Berikut ialah senarai makhluk-makhluk asing yang disimpan dalam Omnitrix dalam siri animasi Ben 10.
Ben 10
10 makhluk asal
Pada musim pertama, Ben hanya boleh bertukar menjadi 10 jenis makhluk.
Spesis/Bangsa | Planet asal | Huraian |
---|---|---|
Diamondhead | ||
Petrosapien[1] | Petropia | Badan Diamondhead terdiri daripada kristal organik yang amat kukuh, menjadikan dirinya seolah-olah kebal. Diamondhead boleh mengawal fisiologi kristalnya dengan sendiri, maka membolehkannya menghasilkan senjata kristal dari mana-mana anggota badannya atau melancarkan serpihan kristal dari tangannya. Keupayaan membolehkannya menumbuh semula anggota badan yang terpotong. Selain menumbuhkan kristal dari badannya, Diamondhead boleh menumbuhkan kristal pada objek-objek lain. Laser dan senjata-senjata seumpamanya tidak berkesan terhadap Diamondhead, kerana badan kristalnya bertindak sebagai prisma yang membiaskan pancaran. Walaupun begitu, badan kristal itu pun boleh menjadi kelemahan Diamondhead kerana boleh berkecai jika terdedah pada getaran sonik yang cukup kuat. Sejauh mana orang Petrosapien boleh menumbuh semula anggota badan tetap ada hadnya.[1][2] |
Fourarms | ||
Tetramand[3] | Khoros | Fourarms ialah makhluk yang paling digemari Ben. Fourarms ialah wira perkasa yang berlengan empat, bermata empat, berketinggian 10 kaki, berkulit perisai dan berbadan sasa, maka itu tiada tandingannya dari segi kekuatan fizikal. Begitu kuat sungguhnya sehingga dia boleh menggegar cuma dengan menghentam tanah atau menepuk keempat-empat tengannya, maka diberi jolokan "Big Smack", manakala kekuatan kakinya membolehkannya merentasi deretan kota dengan sekali lompat. Bagaimanapun, segala jisim tambahan ototnya serta kulitnya yang berat menyebabkan Fourarms agak perlahan, dan saiznya begitu juga menyukarkannya membuat kerja-kerja untuk spesis lebih kecil.[3] Jika dijangkiti penyakit, Fourarms terjejas kekuatan dan staminanya serta menumbuh haif yang busuk di ketiaknya. |
Ghostfreak | ||
Ectonurite[4] | Anur Phaetos | Terdapat dua bentuk Ghostfreak, iaitu bentuk jelmaan Ben yang berupa hantu bermata satu dan berkulit dua, dan bentuk sebenar Ghostfreak merupakan jin yang berkuku biru, kulit reput, dan kepalanya berupa tengkorak terbalik bermata satu.
Dalam kawalan Ben, Ghostfreak terdiri daripada protoplasma berketumpatan berubah-ubah yang membolehkannya jadi halimunan dan/atau tidak boleh disentuh. Ghostfreak bebas terapung-apung dan tidak perlu bernafas oksigen, maka membolehkannya hidup dalam vakum. Sepanjang masa singkat yang Ben pernah gunakan untuk menukar ke bentuk ini, makhluk ini tiada kelemahan yang ketara selain capaian terhad Ben kepada kuasa-kuasa sebenarnya. Kulit keduanya melindungi Ghostfreak dari terdedah kepada cahaya suria yang boleh membunuh, serta membolehkan Ben menakutkan lawannya dengan menarik kulitnya agar mendedahkan rupa dalamannya. Kulit kedua ini juga ditandai runut yang membolehkan Ben menggerakkan mata tunggalnya ke merata badannya agar boleh melihat di belakangnya atau mana-mana yang hendak digerakkan matanya. Dalam bentuk asalnya yang terserlah apabila personaliti Ghostfreak menjadi dominan, Ghostfreak memperagakan sebilangan kuasa-kuasa yang tidak terpakai oleh Ben sendiri. Selain kebolehan tidak terlihat atau tersentuh, Ghostfreak boleh menyentuh orang atau benda lain menjadi tak tersentuh. Ketaksentuhannya juga membolehkannya merasuk dan mengawal manusia dari dalam. Ghostfreak juga menampakkan keupayaan psikik seperti telepati dan telekinesis.[4] Bentuk sebenar Ghostfreak juga tertimbul sesungut-sesungut dari dadanya yang boleh digunakan sebagai tangan atau kaki tambahan. Dalam keadaan gelap-gelita, ciri-ciri ini makin terserlah di samping boleh melancarkan tiupan tenaga dari dadanya.