Limau | |
---|---|
Oren (kultivar Citrus × sinensis) | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | |
Genus: | Citrus |
Spesies dan kacukan | |
Spesies utama: Kacukan utama: | |
Sinonim | |
Eremocitrus |
Limau (Jawi: لیماو ) atau jeruk (Jawi: جروق ) merupakan istilah am bagi serumpun tumbuhan berbunga dalam genus Citrus keluarga Rutaceae. Genus Citrus diyakini berasal dari kawasan benua Asia meliputi Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan; hingga ke rantau Oceania, terutamanya Australia, New Caledonia dan New Guinea.[1][2][3][4]. Tempat-tempat berikut inilah dipercayai sebagai tanah leluhur beberapa jenis limau komersial seperti oren, mandarin dan lemon. Pertanian buah limau diperluas sejak zaman purbakala; antara contoh terbaik ialah oren, lemon, limau gedang dan limau nipis.
Peristilahan
Perkataan limau dalam bahasa Melayu berasal daripada akar Melayu-Polinesia Barat *limaw yang sama maksudnya, malah seasal dengan limo yang terdapat dalam bahasa-bahasa Jawa, Bali dan Sasak dan juga lebih kurang sama maksudnya.[5] Boleh jadi bahawa perkataan "limau" berkongsi asal-usul dengan nimbū dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud limau; limau dan nimbū juga dihujahkan sebagai diserap ke dalam bahasa Parsi (dalam bentuk لیمو līmū), bahasa Arab (ليمون laymūn), bahasa Portugis (lima, limão) dan bahasa Inggeris (lemon, lime).[6]
Perkataan jeruk dipinjamkan daripada kata Jawa: ꦗꦼꦫꦸꦏ꧀ , translit. jeruk.[7]
Taksonomi
Nama genus Citrus berasal daripada bahasa Latin yang dipakai kepada spesies tumbuhan yang digelar limau mata kerbau (C. medica) atau sejenis pokok konifer (Thuja). Nampaknya ia ada pertalian dengan perkataan Yunani Kuno iaitu κέδρος (kédros) yang bermaksud pokok araz. Ini mungkin berpunca daripada keseirasan bau daun dan buah limau dengan araz.[8]
Taksonomi dan sistematik genus limau adalah rumit. Jumlah sebenar spesies semula jadinya tidak jelas kerana banyak spesies yang diberi nama ialah kacukan yang dibiakkan secara klon melalui benih (secara apomiksis), malah terdapat bukti genetik bahawa sesetengah spesies biak baka tulen yang liar adalah berketurunan kacukan.[9]
Limau tani mungkin terbit daripada tiga hingga empat spesies leluhur. Kajian terbaru mendapati bahawa hanya tiga jenis buah limau asli yang wujud iaitu limau mata kerbau, limau bali dan limau mandarin, sementara semua jenis limau yang lain tercipta melalui pengacukan semula jadi mahupun buatan.[10] Antara jenis kacukan semula jadi mahupun tanaman ialah buah-buahan yang bernilai komersial tinggi seperti oren, gedang, lemon, nipis, kesturi dan sesetengah tangerin.
Botani
Pokok
Pokok limau terdapat dalam bentuk pokok renek besar ke pohon bersaiz kecil ke sederhana yang mencapai ketinggian 5–15 meter, dengan pucuk berduri dan daun-daun malar hijau bertepi sekata yang tersusun berselang-selang.
Bunganya tumbuh secara sekuntum-sekuntum ataupun berbulir-bulir kecil. Setiap kuntum bunganya berdiameter 2–4 sentimeter, berkelopak putih lima (jarang sekali empat) dengan banyak stamen. Bunga limau biasanya berbau kuat.
Buah
Buah limau merupakan hesperidium, iaitu suatu beri khusus yang berbentuk globos (bola) atau memanjang (bujur), dengan kulit liat yang dipanggil perikarpa. Ukuran buah panjangnya 4–30 sm dengan garis pusat 4–20 sm. Lapisan perikarpa yang paling luar ialah "eksokarpa" yang dipanggil flavedo ataupun umum dikenali sebagai zest. Lapisan tengah perikarpa ialah mesokarpa yang terdiri daripada "albedo" yang putih dan mampung. Lapisan yang paling dalamnya ialah endokarpa. Isi buah limau terdiri daripada beberapa ulas, ruang setiap ulas mempunyai lokul yang berisi vesikel jus atau "pulpa". Di celah-celah ulas adalah "rerambut" seakan tali yang menjangkau dari endokarpa ke lokul untuk menyalurkan zat kepada buah.[11][12]
Buah limau terkenal dengan bau harumannya yang berpunca antara lainnya daripada bahan flavonoid dan limonoid (jenis-jenis terpena) yang terkandung dalam kulit, malah kebanyakannya berisi jus. Jus limau mengandungi banyak asid sitrik yang merupakan punca rasa pedarnya yang tersendiri. Genus Citrus tinggi nilai ekonominya kerana banyak spesiesnya yang ditanam untuk buahnya yang boleh dimakan bulat-bulat, diperah jusnya ataupun diawet dalam marmalad atau jeruk.
