Sitotoksin ialah bahan yang membawa kepada kerosakan kepada sel. Bahan-bahan yang mempunyai sifat kesitotoksikan termasuk bahan kimia, sel imun dan beberapa jenis bisa, misalnya bisa ular atau labah-labah.
Fisiologi sel
Merawat sel dengan sebatian sitotoksik dapat menghasilkan beberapa kesan terhadap sel. Sel-sel mungkin mengalami nekrosis, proses yang meneybabkan sel-sel hilang keutuhan membran dan seterusnya mati dengan pantas akibat lisis sel. Pertumbuhan aktif sel-sel dan sel-sel berhenti membahagi (kebolehhidupan sel menurun), atau sel-sel boleh menghidupkan program genetik yang mengakibatkan kematian sel yang terkawal (apoptosis).
Sel yang mengalami nekrosis secara tipikalnya menjadi bengkak dengan cepat, hilang keutuhan membran, menghentikan metabolisme and melepaskan kandungannya ke dalam environmen. Sel yang mengalami nekrosis pantas in vitro tidak mempunyai masa mahupun tenaga yang mencukupi untuk mengaktifkan jentera apoptosis dan tidak akan mengeluarkan penanda apoptosis.[1] Apoptosis dicirikan dengan peritiwa-peristiwa sitologi dan molekul yang teratur termasuk perubahan indeks biasan sel, pengecutan sitoplasma, pemeluwapan nukleus dan rekahan DNA yang menjadi cebisan bersaiz tetap.[2] Sel yang dikultur yang mengalami apoptosis akhirnya menjalani nekrosis sekunder. Sel ini akan menghentikan metabolisme, hilang keutuhan membran dan menjalani lisis.[2][3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Promega Corporation (2006) Protocols and Applications Guide. Cell Viability. Diarkibkan 2010-08-10 di Wayback Machine
- ^ a b Promega Corporation (2007) Protocols and Applications Guide. Apoptosis. Diarkibkan 2010-07-26 di Wayback Machine
- ^ Riss TL, Moravec RA (2004). "Use of multiple assay endpoints to investigate the effects of incubation time, dose of toxin, and plating density in cell-based cytotoxicity assays". Assay Drug Dev Technol. 2 (1): 51–62. doi:10.1089/154065804322966315. PMID 15090210. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan)
Pautan luar
- Cytotoxins di Tajuk Subjek Perubatan (MeSH) Perpustakaan Perubatan Negara Amerika Syarikat
- Cytotoxicity Assays, Promega Corporation Diarkibkan 2008-12-04 di Wayback Machine