[5] Walau apapun, setelah terkopeknya kulit tambahan yang dipakai Ben, Ghostfreak menjadi amat fotopeka, lalu membakar secara spontan jika terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.[4] Dia juga tidak mampu merasuk Ben apabila bertukar menjadi makhluk lain, kerana Omnitrix menghalang kuasa negatif yang boleh menjejaskannya, tetapi boleh merasuk makhluk sebenar yang lain. Ben hilang capaian kepada bentuk ini dalam episod "Ghostfreaked Out", tetapi di penghujung episod "Be Afraid of the Dark", Ben meraih bentuk Ectonurite yang sejati. |
Grey Matter | ||
Galvan | Galvan Prime.[6] | Grey Matter merupakan makhluk berupa katak berkaki dua setinggi lima inci, tetapi amat cerdas mindanya. Dia boleh mencipta apa jua dari alat ganti dan mengenal pasti fungsi sesuatu alat dan sifat organisme yang belum dikenali dalam sekilas pandang.[7]. Saiznya membolehkan Grey Matter muat dalam ruang sempit. Di samping itu, lekapan di seluruh kulitnya membolehkannya memanjat dinding dengan mudah. Giginya tajam, dan kulitnya licin sangat jadi susah untuk memegang Grey Matter. Bagaimanapun, saiz Grey Matter kurang sesuai untuk pertarungan, maka Ben dalam bentuk ini terpaksa menggunakan akalnya untuk menewaskan musuhnya.[6] |
Heatblast | ||
Pyronite | Pyros[8] | Heatblast ialah hidupan berteraskan magma yang boleh mengawal api. Dia boleh memancarkan arus api, membuat bebola api, menghasilkan ribut bara, dan menyinarkan haba ke merata arah untuk menghasilkan letupan. Dia boleh terbang dengan menembak api ke arah tanah lalu melancarkan diri macam roket. Di samping itu, Heatblast juga amat kukuh, mampu bertahan selepas dicampak melalui tembok binaan tanpa dihalang.[9] Apabila jatuh sakit, kuasa Heatblast menjadi songsang dari kuasa pemanas menjadi pendingin. Pergantungan Heatblast pada haba juga menjadi kelemahannya, kerana kuasanya boleh diatasi oleh curahan air atau bahan-bahan pemadam api yang secukupnya, apatah algi jumlah ari yang banyak mampu memadamnya buat selamanya. Dia juga tidak mampu mengurangkan suhu badan sendirinya, oleh itu dia tidak boleh menyentuh apa-apa atau sesiapa sahaja tanpa terkena bakar.[10] |
Ripjaws | ||
Piscciss Volann | Piscciss.[11] | Ripjaws menampakkan sifat-sifat pelbagai hidupan akuatik Bumi seperti buaya, belut, ikan pemancing, dan ikan jerung yang digabungkan menjadi satu. Kebolehan utamanya adalah bernafas dalam air. Ripjaws juga mampu menahan tekanan yang amat kuat, dan gantungan pendarkilau di kepalanya memboehkannya melihat kawasan yang teramat gelap. Dia boleh berenang begitu pantas, dan gigi dan kukunya yang tajam boleh menusuk apa-apa sahaja. Rahang bawahnya boleh diturunkan lagi agar boleh menggonggong benda yang lebih besar.[11] Walaupun ada sepasang kaki untuk berjalan atas daratan, namun Ripjaws perlu sentiasa berhidrasi, dan boleh menyahhidrasi dengan begitu cepat walaupun sekejap berjauhan dari air. |
Stinkfly | ||
Lepidopterran | Lepidopterra[12][13] | Rupa bentuk Stinkfly merupakan gabungan pelbagai spesies serangga Bumi (pepatung, cengkerik, dan mentadak).[13] Kebolehan utamanya ialah terbang dengan sepantas yang boleh dengan dua pasang sayap yang nipis di belakangnya. Stinkfly juga cukup kuat untuk mengangkat benda-bend ayang lebih berat dari dirinya. Dalam episod "Don't Drink the Water", bentuk anak Stinkfly (iaitu Stinkyfly) mampu menghasilkan gas racun herba dengan mengentut. Stinkfly ada empat batang mata yang memberikan pandangan yang luas dari angkasa, termasuk boleh melihat ke arah belakangnya secara terus. Saluran debunga dalam mata dan mulutnya membolehkan Stinkfly menghasilkan bendalir sama ada toksin yang mudah terbakar atau agar-agar yang melumpuhkan lawan.[12] Ekor tajam dan kaki penyepitnya ada gunanya dalam pertempuran kelam-kabut. Kelemahan utama Stinkfly ialah air yang boleh melembapkan penerbangannya jika terkena sayapnya, apatah lagi sayapnya tidak sekuat badannya.[12] Apa yang sedikit menyusahkan lagi ialah bau busuk dari badan Stinkfly (oleh yang demikianlah namanya diberi), iaitu kesan rembesan minyak untuk menjaga sendinya.[14] |