Limau ialah sumber vitamin C dan flavonoid yang bagus. Flavonoidnya ialah pelbagai jenis flavanon and flavon.[13]
Senarai jenis limau
Genus Citrus berasal dari Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan dan Oceania. Sebelum dipertanikan oleh manusia, hanya terdapat beberapa spesiesnya, iaitu:
- Citrus aurantiifolia – limau nipis, dari India
- Citrus crenatifolia – dari Sri Lanka
- Citrus maxima – limau bali, dari Kepulauan Melayu
- Citrus medica – Citron, dari India
- Citrus reticulata – limau mandarin, dari China
- Citrus trifoliata – dari Korea dan wilayah China berdekatan
- Limau Australia
- Citrus japonica – kumkuat, dari Asia Timur ke Asia Tenggara
- Papeda, termasuk
- Citrus halimii – limau kedut kera, dari Thailand dan Semenanjung Melayu
- Citrus indica – dari India[14]
- Citrus macroptera – dari Indochina dan Melanesia[14]
- Citrus latipes – dari Assam, Meghalaya, Burma[14]
Kacukan dan kultivar
Disusun mengikut keturunan. Setiap kacukan ialah hasil daripada (sekurang-kurangnya) dua spesies induk, maka ia tersenarai banyak kali.
Asas Citrus maxima
- Amanatsu, natsumikan – Citrus ×natsudaidai (C. maxima × unknown)
- Cam sành – (C. reticulata × C. ×sinensis)
- Limau gedang – Citrus ×paradisi (C. maxima × C. ×sinensis)
- Imperial lemon – (C. ×limon × C. ×paradisi)
- Kinnow – (C. ×nobilis × C. ×deliciosa)
- Kiyomi – (C. ×sinensis × C. ×unshiu)
- Lemon – (mungkin C. maxima × C. medica)
- Minneola tangelo – (C. reticulata × C. ×paradisi)
- Orangelo, Chironja – (C. ×paradisi × C. ×sinensis)
- Oroblanco, Sweetie – (C. maxima × C. ×paradisi)
- Oren (limau manis) – Citrus ×sinensis (mungkin C. maxima × C. reticulata)
- Tangelo – Citrus ×tangelo (C. reticulata × C. maxima or C. ×paradisi)
- Tangor – Citrus ×nobilis (C. reticulata × C. ×sinensis)
- Ugli – (C. reticulata × C. maxima or C. ×paradisi)
Asas Citrus medica
- Limau tangan Buddha – Citrus medica var. sarcodactylus, limau berjejari.
- Jenis mata kerbau berpulpa masam – Diamante, Florentine, Yunani dan Balady
- Jenis mata kerbau berpulpa manis – Corsica dan Maghribi
- Etrog, serumpun kultivar mata kerbau yang digunakan untuk upacara Yahudi tradisional
- Fernandina – Citrus ×limonimedica (mungkin (C. medica × C. maxima) × C. medica)
- Lemon Ponderosa – (mungkin (C. medica × C. maxima) × C. medica)
- Lemon – (mungkin C. medica × C. maxima)
- Lumia - kacukan lemon berbentuk pear, (mungkin C. medica x C. limon)
- Rhobs el Arsa – "roti kebun", kacukan mata kerbau dengan lemon asal Maghribi
- Mata kerbau Yaman – mata kerbau sejati tanpa pulpa.
