoloque |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 1.17 juta |
Pecah panggung | RM 2.13 juta |
Songlap merupakan sebuah filem aksi drama Malaysia 2011 yang ditayangkan di pawagam pada 15 Disember 2011. Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini menampilkan dua pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Shaheizy Sam (FFM 23), Syafie Naswip (FFM 22), dan muka baru, Sara Ali sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini meraih pencalonan terbanyak dalam sejarah Festival Filem Malaysia(FFM) dengan menerima 15 nominasi daripada 23 kategori yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia ke-25
Sinopsis
Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.
Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?
Pelakon
- Shaheizy Sam sebagai Am
- Syafie Naswip sebagai Ad
- Sara Ali sebagai Hawa
- Omar Abdullah sebagai Bapa Hawa
- Rozie Rashid sebagai Mak Minah
- Hasnul Rahmat sebagai Abang Mat
- Normah Damanhuri sebagai Rita
- Fauzi Nawawi sebagai Chipun
- Lisdawati sebagai Isteri pembeli anak
- Eizlan Yusof sebagai Suami pembeli anak
- Nasir Jani sebagai Pemandu Teksi
- Rashidi Ishak sebagai Man Remos
- Izzue Islam sebagai Razak
- Ken Ridzuan sebagai Hamzah
- Kenji Sawahi sebagai Dr. Lee
- Eliza Wong sebagai Mama
Keluaran
Kutipan
Kutipan bagi filem ini mencecah RM 2.13 juta.
Ulasan
Filem ini dilihat menunjukan gambaran yang sebenar tentang sindiket penjualan bayi dan lain-lain. Kehidupan yang serba kelam ditambah dengan teknik visual memberikan gambaran penonton akan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat tanpa disedari oleh semua. Dari segi lakonan, Shaheizy Sam berjaya membuktikan dirinya pelakon yang penuh warna. Sebagai Am, beliau berjaya menunjukan lakonan seorang yang bergantung hidup dengan menjual bayi dan berjudi dengan baik. Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM 22, Syafie Naswip, dilihat belum hilang taringnya. Lakonannya sebagai Ad, adik yang ingin membantu abangnya dari jenayah penjualan bayi, memberi kesan kepada penonton sehingga tercalon sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM ke-25. Begitu juga, Sara Ali yang tercalon sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM ke-25, walaupun dialognya kurang dipertuturkan dalam filem, riak wajahnya sudah cukup menunjukan kesengsaraan yang dialami sebagai mangsa rogol bapa sendiri. Keseluruhan, cerita ini berjaya menyampaikan mesej yang tertanam dalam filem ini[1].
Anugerah dan pencalonan
Majlis Anugerah | Kategori | Penerima | Hasil |
---|---|---|---|
Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013[2] | Filem Terbaik (Aksi)[3] | Lina Tan Ahmad Puad Onah Lee Mee Fung |
Menang |
Pengarah Terbaik | Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Shaheizy Sam | Menang | |
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Normah Damanhuri | Tercalon | |
Lakon Layar Terbaik | Fariza Azlina Ishak | Tercalon | |
Suntingan Terbaik | Wong Hui Lynn | Tercalon | |
Fotografi Filem Terbaik | Tercalon | ||
Festival Filem Malaysia ke-25 [4][5] | Filem Terbaik | Lina Tan Ahmad Puad Onah Lee Mee Fung |
Tercalon |
Pengarah Terbaik | Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak | Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Shaheizy Sam | Tercalon | |
Pelakon Wanita Terbaik | Sara Ali | Tercalon | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Syafie Naswip | Menang | |
Omar Abdullah | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Normah Damanhuri | Menang | |
Sinematografi Terbaik | Haris Hue Abdullah | Menang | |
Lakon Layar Terbaik | Fariza Azlina Ishak | Tercalon | |
Cerita Asal Terbaik | Fariza Azlina Ishak | Tercalon | |
Suntingan Terbaik | Wong Hui Lynn | Menang | |
Skor Muzik Asal Terbaik | Khairil Ridzuan Annuar (Loque) | Tercalon | |
Penataan Seni Terbaik | Angie Choo | Tercalon | |
Penataan Bunyi Terbaik | Zolkefli Mat Tahir | Tercalon | |
Pereka Kostum / Busana | Mohd Sharelzahadi Koh | Tercalon | |
Anugerah Skrin 2012[6] [7] | Filem Terbaik | Primeworks Studios Sdn Bhd | Tercalon |
Pengarah Terbaik | Fariza Azlina / Effendee Mazlan | Menang | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Shaheizy Sam | Menang | |
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Shafie Naswip | Menang | |
Lakon Layar Terbaik | - | Tercalon | |
Anugerah Kritik Perfileman Kuala Lumpur 2012 [8] [9] | Filem Terbaik | Lina Tan Ahmad Puad Onah Lee Mee Fung |
Menang |
Pengarah Terbaik | Effendee Mazlan Fariza Azlina Isahak |
Tercalon | |
Pelakon Lelaki Terbaik | Syafie Naswip | Tercalon | |
Shaheizy Sam | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Abdullah Omar | Tercalon | |
Hasnul Rahmat | Tercalon | ||
Fauzi Nawawi | Tercalon | ||
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik | Normah Damanhuri | Menang | |
Sinematografi Terbaik | Haris Hue Abdullah | Menang | |
Lakon Layar Terbaik | Fariza Azlina Isahak | Menang | |
Anugerah Blockbuster 2012[10] [11] | Anugerah Filem Aksi Terhebat | Lina Tan Ahmad Puad Onah Lee Mee Fung |
Tercalon |
Anugerah Watak Penyangak Terhebat | Hasnol Rahmat | Tercalon |
Lihat juga
Rujukan
- ^ http://www.tupai.com.my/2011/12/ulasan-songlap.html
- ^ http://www.budiey.com/senarai-penuh-pencalonan-aiffa-2013/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-02. Dicapai pada 2013-04-18.
- ^ http://www.ohbulan.com/ffm-25-grand-brilliance-dominasi-anugerah-perdana-dengan-filem-songlap/
- ^ http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2013/2/19/mstar_hiburan/20130219162445&sec=mstar_hiburan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-11. Dicapai pada 2012-11-12.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-11. Dicapai pada 2021-08-12.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-04. Dicapai pada 2012-10-08.
- ^ http://perangfilem1.blogspot.com/2012/10/keputusan-anugerah-majlis-pengkritik.html
- ^ http://www.astrogempak.com.my/anugerahblokbuster/LamanUtama.aspx
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-07. Dicapai pada 2012-10-08.