Upgrade | ||
Galvanic Mechomorph | Galvan B[15] (bulan Galvan Prime) |
Upgrade terdiri daripada hasil nanoteknologi yang membolehkannya mengubah bentuk badan sesuka hati,[15] oleh itu sukar untuk menahan atau mencederakannya kerana ia boleh "melebur" untuk mengelak atau menahan serangan lalu pulih dengan cepat.[16] Upgrade juga boleh bergabung dengan teknologi lain, oleh itu diberi nama Upgrade kerana boleh menaik taraf fungsi mana-mana jentera, tak kira besar kecil, dari rekaan asalnya. Apabila bergabung dengan alat, Upgrade mengawalnya seperti mana mengawal badan sendiri.[15] Sekalipun tanpa jentera untuk bergabung, Upgrade boleh mengubah bentuk di keliling matanya untuk melancarkan pancaran plasma dari mata. Upgrade juga boleh membentuk gagasan mudah dari plasma, seperti pepaku. Kelemahan Upgrade ialah disebabkan berteraskan teknologi, Upgrade tidak boleh merasuki makluk hidup, apatah lagi robot yang berperasaan atau lebih perkasa sukar untuk dikawalnya. Komposisi logam cecair Upgrade juga boleh melemahkannya, misalnya apabila menghadapi serangan elektrik. Lebihan pula, mana-mana pengakis logam sahaja boleh mengganggu sistem dalaman badan Upgrade.[15] |
Wildmutt | ||
Vulpimancer | Vulpin[17] | Wildmutt ialah makhluk bersifat anjing yang kelihatan seperti kacukan singa dan gorila.[13]Lengan-lengan Wildmutt yang kuat membolehkannya berlari, melompat, dan memanjat dengan laju, di samping menguatkan dirinya lagi. Wildmutt tiada mata, tetapi dilengkapi insang di lehernya yang memberikan deria mendengar dan menghidu yang jauh lebih bagus berbanding manusia, seakan-akan penglihatan ala radar yang berfungsi seperti pengesan haba. Duri-duri di belakangnya dijadikan pertahanan Wildmutt, sama ada melindungi Wildmutt apabila berguling ataupun boleh ditembak ke arah lawan.[17] Kebolehan ini hanya terdapat pada Vulpimancer dewasa, dan disebabkan bentuk yang diambil Ben cuma berusia 10 tahun, maka duri-duri tersebut belum kembang sepenuhnya. Kelemahan Wildmutt ialah tiada deria penglihatan, sungguhpun itupun jarang menimbulkan persoalan,[17] tetapi kebolehan mengesan haba tidak berkesan apabila insangnya tersangkut. Wildmutt juga satu-satunya makhluk Omnitrix yang tidak boleh bertutur dalam bahasa yang difahami manusia, sebaliknya berhubung dengan menggeram dan meraung, dan ini mungkin mendatangkan masalah apabila cuba menyampaikan pesanan atau mengelakkan perselisihan.[18] |
XLR8 | ||
Kineceleran | Kinet[19][19] | XLR8 menyerupai seekor velociraptor yang berperisai.[20] XLR8 ada kaki berbentuk roda dan kepala berupa topi keledar berperisai angin. XLR8 boleh mengatasi geseran untuk mencapai kelajuan 500 batu sejam dengan segera, dan dengan kepantasan inilah juga dia boleh memanjat tembok atau berlari di atas air dengan senangnya. Dengan kelajuan ini, XLR8 boleh melalukan aksi-aksi unik seperti menghasilkan puting beliung dengan daya emparan, sama ada berlari ikut bulatan kecil atau memusingkan badannya, serta menyerang dengan amat pantas berkali-kali.[21] Kelajuan hebat ini diiringi refleks yang menakjubkan, yang membolehkan XLR8 mengelak serangan dengan cepat dan mudah. Cakar-cakarnya yang seakan gunting juga boleh memotong. Kelemahan XLR8 ialah kekuatannya setakat manusia biasa, maka hanya bergantung pada kelajuan. |
Makhluk tambahan
Mulai musim kedua, Ben memperoleh bentuk makhluk baru, sama ada melalui pensampelan DNA atau sekadar kebetulan sahaja.