Asas Citrus reticulata
- Oren Bergamot – Citrus ×aurantium ssp. bergamia atau Citrus ×bergamia
- Oren pahit, oren Seville – Citrus ×aurantium
- Oren darah – Kultivar Citrus ×sinensis
- Cam sành – (C. reticulata × C. ×sinensis)
- Chinotto – Citrus ×aurantium var. myrtifolia or Citrus ×myrtifolia
- ChungGyun – Kultivar Citrus reticulata
- Clementine – Citrus ×clementina
- Cleopatra Mandarin – Citrus ×reshni
- Siranui – Citrus reticulata cv. 'Dekopon' (ChungGyun × Ponkan)
- Daidai – Citrus ×aurantium var. daidai or Citrus ×daidai
- Hermandina – Citrus reticulata cv. 'Hermandina'
- Imperial lemon – ((C. maxima × C. medica) × C. ×paradisi)
- Kinnow, Wilking – (C. ×nobilis × C. ×deliciosa)
- Kiyomi – (C. sinensis × C. ×unshiu)
- Laraha – C. ×aurantium ssp. currassuviencis
- Limau gedang – Citrus ×paradisi (C. maxima × C. ×sinensis)
- Limau kasturi, kalamansi – (Citrus reticulata × Citrus japonica)
- Limau Meyer, Lemon Lembah – Citrus ×meyeri ((C. maxima × C. medica) × C. ×paradisi or C. ×sinensis)
- Mandarin Mediterranean, Willow Leaf – Citrus ×deliciosa
- Michal mandarin – Citrus reticulata cv. 'Michal'
- Mikan, Satsuma – Citrus ×unshiu
- Naartjie – (C. reticulata × C. nobilis)
- Mandarin Nova, Clemenvilla
- Orangelo, Chironja – (C. ×paradisi × C. ×sinensis)
- Oren/limau manis – Citrus ×sinensis (mungkin C. maxima × C. reticulata)
- Oroblanco, Sweetie – (C. maxima × C. ×paradisi)
- Ponkan – Citrus reticulata cv. 'Ponkan'
- Rangpur, Lemanderin, Mandarin Lime – Citrus ×limonia ((C. reticulata × C. maxima) × C. medica)
- Tangelo – Citrus ×tangelo (C. reticulata × C. maxima or C. ×paradisi)
- Tangerin – Citrus ×tangerina
- Tangor – Citrus ×nobilis (C. reticulata × C. ×sinensis)
- Ugli – (C. reticulata × C. maxima or C. ×paradisi)
- Yuzu – Citrus ×junos (C. reticulata × C. ×ichangensis)
Rujukan
- ^ YuQiu Liu; Heying, Emily; Tanumihardjo, Sherry A. (2012). "History, Global Distribution, and Nutritional Importance of Citrus Fruits". Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety. 11 (6). doi:10.1111/j.1541-4337.2012.00201.x.
- ^ Gmitter, Frederick G.; Hu, Xulan (1990). "The possible role of Yunnan, China, in the origin of contemporary Citrus species (Rutaceae)". Economic Botany. 44 (2): 267–277. doi:10.1007/BF02860491.
- ^ United Nations Conference on Trade and Development. Market Information in the Commodities Area: Citrus fruits [1]
- ^ Scora, Rainer W. (1975). "On the History and Origin of Citrus". Bulletin of the Torrey Botanical Club. 102 (6): 369–375. doi:10.2307/2484763.
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*limaw — lime, citrus fruit". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 19 Januari 2015.
- ^ Blench, Roger (2008). "A history of fruits on the Southeast Asian mainland" (PDF). Occasional Paper 4: Linguistics, Archaeology and the Human Past. Cambridge, United Kingdom: Kay Williamson Educational Foundation: 115–137. Dicapai pada 19 Januari 2015.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "jĕrok". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 468 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Spiegel-Roy, Pinchas; Eliezer E. Goldschmidt (1996). Biology of Citrus. Cambridge University Press. m/s. 4. ISBN 978-0-521-33321-4.
- ^ Nicolosi et al. (2000)
- ^ Citron Cultivation, Production and Uses in the Mediterranean Region
- ^ Citrus fruit diagram
- ^ The Free Dictionary: "Lith"
- ^ Nogata, Yoichi; Sakamoto, Koji; Shiratsuchi, Hiroyuki; Ishii, Toshinao; Yaho, Masamichi; Ohta, Hideaki (2006). "Flavonoid Composition of Fruit Tissues of Citrus Species". Bioscience, Biotechnology, and Biochemistry. 7 (1): 178–192. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2007. Dicapai pada 19 Januari 2015.
- ^ a b c GRIN. "Species list in GRIN for genus Citrus". Taxonomy for Plants. National Germplasm Resources Laboratory, Beltsville, Maryland: USDA, ARS, National Genetic Resources Program. Dicapai pada Jan 6, 2011.