| Shigeo Nagashima 長嶋 茂雄 | |||
|---|---|---|---|
Nagashima pada 1962 | |||
| Third baseman | |||
| Dilahirkan: 20 Februari 1936 Sakura, Chiba, Empayar Jepun | |||
| Meninggal dunia: 3 Jun 2025 (umur 89) Tokyo, Jepun | |||
| |||
| NPB debut | |||
| 5 April, 1958, untuk Yomiuri Giants | |||
| Penampilan terakhir | |||
| 14 Oktober, 1974, untuk Yomiuri Giants | |||
| Statistik NPB | |||
| Purata pukulan | .305 | ||
| Home run | 444 | ||
| Pukulan | 2,471 | ||
| RBI | 1,522 | ||
| Rekod menang–kalah | 1,034–948 | ||
| % kemenangan | Templat:Winning percentage | ||
| Pasukan | |||
| |||
| Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
| |||
| Ahli Jepun | |||
| Pelantikan | 1988 | ||
Shigeo Nagashima (長嶋 茂雄, Nagashima Shigeo, 20 Februari 1936 – 3 Jun 2025) ialah seorang bekas pemain dan pengurus besbol profesional Jepun. Nagashima mula bermain besbol sejak di sekolah rendah sebelum meneruskan permainan di sekolah menengah di Wilayah Chiba, yang terletak di rantau Kanto, dan seterusnya bermain sebagai penjaga tapak ketiga untuk Universiti Rikkyo. Selepas memenangi gelaran juara pukulan selama dua tahun berturut-turut dalam Liga Besbol Big6 Tokyo, Nagashima memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1958 bersama Yomiuri Giants selepas menandatangani kontrak beberapa bulan sebelumnya.
Dalam musim pertamanya, beliau mendahului liga dalam jumlah pukulan home run (29 pukulan) dan jumlah larian hasil pukulan (RBI, 92), sekali gus meraih Anugerah Rookie Terbaik. Seterusnya, Nagashima dan Sadaharu Oh menjadi pasangan pemukul terhebat dalam sejarah besbol Jepun, dengan Nagashima memenangi Anugerah Pemain Terbaik (MVP) sebanyak lima kali sepanjang kerjayanya.
Selepas bersara pada tahun 1974, Nagashima dilantik sebagai pengurus Yomiuri Giants dari 1975 hingga 1980, dan sekali lagi dari 1993 hingga 2001. Sepanjang tempoh itu, beliau berjaya membawa pasukan Giants menjuarai Japan Series sebanyak dua kali.
Gelaran yang sering dikaitkan dengannya termasuk "Mr. Pro Baseball", "Mr. Giants", dan "Hot Man of Japan." Nagashima dianggap sebagai tokoh kebangsaan yang disayangi di Jepun selepas Perang Dunia Kedua, sebaris dengan ikon budaya seperti Hibari Misora dan Yujiro Ishihara. Keperibadiannya yang ceria dan karismatik menjadikannya disukai ramai, bukan sahaja oleh peminat Yomiuri Giants, tetapi juga oleh masyarakat Jepun secara keseluruhan.
Kerjaya profesional
Nagashima memulakan debut profesionalnya pada April 1958, namun mengalami permulaan yang sukar apabila beliau tersingkir (strikeout) dalam keempat-empat percubaannya menentang pemain pelempar terkenal, Masaichi Kaneda.[1][2] Secara kebetulan, Sadaharu Oh juga mengalami nasib sama dalam perlawanan sulungnya menentang Kaneda. Walaupun begitu, menjelang pertengahan musim, Nagashima berjaya menjadi pemukul utama bagi pasukan Yomiuri Giants,[3] yang kemudiannya menjuarai kejuaraan liga pada tahun tersebut.
Pada musim itu, Nagashima mendahului liga dalam pukulan home run (29) dan jumlah larian hasil pukulan (RBI, 92), dan seterusnya meraih Anugerah Rookie Terbaik.[4][5] Beliau hampir mencatat statistik .300 purata pukulan, lebih 30 home run dan 30 stolen base dalam musim pertamanya, namun satu home run dibatalkan kerana beliau terlupa memijak tapak pertama ketika berlari mengelilingi padang selepas melakukan pukulan tersebut. Walau bagaimanapun, beliau tetap menamatkan musim dengan purata pukulan .305 dan 37 stolen base. Giants mara ke Japan Series 1958, memenangi tiga perlawanan pertama, namun akhirnya tewas kepada Nishitetsu Lions, yang bangkit menjuarai siri tujuh perlawanan itu dengan keputusan 4–3.[6] Nagashima sendiri menyumbang dua home run dalam siri tersebut.
Antara perlawanan paling diingati dalam kariernya ialah pada 25 Jun 1959, apabila Maharaja Hirohito menghadiri perlawanan besbol buat pertama kali. Dalam perlawanan itu, Nagashima memukul home run kemenangan menentang pemain pelempar Minoru Murayama,[7] manakala pemain baru Sadaharu Oh turut melakukan satu home run.
Gabungan pemukul utama Giants bersama Oh sebagai pemukul ketiga dan Nagashima sebagai pemukul keempat dikenali sebagai "ON Hō" (merujuk kepada “Oh–Nagashima Cannon”), melambangkan kekuatan duo pemukul terhebat Jepun ketika itu.[8] Giants menjuarai liga selama sembilan tahun berturut-turut dari 1965 hingga 1973, dengan Oh dan Nagashima menguasai gelaran pemukul terbaik sepanjang tempoh itu.
