
Sel tunjang embrio (ESC) merupakan sejenis sel tunjang pluripotensi yang diperoleh daripada jisim sel dalam blastosista yang merupakan sejenis embrio pra-implantasi peringkat awal.[1][2] Embrio manusia mencapai peringkat blastosista yang terdiri daripada 50 hingga 150 sel pada masa 4–5 hari selepas persenyawaan. Untuk mendapatkan jisim sel dalam (embrioblast), kaedah imunobedah perlu dilakukan sehingga menyebabkan pemusnahan terhadap blastosista. Pemusnahan terhadap blastosista merupakan satu perkara yang akan menimbulkan isu etika yakni dari segi sama ada embrio pada peringkat pra-implantasi mempunyai pertimbangan moral yang sama seperti embrio dalam peringkat perkembangan selepas implantasi.[3][4]
Para penyelidik menumpukan banyak perhatian pada potensi terapeutik sel tunjang embrio, dengan penggunaan klinikal menjadi matlamat bagi banyak makmal.[2] Potensi penggunaannya termasuklah rawatan diabetes dan penyakit jantung.[2] Sel-sel tersebut dikaji untuk digunakan dalam terapi klinikal, model gangguan genetik, dan pembaikan cel/DNA. Walau bagaimanapun, kesan buruk dalam penyelidikan dan proses klinikal seperti tumor dan tindak balas imun yang tidak diingini juga telah dilaporkan.[5]
Rujukan
- ^ Thomson; Itskovitz-Eldor, J; Shapiro, SS; Waknitz, MA; Swiergiel, JJ; Marshall, VS; Jones, JM (1998). "Blastocysts Embryonic Stem Cell Lines Derived from Human". Science. 282 (5391): 1145–1147. Bibcode:1998Sci...282.1145T. doi:10.1126/science.282.5391.1145. PMID 9804556.
- ^ a b c "Stem Cell Basics | STEM Cell Information". stemcells.nih.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 June 2022. Dicapai pada 5 June 2022.
- ^ Baldwing A (2009). "Morality and human embryo research. Introduction to the Talking Point on morality and human embryo research". EMBO Reports. 10 (4): 299–300. doi:10.1038/embor.2009.37. PMC 2672902. PMID 19337297.
- ^ Nakaya, Andrea C. (August 1, 2011). Biomedical ethics. San Diego, CA: ReferencePoint Press. m/s. 96. ISBN 978-1-60152-157-6.
- ^ Carla A Herberts; Marcel SG Kwa; Harm PH Hermsen (2011). "Risk factors in the development of stem cell therapy". Journal of Translational Medicine. 9: 29. doi:10.1186/1479-5876-9-29. PMC 3070641. PMID 21418664.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Sel tunjang embrio |
- Understanding Stem Cells: A View of the Science and Issues from the National Academies Diarkibkan 2010-04-09 di Wayback Machine
- National Institutes of Health
- University of Oxford practical workshop on pluripotent stem cell technology Diarkibkan 2016-04-08 di Wayback Machine
- Fact sheet on embryonic stem cells
- Fact sheet on ethical issues in embryonic stem cell research
- Information & Alternatives to Embryonic Stem Cell Research
- A blog focusing specifically on ES cells and iPS cells including research, biotech, and patient-oriented issues