Spesis/Bangsa | Planet asal | Huraian |
---|---|---|
Benmummy | ||
Thep Khufan | Anur Khufos | Ben memperoleh bentuk ini apabila seekor makhluk Thep Khufan yang seakan mumia tersentuh Omnitrix lalu menyalurkan DNAnya ke dalam alat tersebut. Benmummy terdiri daripada bahan seakan pembalut yang boleh diubah bentuknya, membolehkan Benmummy meregangkan tangan kaki, membelah diri untuk mengelak serangan, dan menyembuhkan kemusnahkan badan dengan segera, walaupun tertikam mahupun dikerat-kerat. Kekuatannya sukar diduga, boleh mencampak makhluk seberat Diamondhead tanpa banyak berlelah. Sungguhpun begitu, bahan yang dijadikan badannya itu sendirinya agak rapuh dan mudah terkoyak. Oleh itu badan Benmummy juga ringan dan mudah diganggu angin kencang atau daya tarikan seumpamanya.[22] |
Benvicktor | ||
Transylian | Anur Transyl | Ben memperoleh bentuk ini ketika bertempur dengan Doktor Vicktor di episod "Be Afraid of the Dark", apabila penjahat tersebut tersentuh Omnitrix. Kebolehan utama Benvicktor mengawal arus elektrik yang dijana oleh struktur di belakang badannya. Oleh itu, dia boleh mengalirkan arus elektrik melalui bahan logam atau memanah petir dari buku limanya. Badannya terdiri daripada sejenis logam organik is yang boleh mengalirkan arus elektrik di samping menjadikannya kuat dan tahan lama. Logam ini juga boleh dimagnetkan untuk membolehkannya berdiri tegak di atas permukaan logam.[5] |
Benwolf | ||
Loboan | Luna Lobo (bulan Anur Transyl) |
Ben memperoleh bentuk ini setelah seekor makhluk Loboan mencakar Omnitrix lalu menyalurkan DNAnya ke dalam alat berkenaan. Benwolf amat menyerupai seekor serigala jadian yang mulutnya dilengkapi mandibel empat engsel. Benwolf juga lebih tinggi kekuatan, kepantasan, kelincahan, dan pancainderanya.[23] Benwolf boleh mengeluarkan raungan ultrasonik dari mulutnya yang mampu memecahkan batu. Satu kelemahan makhluk ini adalah dia buta warna. |
Cannonbolt | ||
Arburian Pelarota | Arburia | Cannonbolt merupakan makhluk ke-11 dari Omnitrix yang diperkenalkan dalam siri animasi ini.ref name="Ben10episode15">"The Big Tick". Ben 10. Musim 2. Episod 15. 2006-05-30. Cartoon Network. Unknown parameter |serieslink= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |began= , |episodelink= , |ended= , dan |city= (bantuan)</ref> Cannonbolt berupa makhluk bagur berbahu lebar yang berkulitkan lapisan perisai semulajadi. Perisai ini mampu menahan hampir apa sahaja serangan, tak kira asid, laser [24] mahupun bahang yang melampau.[5] Cannonbolt juga boleh menggulung badannya seperti tenggiling dan melitupi dirinya dalam perisai, sekaligus menjadi kebal sepenuhnya. Dia boleh menggulingkan badannya seperti roda dan menyerang ke arah lawan dengan kelajuan tinggi.[24] Salah satu kelemahan Cannonbolt ialah cepat menjadi lengai, sehingga sukar menyasarkan benda lain yang mudah digerak kerana susah untuk menurunkan kelajuan dengan segera.[25] Apatah lagi, kelajuan dan kemudahan pengendalian Cannonbolt's terbatas apabila tidak berguling kerana beratnya.[24]
|
Ditto | ||
Splixson | Hathor | Ditto ialah seekor makhluk bersaiz kanak-kanak yang boleh mengklonkan diri tak terhingga. Setiap klon Ditto bergerak sendirian, tak kira Ben suka atau tidak, apalagi klon-klon ini tiada beza luaran dari satu sama lain. Namun begitu, klon-klon berkongsi kesakitan satu sama lain, lebih-lebih lagi jika satu klon mati, maka semua yang lain turut terhampus (seperti yang diperhati pada mutan-mutan Stinkfly rekaan Dr. Animo), maka tiada gunanya banyak sangat klon. Ditto juga sekadar segagah dan secepat yang diperlihatkan oleh saiz dan bentuk badannya. Apabila Omnitrix kehabisan masa, semua klon-klon Ditto terus bergabung semula menjadi satu sebelum Ben pulih kepada asal. Jika satu atau lebih klon diasingkan oleh sekatan apabila Omnitrix kehabisan masa, maka pemasanya akan berset semula berulang kali sehingga semua klon disatukan semula. Dibayangkan bahawa kerosakan akibat set semula berulang kali menyebabkan perubahan bentuk Omnitrix semakin singkat tempohnya, akibat tekanan dari kekal aktif melalui berkali-kali waktu tamat.[26] |
