Ini senarai negara-negara mengikut risiko kematian akibat penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, barah, kencing manis atau penyakit pernafasan kronik antara usia 30 dan 70 mengikut terbitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2008. Mengira risiko kematian akibat penyakit tidak berjangkit adalah penting untuk menilai tanggungan kematian disebabkannya dalam suatu kependudukan.
Jadual hayat yang menyatakan kadar kematian daripada semua punca mengikut usia dan jantina bagi Negara-negara Ahli WHO dibangunkan mengguna data pendaftaran kematian, sistem pendaftaran sampel (India, China) dan data kematian kanak-kanak dan dewasa daripada banci dan penyelidikan yang sedia ada.
Taburan punca kematian dianggar berdasarkan data pendaftaran kematian dan data daripada kajian epidemiologi berasaskan penduduk, daftar penyakit dan sistem penyata untuk punca-punca kematian yang terpilih. Punca kematian untuk kependudukan tanpa data pendaftaran kematian yang boleh digunakan dianggar dengan model punca kematian bersama dengan data daripada kajian epidemiologi berasaskan penduduk, daftar penyakit dan sistem penyata.[1]
Tangga 2015 WHO
Tangga | Negara | Risiko kematian akibat penyakit tidak berjangkit |
---|---|---|
1 | Korea Selatan | 8.3% |
2 | Switzerland | 8.7% |
3 | Jepun | 8.8% |
4 | Australia | 8.9% |
5 | Sweden | 9.1% |
6 | Itali | 9.4% |
7 | Israel | 9.5% |
8 | Norway | 9.6% |
9 | Luxembourg | 9.7% |
10 | Kanada | 9.8% |
11 | Sepanyol | 10.0% |
12 | Singapura | 10.1% |
13 | Finland | 10.1% |
14 | Ireland | 10.3% |
15 | New Zealand | 10.4% |
16 | Malta | 10.5% |
17 | Perancis | 10.9% |
18 | Belanda | 11.0% |
19 | United Kingdom | 11.0% |
20 | Costa Rica | 11.1% |
21 | Austria | 11.2% |
22 | Portugal | 11.3% |
23 | Chile | 11.5% |
24 | Cyprus | 11.5% |
25 | Denmark | 11.6% |
26 | Belgium | 11.6% |
27 | Jerman | 12.0% |
28 | Greece | 12.3% |
29 | Maldives | 12.4% |
30 | Brunei | 12.6% |
31 | Peru | 12.7% |
32 | Ecuador | 13.1% |
33 | Slovenia | 13.2% |
34 | Amerika Syarikat | 13.6% |
35 | Panama | 13.7% |
36 | Honduras | 13.9% |
37 | Qatar | 14.2% |
38 | El Salvador | 14.2% |
39 | Colombia | 14.6% |
40 | Albania | 14.7% |
Lihat juga
- Penyakit tidak berjangkit
- Senarai negara-negara mengikut jangka hayat
Rujukan