Dato' Siow Chen Pin D.P.N.S. | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Chennah | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Didahului oleh | Lim Yong @ Lim Chen |
Digantikan oleh | Anthony Loke Siew Fook |
Majoriti | 1,298 (PRU-12) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1965 |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Persatuan Cina Malaysia |
Kediaman | Negeri Sembilan |
Dato' Siow Chen Pin ialah seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri untuk kawasan DUN Chennah (N1) dan bekas guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chun Yin, Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 1965 dan bertanding atas tiket Parti Persatuan Cina Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada parti gabungan Barisan Nasional.[1] Beliau juga merupakan bekas konsul Kementerian Luar Negeri Malaysia sejak 2016 sehingga tahun 2018.[2]
Keputusan pilihan raya
Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2008: Chennah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
DUN | Bil. | Calon | Parti | Undian yang didapatkan | Status | Majoriti | |
Chennah | 1 | Siow Chen Pin | Barisan Nasional | 4,091 | Menang | 1,298 | |
2 | How Wee Shiong | Parti Tindakan Demokratik | 2,793 | Tewas | |||
Rujukan: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.[3] |
Anugerah dan pengiktirafan
- Negeri Sembilan
- Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (D.P.N.S.) - Dato' (2010)
Rujukan
- ^ "MCA rep for Chennah". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: New Straits Times Press. 18 Februari 2008. m/s. 8. Dicapai pada 31 Ogos 2021.
- ^ "MCA's Siow appointed as consul-general to Kunming". The Star Malaysia Online (dalam bahasa Inggeris). Star Media Group. 27 Mei 2016. Dicapai pada 31 Ogos 2021.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2021.