Eon | ||
Chronian | Chronia | Dalam filem Ben 10: Race Against Time, mahkluk asing Eon (lakonan Christien Anholt) menggunakan Omnitrix untuk menukarkan Ben menjadi makhluk seumpama bentuknya tetapi lebih muda, kerana Hands of Armageddon memerlukan tenaga makhluk Chronia yang muda untuk dihidupkan. Eon juga mematikan peranti pasti selamatnya agar DNA-nya boleh menguasai perwatakan Ben sepenuhnya, maka menukarkan Ben menjadi seekor lagi Eon. Dalam bentuk Eon, Ben menghidupkan Hands of Armageddon, tetapi kembali kepada asal setelah Gwen dapat mencari Ben dalam badan Eon.[27] Seperti Eon yang asli, Eon yang diklonkan oleh Omnitrix banyak memiliki kuasa manipulasi masa, namun Ben sendiri jarang memperagakan kuasa tersebut selain memancarkan tenaga.[27] |
Eye Guy | ||
Opticoid | Sightra | Berpuluh-puluh matanya meliputi badannya, tetapi bukan kepalanya yang hanya terdiri daripada mulut dan telinga kelawar yang besar. Mata-mata ini digunakan untuk menembakkan pancaran tenaga, atau digabungkan untuk menghasilkan tembakan berlainan, seperti tiga biji di bahunya yang boleh menghasilkan pancaran beku. Dengan menggabungkan setiap mata kepada mata besar di dadanya, dia boleh melancarkan ledakan tenaga terkuatnya. Dia juga boleh memanjat tembok. Eye Guy hanya muncul dalam episod "Ben 10 vs. the Negative 10", yang mana Ben cuba menghalang Negative 10 dari mencuri Sub-Energy. |
Upchuck | ||
Gourmand | Peptos XI | Bebadan kecil tetapi berselera besar, Upchuck ada empat batang lidah yang kuat, melekit, dan boleh meregang panjang-panjang, membolehkannya menempel pada objek besar lalu mengilinya ke dalam mulut dengan senang sekali. Mulut dan perut Upchuck juga meregang untuk memudahkan penghadaman objek-objek sebegini. Upchuck memiliki beberapa biji perut berisi asid yang boleh melarutkan segala bahan bukan organik, ertinya dia tidak boleh mencerna bahan organik seperti makanan biasa. Benda-benda yang dihadam ditukarkan menjadi bebola letupan yang boleh dilepaskan ke arah sasaran dengan setepat-setepatnya.[28] Upchuck juga boleh memakan tenaga, serta menahan impak pelanggaran kereta[29] mahupun dihumban ke arah tembok. |
Way Big | ||
To'kustar | (makhluk anomali ciptaan ribut kosmik) | Makhluk gergasi serupa Ultraman. Way Big mula muncul dalam Ben 10: Secret of the Omnitrix |
Wildvine | ||
Florauna | Flors Verdance | Makhluk bersifat tumbuhan yang mempunyai lima batang kaki seakan-akan pokok menjalar, cakar berjari empat, dan kepak berbentuk venus flytrap yang menutupi kepalanya. Wildvine boleh meregangkan tangan dan kakinya panjang-panjang atau menumbuh duri pada badannya. Dia juga boleh bergabung dengan tumbuhan lain, dan menggali ke bawah tanah untuk melakukan serangan mengejut atau perjalanan cepat. Lapan biji benih di belakangnya berguna sebagai bahan letupan. Apabila terdedah kepada cuaca dingin, dihindari dari cahaya matahari, atau berjauhan dari punca air, Wildvine mudah layu.[30] Ben tidak pernah menghadapi masalah ini kerana hanya boleh menggunakannya untuk masa singkat. |
Ben 10: Alien Force
Spesis/Bangsa | Planet asal | Huraian |
---|---|---|
Swampfire | ||
