Rama-rama | |
---|---|
Opodiphthera eucalypti | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: |
Rama-rama (Jawi: رام٢ , bahasa Inggeris: moth) merupakan sejenis serangga dalam pengelasan dikelompokkan kepada order Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Pembahagian susunan Lepidoptera kepada rama-rama dan kupu-kupu merupakan pembahagian popular, namun bukan merupakan pembahagian taksonomi saintifik.
Perbezaan dengan kupu-kupu
Kupu-kupu dan rama-rama boleh tampak samar-samar sama apabila diperhatikan dari jauh sehingga dikelirukan dan bertindih pengungkapan ia. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungut: kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen langsing dan berbentuk belantan di hujungnya sementara sesungut rama-rama pula lebih berbulu.[1] Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Sayap rama-rama juga cenderung berwarna pudar kusam memudahkan penyamaran dalam persekitaran sekeliling berbanding kupu-kupu yang mempunyai corak warna-warni dan benderang.[1]
Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari manakala rama-rama aktif pada malam hari.
Tabiat
Ketertarikan kepada cahaya
Rama-rama dapat ditemukan terbang mengelilingi cahaya buatan manusia seperti lampu. Satu hipotesis yang dapat diajukan untuk menjelaskan fenomena ini adalah kemungkinan adanya sifat pengemudian orientasi lintang (transverse orientation) yang bergantung kepada jasad-jasad samawi seperti bintang dan bulan menentukan sudut tetap membantu rama-rama terbang pada garis lurus.
Jasad-jasad ini cukup jauh dari bumi sehingga tidak ada perbedaan sudut yang dapat dirasai rama-ramai. Namun, jarak cahaya buatan manusia yang dekat dengan persekitaran difikirkan memaksa rama-rama membelok agar selaras dengan sudut yang dimudahkan untuk terbang. Hal ini sebaliknya mengakibatkan laluan terbang rama-rama menjadi berpilin semakin mendeka pada sumber cahaya.[2]
Galeri
-
Case Moth (Psychidae)
-
Case Moth (Psychidae)
-
Giant Leopard Moth (Arctiidae)
-
Dryocampa rubicunda, Rosy Maple Moth
-
Grammia parthenice, Tiger Moth (Arctiidae)
-
Nyctemera amica (Arctiidae)
-
Chelepteryx collesi (Gray) (Anthelidae)
-
Chelepteryx collesi (Gray) (Anthelidae)
Rujukan
- ^ a b Intan Fazria Ridwan; Chong Ju Lian (3 Jun 2019). "Rama-Rama & Keunikannya". Majalah Sains.
- ^ "Why Are Moths Attracted to Flame?". All Things Considered. National Public Radio. 18 Ogos 2007.