Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2025 | |
Tarikh | 7 Mac 2025 |
---|---|
Lokasi | Balairung Seri, Istana Negara |
Penyebab | Hari Wilayah Persekutuan |
Hasil | 32 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat |
Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 telah diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 7 Mac 2025.
Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan 2025:[1]
Komposisi penerima
- Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri: 2
- Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk: 9
- Johan Mahkota Wilayah (JMW): 6
- Kesatria Mahkota Wilayah (KMW): 5
- Ahli Mahkota Wilayah (AMW): 4
- Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW): 6
Senarai penerima
Seri Mahkota Wilayah
Penerima darjah S.M.W. ini membawa gelaran Datuk Seri. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- YB Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
- Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan
Panglima Mahkota Wilayah
Penerima darjah P.M.W. ini membawa gelaran Datuk. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- YB Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi Malaysia
- Datuk Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji
- Datuk Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
- Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
- Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang Istana Negara
- Datuk Dickson Dollah, Ketua Pengarah Laut, Jabatan Laut Malaysia
- Datuk Ts. Dr. Fazidah Abu Bakar, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara
- Datuk Muhammad Razman Abu Samah, Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia
Johan Mahkota Wilayah
Penerima darjah J.M.W. ini membawa tidak membawa sebarang gelaran. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- LAr. Haslinda Khalid, Perbadanan Putrajaya
- Mohammed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) Pusat Pungutan Zakat-MAIWP
- Mokhtaruddin Lamsin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan & Pengembangan) Arkib Negara Malaysia
- Norrani Eksan, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan)
- Shahruddin Yusof, Pengarah Planetarium Negara
- Suzana Alias, Kementerian Kesihatan
Kesatria Mahkota Wilayah
Penerima darjah K.M.W. ini membawa tidak membawa sebarang gelaran. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Ahmad Badruddin Abdullah
- Khairul Nizam Othman
- Tang Kwai Mae
- Vigneswari a/p Viswanathan
- Zaleha Abdul Rahman
Ahli Mahkota Wilayah
Penerima darjah A.M.W. ini membawa tidak membawa sebarang gelaran. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Abdul Halim Md Yusoff @ Mustapha
- Badiuzzaman Mohd Pakir
- Mazni Abas
- Mohd Khairul Lufti bin Mohd Yusoff
Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah
Penerima pingat P.P.W. ini membawa tidak membawa sebarang gelaran. Berikut ialah penerima pingat kebesaran ini:
- Abdul Malik Mat Hussain
- Fadzilah Yusof
- Ishak Chik
- Mohamad Noor a/l Ali Akbar
- Salmah Abdul Hamid
- Zun Izuddin Mohammad Nor
Rujukan
- ^ "Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". www.astroawani.com. Dicapai pada 2025-03-07.