Methanosian | Methanos | Makhluk berupa tumbuhan yang berkepala bara api. Memiliki kekuatan luar biasa, berdaya jana semula, mengawal tumbuhan dengan sejenis gas, serta mengeluarkan api dari tapak tangannya untuk menembak atau menerbangkan diri seperti roket. Apinya dihasilkan dengan menyalakan metana dari badannya yang menyebabkan dirinya berbau busuk. Juga boleh menghasilkan benih yang cepat tumbuh menjadi pokok menjalar yang boleh dikawalnya. Keupayaan jana semula membolehkannya mengubah bentuk badannya agar mudah menerowong ke bawah tanah, mengakarkan diri pada tanah, menyembuhkan tangan dan kaki orang lain, atau menembusi jerejak kurungan. |
Echo Echo | ||
Sonorosian | Sonorosia | Makhluk kecil berwarna putih seakan-akan amplifier yang boleh memekik pada frekuensi ultrasonik yang mampu melebihkan beban jentera serta menghentikan peluncur kapal angkasa di udara. Juga mampu menyalin diri, cuma bezanya dengan Ditto ialah klon yang terhapus tidak menjejaskan klon lain. Dengan menggabungkan kedua-dua ciri tersebut, Ben boleh menghasilkan "Tembok Bunyi" bersama klon-klonnya untuk mengalihkan peluncur kembali ke puncanya dengan lambungan klon-klon yang berada dalam kedudukan strategik. Juga boleh menggunakan gemalokasi serta menyalurkan getaran untuk meningkatkan kuasanya, tidak lupa juga memancarkan bunyi melalui speaker. |
Humongosaur | ||
Vaxasaurian | Terradino | Makhluk berupa dinosaur setinggi 12 kaki yang gagah perkasa serta berkulit lapisan tebal yang kalis kecederaan. Humongousaur juga boleh menaikkan saiz dan jisim badannya dengan menggunakan sesaran dimensi, sehingga mencapai ketinggian 60 kaki (maka inilah makhluk kedua tertinggi yang dijelma oleh Ben selepas Way Big). Makin tinggi makin kuat, begitu juga sifat dinosaurnya makin ketara, dengan cacak-cacak seakan duri di belakangnya, balung di dahi, dan duri pada ekornya. Juga cukup berdaya tahan di angkasa lepas untuk beberapa minit. |
Jetray | ||
Aerophibian | Aeropela | Makhluk berupa kelawar yang mampu terbang dan berenang sepantas XLR8, sepantas-pantas separuh tahun cahaya. Dia boleh melancarkan tembakan renjatan saraf dari mata dan ekornya yang cukup kuat untuk membelah batu. Jetray juga juga tahan lasak dengan menahan tumbuk-tumbukan berlebihan dari Vilgax tanpa tercedera walaupun sedikit. Nampaknya Ben lebih kerap menggunakan Jetray berbanding makhluk-makhluk lain, itupun banyak digunakan untuk kerja-kerja kecil. |
Big Chill | ||
Necrofriggian | Kylmyys | Makhluk berupa rama-rama yang sayap dan sesungutnya berupa seakan-akan mantel yang menimbulkan wajah kehantuan. Dia boleh menembusi pepejal, terbang, dan berkuasa luar biasa walaupun kelihatan lemah dari luaran, serta menghembuskan wap membeku. Dia juga boleh membekukan objek-objek yang ditembusinya dengan sesuka hati. Walaupun bertemakan kesejukan, Big Chill mampu menahan bahang teruk, sehingga sekali meminum logam lebur terus dari kawah peleburan logam yang besar. Dia juga boleh melancarkan dan mengawal pancaran ais dari tangannya. |
Chromastone | ||
Crystalsapien | Morotesi | Makhluk silikon berketumpatan super yang mampu menyerap tenaga seperti pengalir serta menyalurkannya ke dalam tembakan laser atau cahaya semula jadi yang biasa. Juga membenarkan tenaga dari serangan lawan untuk melalui badannya tanpa membahayakan diri secara pembiasan yang boleh ditembak balik kepada lawan. Nampaknya, Chromastone juga boleh menembak tanpa menyerap tenaga, tetapi boleh jadi itu penyerapan tenaga sinaran seperti cahaya matahari, lampu jalanan atau sekadar tenaga persekitaran. Dengan dilengkapi kristal suci Petrosapien, penderma gennya Sugilite juga mampu terbang serta memulihkan planet Petropia yang hancur berkecai. |
