| Sel pelopor | |
|---|---|
Sitologi bagi sesebuah sel pelopor dengan ciri yang sering jelas dilihat walaupun selepas pembezaan separa kepada mana-mana jenis sel yang lebih spesifik. Pewarnaan Wright digunakan untuk mewarnakan sel ini. | |
| Pengenalpastian | |
| NeuroLex ID | sao467424240 |
| Istilah anatomi mikroanatomi | |

Dalam bidang biologi sel, sel pelopor atau sel blas—merupakan sejenis sel yang mengalami pembezaan separa atau berada pada peringkat pertengahan pembezaan, dan kadangkala sel jenis ini dikenali sebagai sel progenitor. Sel pelopor ialah sejenis sel tunjang dengan keupayaan untuk mengalami pembezaan kepada hanya satu jenis sel, dan hal ini bermakna ia merupakan sejenis sel tunjang unipotensi. Dalam bidang embriologi, sel pelopor merupakan sekumpulan sel yang kemudiannya mengalami pembezaan sehingga menjadi satu organ, dan dalam kes ini sel progenitor dianggap bersifat multipotensi.[1]
Oleh kerana sumbangannya kepada perkembangan pelbagai organ dan kanser, sel pelopor dan sel progenitor mempunyai banyak kegunaan yang berpotensi dalam bidang perubatan. Terdapat penyelidikan berterusan berkenaan penggunaan sel jenis ini untuk membina injap jantung, saluran darah dan tisu lain dengan menggunakan sel pelopor darah dan otot.[2]
Jenis sitologi
- Sel pelopor oligodendrosit
- Mieloblas
- Timosit
- Meiosit
- Megakarioblas
- Promegakariosit
- Melanoblas
- Limfoblas
- Sel pelopor sumsum tulang
- Normoblas
- Angioblas (sel pelopor endotelium)
- Sel pelopor mieloid
- Plasmablas
- Sel progenitor neutrofil
- Sel progenitor retina
Kepentingan perubatan
Prospek perubatan regeneratif telah menjadi semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Penyelidikan sel tunjang telah menjadi daya tarikan bagi pelbagai kaedah rawatan untuk penyakit manusia.
Salah satu daripada subkategori besar sel pelopor ialah sel pelopor saraf (NPC), yang terdiri daripada oligodendrosit, astrosit, dan sel pelopor neuron. Sebaik sahaja pembezaan menjadi sel pelopor ini berlaku, maka sel yang mengalami pembezaan itu sudah tidak mungkin dapat menjadi sel pelopor jenis lain. Walaupun begitu, terdapat beberapa penyelidikan semasa yang sedang meneroka keupayaan untuk membolehkan sel pelopor mengubah menjadi sel pelopor lain.[3] NPC mempunyai pelbagai aplikasi dalam bidang perubatan, dengan penyelidikan memfokuskan pada semua subset. Sel pelopor glia, iaitu <b id="mwSA">sel pelopor oligodendrosit</b>, sedang diterokai untuk kegunaan dalam merawat leukodistrofi yang termasuklah gangguan penyimpanan lisosom dan gangguan hipomielin.[4]
Terdapat satu lagi kumpulan sel pelopor lain dipanggil sel pelopor endothelium (EPC) atau angioblas apabila dalam embrio yang terlibat dalam perkembangan vaskular. Terdapat dua cabang perkembangan sistem vaskular yakni vaskulogenesis dan angiogenesis. Vaskulogenesis melibatkan pembezaan sel pelopor endotelium menjadi sel endotelium yang utamanya berlaku sewaktu fasa perkembangan embrio. Pada asalnya, vaskulogenesis dianggap tidak memainkan peranan dalam perkembangan vaskular dewasa, namun EPC telah menunjukkan penglibatannya dalam neopemvaskularan patologi seperti kanser, penyembuhan luka, dan iskemia.[5]