Sepanjang kariernya, Nagashima memenangi Anugerah Pemain Terbaik (MVP) sebanyak lima kali, serta menerima Anugerah Best Nine pada setiap tahun kerjayanya, menjadikannya 17 kali penerima berturut-turut.[9] Disebabkan penguasaannya yang luar biasa bersama Giants, beliau digelar "Mr. Pro Baseball" dan "Mr. Giants" oleh peminat besbol Jepun.[10]
Selepas memenangi gelaran pemukul terbaik buat kali keenam dalam kariernya pada tahun 1971, prestasi Nagashima mula merosot secara mendadak, dan beliau tidak lagi mampu mencapai statistik pukulan seperti ketika zaman kemuncaknya.[11] Pihak pengurusan pasukan Yomiuri Giants merancang untuk melantik Nagashima sebagai pengurus bagi menggantikan Tetsuharu Kawakami, yang telah menerajui pasukan selama 14 tahun. Oleh itu, dalam musim-musim terakhirnya, Nagashima berperanan sebagai pemain dan jurulatih secara serentak.[12][13]
Pada tahun 1974, pasukan Chunichi Dragons berjaya menamatkan rekod sembilan tahun kejuaraan berturut-turut Giants dengan memenangi kejuaraan liga. Nagashima pula menamatkan kerjaya pemainnya pada 14 Oktober 1974 dalam perlawanan menentang Dragons, di mana beliau dikeluarkan melalui pukulannya ke arah pemain pemadang dekat pasukan lawan yang seterusnya menghasilkan permainan double play dalam pukulan terakhirnya. Perlawanan itu diakhiri dengan upacara persaraan yang penuh gemilang dan menyentuh hati.[14][15]
Catatan
- ^ "【長嶋茂雄さんデビュー戦復刻】開幕戦で国鉄金田正一と対戦4打席4三振「ご覧の通りです」". Yahoo Japan (dalam bahasa Jepun). June 3, 2025. Dicapai pada June 7, 2025.
- ^ "Sadaharu Oh". Society for American Baseball Research (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 7, 2025.
- ^ "1958 Japan Central League". Baseball Reference (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 7, 2025.
- ^ Hiragana Times, "'Mr. Baseball' – The Legendary Uniform #3", Volume #294, April 2011, pp. 26–29.
- ^ "走攻守に華のあるプレーで魅了 空振りも絵になる長嶋茂雄さん". Chunichi Shimbun (dalam bahasa Jepun). June 3, 2025. Dicapai pada June 7, 2025.
- ^ 1958年度日本シリーズ 試合結果 [1958 Japan Series Results] (dalam bahasa Japanese). Nippon Professional Baseball. Diarkibkan daripada yang asal pada March 25, 2010. Dicapai pada June 8, 2025.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Harada, Akio (October 29, 2023). "【あの日】1959.6.25、天覧試合。後楽園球場で4番・長嶋が放ったサヨナラ弾". sports.pen-and.co.jp (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada June 8, 2025.
- ^ "史上最強コンビ「ON」 アベック本塁打106回―王と長嶋". Yahoo Japan (dalam bahasa Jepun). June 4, 2025. Dicapai pada June 9, 2025.
- ^ "「真の超人、天才打者」長嶋茂雄さんの現役時代の成績に、野球ファン仰天「プロ17年で、ベストナイン17回、オールスター17回って…」「やっぱりミスタープロ野球」". Yahoo Japan (dalam bahasa Jepun). June 4, 2025. Dicapai pada June 9, 2025.
- ^ Foster, Jason (June 3, 2025). "Nagashima, 'Mr. Pro Baseball' of Japan, dies at 89". MLB.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada June 9, 2025.
- ^ "巨人2500勝決めた長嶋茂雄の一振り…6000勝まであと1勝". Hochi News (dalam bahasa Jepun). May 15, 2020. Dicapai pada June 9, 2025.
- ^ "じつは"非情な監督"長嶋茂雄は巨人退任時「もう一人の長嶋を作りたい」と嘆いた…「わがままは許されない」超一流バッターでも送りバント". Yahoo Japan (dalam bahasa Jepun). June 8, 2025. Dicapai pada June 9, 2025.
- ^ "川上哲治・元巨人監督が死去 打撃の神様、V9の名監督". Yomiuri Giants (dalam bahasa Jepun). October 30, 2013. Dicapai pada June 9, 2025.
- ^ "長嶋茂雄の"ラストゲーム"は若手と控えで…引退試合か優勝パレードか 日程重なった巨人と中日の譲れない思い". Chunichi Shimbun (dalam bahasa Jepun). June 4, 2025. Dicapai pada June 9, 2025.
- ^ "長嶋茂雄とドラゴンズ、数奇な因縁を追憶 ― すれ違い、奪われ、それでも"ナガシマさんは特別だった"". Yahoo Japan (dalam bahasa Jepun). June 4, 2025. Dicapai pada June 9, 2025.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Shigeo Nagashima |
- Career statistics from Baseball Reference (Minors)