Brainstorm | ||
Cerebrocrustacean | Encephalonus IV | Makhluk seakan ketam gergasi yang mampu mengawal tenaga elektrik serta mengunjurkan medan daya di keliling dirinya dan lain-lain melalui daya berfikir, dengan membuka plat rangka luar pada tengkoraknya. Dia juga berupaya mengapungkan diri, serta menghasilkan kuasa elektrik dari penyepitnya tanpa perlu membuka plat tengkoraknya. |
Spidermonkey | ||
Arachnichimp | Arahnascimmia | Makhluk berupa monyet berkaki enam, dengan empat biji mata hijau, berbulu seluruh badan, dan corak sebatang garis yang terhasil dari Omnitrix ke belakang badannya. Dia memiliki ketangkasan luar biasa serta boleh menghasilkan benang untuk mengayun ke sana sini atau menghasilkan jaringan dengan ekornya seperti labah-labah, serta melekit pada dinding. |
Goop | ||
Polymorph | Viscosia | Makhlik berbentuk tepek hijau yang mampu berubah bentuk dan menjana semula dirinya serta berberat 200 paun. Goop mengawal selutnya melalui penjana graviti buatan yang berbentuk piring terbang kecil. Piring itu membolehkan selut itu berubah bentuk dan terapung. Jika piring dan selut itu dipisahkan walaupun jarak pendek, maka selut itu menjadi lengai sehingga dikumpul balik oleh piring itu. Selut keluaran Goop ini boleh dihasilkan dengan asid,[31] dan tepi-tepi piring terbang itu nyata cukup tajam untuk memotong bahan-bahan lain seperti badan Swampfire. |
Alien X | ||
Celestialsapien | Zvezda | Mampu meleding realiti dengan kehendak dirinya. Badan hitamnya dilitupi bintang-bintang putih, kaki hitam, mata hijau, dan tiga batang tanduk pada kepalanya. Alien X memiliki tiga keperibadian yang berlainan: Serena sebagai suara kasih sayang dan belas kasihan; Bellicus sebagai suara keberangan dan kelangsangan; dan Ben sebagai suara kemunasabahan. Ketiga-tiganya bersuara serentak apabila Alien X bersuara. Untuk membolehkan Alien X melakukan apa-apa tindakan, termasuklah pergerakan ringkas dan bertukar balik menjadi manusia, persetujuan dua daripada tiga keperibadian Alien X ini adalah diperlukan. Memandangkan Serena dan Bellicus berbalah selama-lamanya, oleh itu Ben tiada pemutus seri, maka memang sukar untuk mereka menumpukan perhatian kepada mana-mana tugas semasa yang harus dilakukan, sehingga badan Alien X menjadi kaku apabila Ben cuba menggesa Serena dan Bellicus untuk bekerjasama. |
Lodestar | ||
Biosovortian | Magnetos | Makhluk yang berkuasa menghasilkan medan magnet yang membolehkannya menolak, menarik, dan mengawal benda bermagnet. Selain itu, dia juga boleh menghasilkan denyut magentik. Badannya berkulit hitam berbelang kuning, berbahu besar dan berduri, dan bertangan penyepit. Kepalanya yang berpangsi pada medan magnet kelihatan terdiri daripada jongkong logam yang bengkok, matanya hijau dan mulutnya tidak bergerak apabila bercakap. |
Rath | ||
Appoplexian | Appoplexia | Makhluk berupa harimau berkaki dua yang berotot kekar dan tidak berekor. Nampaknya, spesies Rath mengalami kelangsangan memuncak dan kecerdasan merosot, sehingga bernafsu untuk melawan apa-apa sahaja yang bernafas, maka Rath tidak terkawal dirinya dari menyerang kawan-kawan sendiri sesama lawan-lawannya. Walaupun begitu, Rath lebih mampu mengawal ancamannya sebagai amtara yang terkuat di kalangan makhluk jelmaan Ben, kerana spesiesnya dikurniakan kekuatan fizikal yang cukup untuk mengangkat benda-benda yang jauh lebih besar daripadanya serta mudah membelasah kebanyakan musuhnya. Selain itu, dalam pergelangan tangan Rath ada kuku boleh sentut yang boleh menjana gelombang kejutan apabila hampir melanggar benda lain, serta cukup tahan lasak untuk bertahan dalam angkasa buat seketika dan menangkis tembakan meriam laser amat kuat yang disasarkan tepat-tepat padanya tanpa menyentak. |