Walaupun agak baharu, sel pelopor neutrofil (NeP) telah dikaji untuk menentukan peranan sel progenitor neutrofil dalam kanser. Sel pelopor neutrofil dan sel progenitor neutrofil wujud dalam sumsum tulang. Menurut satu kajian, sel-sel jenis tersebut juga boleh didapati dalam darah pesakit yang disahkan menghidap melanoma, dan hal ini mencadangkan berlakunya pembebasan NeP ke dalam aliran darah dari sumsum tulang sebagai tindak balas melawan kanser. Tambahan pula, sel-sel tersebut mempamerkan tingkah laku yang menggalakkan perkembangan tumor dalam kedua-dua spesies tikus dan manusia.[6]
Satu lagi kategori sel pelopor yang wujud ialah sel progenitor retina. Kemerosotan retina (RD) merupakan salah satu punca buta yang paling kerap ditemui pada manusia. Terdapat beberapa penyelidikan yang sedang mengkaji keberkesanan penggunaan sel pelopor retina ini sebagai rawatan regeneratif RD.[7] Pelbagai ujian telah dijalankan, kebanyakannya menunjukkan tiada penolakan terhadap pemindahan sel.[8]
Rujukan
Petikan
- ^ "4. The Adult Stem Cell | stemcells.nih.gov". stemcells.nih.gov (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 15, 2016. Dicapai pada 2017-10-21.
- ^ "What are Progenitor Cells? | Boston Children's Hospital". stemcell.childrenshospital.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-10-21.
- ^ Hirabayashi, Yusuke; Gotoh, Yukiko (June 2010). "Epigenetic control of neural precursor cell fate during development". Nature Reviews Neuroscience (dalam bahasa Inggeris). 11 (6): 377–388. doi:10.1038/nrn2810. ISSN 1471-0048. PMID 20485363.
- ^ Osorio, M. Joana; Goldman, Steven A. (September 2016). "Glial progenitor cell-based treatment of the childhood leukodystrophies". Experimental Neurology. 283 (Pt B): 476–488. doi:10.1016/j.expneurol.2016.05.010. ISSN 1090-2430. PMC 5340082. PMID 27170209.
- ^ Schmidt, Annette; Brixius, Klara; Bloch, Wilhelm (2007-07-20). "Endothelial Precursor Cell Migration During Vasculogenesis". Circulation Research (dalam bahasa Inggeris). 101 (2): 125–136. doi:10.1161/CIRCRESAHA.107.148932. ISSN 0009-7330. PMID 17641236.
- ^ Zhu, Yanfang Peipei; Padgett, Lindsey; Dinh, Huy Q.; Marcovecchio, Paola; Blatchley, Amy; Wu, Runpei; Ehinger, Erik; Kim, Cheryl; Mikulski, Zbigniew (2018-08-28). "Identification of an Early Unipotent Neutrophil Progenitor with Pro-Tumoral Activity in Mouse and Human Bone Marrow". Cell Reports. 24 (9): 2329–2341.e8. doi:10.1016/j.celrep.2018.07.097. ISSN 2211-1247. PMC 6542273. PMID 30157427.
- ^ Wang, Yiqi; Tang, Zhimin; Gu, Ping (2020-09-23). "Stem/progenitor cell-based transplantation for retinal degeneration: a review of clinical trials". Cell Death & Disease. 11 (9): 793. doi:10.1038/s41419-020-02955-3. ISSN 2041-4889. PMC 7511341. PMID 32968042.
- ^ Algvere, P. V.; Berglin, L.; Gouras, P.; Sheng, Y.; Kopp, E. D. (March 1997). "Transplantation of RPE in age-related macular degeneration: observations in disciform lesions and dry RPE atrophy". Graefe's Archive for Clinical and Experimental Ophthalmology. 235 (3): 149–158. doi:10.1007/BF00941722. ISSN 0721-832X. PMID 9085110.
Sumber
Pautan luar
- NIF Search – Precursor Cell via the Neuroscience Information Framework