Rujukan
- ^ a b "Bandai's Diamondhead profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Secrets". Ben 10. Musim 1. Episod 13. 2006-03-25. Cartoon Network. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan) - ^ a b "Bandai's Fourarms profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ a b c "Bandai's Ghostfreak profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ a b c "Be Afraid of the Dark". Ben 10. Musim 3. Episod 38. 2007-04-14. Cartoon Network. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan) - ^ a b "Bandai's Grey Matter profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Truth". Ben 10. Musim 2. Episod 14. 2006-05-29. Cartoon Network. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan) - ^ "Bandai's Heatblast profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Secrets". Ben 10. Musim 1. Episod 113. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan) - ^ "Washington B.C.". Ben 10. Musim 1.
- ^ a b "Bandai's Ripjaws profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ a b c "Bandai's Stinkfly profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ a b c "Bandai interview: Wild & Stinky". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Kevin 11". Ben 10. Musim 1. Episod 107. 2006-02-11. Cite has empty unknown parameter:
|episodelink=
(bantuan) - ^ a b c d "Bandai's Upgrade profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Permanent Retirement". Ben 10. Musim 1. Episod 104. 2008-01-21. Cite has empty unknown parameters:
|episodelink=
dan|serieslink=
(bantuan) - ^ a b c "Bandai's Wildmutt profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Side Effects". Ben 10. Musim 1. Episod 112.
- ^ a b "Bandai's XLR8 profile". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "BandaiXLR8" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Bandai interview: Brains & Muscle". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Merry Christmas". Ben 10. Musim 3. Episod 304. 2006-12-11. Cite has empty unknown parameters:
|episodelink=
dan|serieslink=
(bantuan) - ^ "Under Wraps". Ben 10. Musim 3. Episod 34. 2007-03-10. Cartoon Network. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters:|began=
,|episodelink=
,|ended=
, dan|city=
(bantuan) - ^ "Benwolf". Ben 10. Musim 3. Episod 31. 2007-02-17. Cartoon Network. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters:|began=
,|episodelink=
,|ended=
, dan|city=
(bantuan) - ^ a b c Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBen10episode15
- ^ "Game Over". Ben 10. Musim 3. Episod 32. 2007-02-24. Cartoon Network. Unknown parameter
|serieslink=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters:|began=
,|episodelink=
,|ended=
, dan|city=
(bantuan) - ^ "Divided We Stand". Ben 10. Musim 3. Episod 402. 2007-07-19. Cite has empty unknown parameters:
|episodelink=
dan|serieslink=
(bantuan) - ^ a b "Race Against Time". Ben 10. 2007-11-21. Cite has empty unknown parameters:
|episodelink=
dan|serieslink=
(bantuan) - ^ "Bandai's Upchuck profile at Ben10Toys.net". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Ben 4 Good Buddy". Ben 10. Musim 4. Episod 405. 2007-09-22. Cite has empty unknown parameters:
|episodelink=
dan|serieslink=
(bantuan) - ^ "Bandai's Wildvine profile at Ben10Toys.net". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22. Dicapai pada 2007-04-18.
- ^ "Good Copy, Bad Copy". Ben 10: Alien Force. Musim 2. Episod 203. 2008-10-24. Cite has empty unknown parameters:
|episodelink=
dan|serieslink=
(bantuan)