Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir Papar | ||
---|---|---|
Alamat | Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, 89608, Papar, Sabah. | |
Telefon | 088-913554 | |
Faksimili | 088-915494 | |
Tarikh Ditubuhkan | 1962 | |
Jenis Sekolah | Sekolah Kerajaan Harian | |
Kod Sekolah | XEE4239 | |
Pengetua | Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zain | |
PK Pentadbiran | En. Anuar Sidek | |
PK HEM | En. Durahman Ramli Hj. Wahap | |
PK Kokurikulum | En. Sapri Marup | |
PK Pra-Universiti | Pn. Dg Nismah Hj. Abdul Rahman | |
Laman Web Rasmi | http://www.majakir.net |
Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir Papar atau nama ringkasnya SMK Majakir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Papar, Sabah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1962, moto sekolah ini ialah Kebijaksanaan Nilai Kemanusiaan.
Sejarah Sekolah
- Sekolah ini diasaskan pada tahun 1962 dengan nama Goverment Junior Secondary School, Papar (GJSS).[1] Pada mulanya hanya ada 45 orang murid sahaja yang menuntut di Bridge 1, dan dua orang guru sahaja. Pada waktu itu GJSS meminjam bilik Sains Rumah Tangga Sekolah Rendah Kerajaan Pekan Papar dan pengetua sekolah pada masa itu ialah Encik John Ganai.
- Menjelang tahun 1963, pihak sekolah terpaksa meminjam bilik darjah Sekolah Cheng Hwa dan waktu belajar hanya pada sebelah petang sahaja. Pada masa itu hanya ada Bridge 1 dan 11 sahaja dengan lima orang guru di bawah pentadbiran Puan Ausan, diikuti pula oleh Encik Lim Hsing Hui sebagai pengetua selepas itu. Kemudian pihak sekolah meminjam bilik darjah di Sekolah St. Joseph pula untuk menampung murid dari Bridge 1, 2 dan Secondary I and II.
- Pada tahun 1966, bangunan sekolah ini telah siap dibina dan dirasmikan oleh Tun Datu Mustapha B. Datu Harun. Terdapat empat blok bangunan sahaja dan sebuah dewan. Namun pihak sekolah masih meminjam bilik-bilik darjah di Sekolah Cheng Hwa dan Sekolah St. Joseph. Pada tahun ini juga sekolah ini telah buat pertama kalinya mengikuti Peperiksaan Sabah Junior Certificate. Keputusannya pula cukup membanggakan.
- Tanggal 1 Ogos 1975, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir sempena nama seorang Ketua Daerah Papar ketika itu iaitu OKK Mohd Zakir B. Awang.
Kurikulum
Kelas
1) Menengah Rendah (Tingkatan 1-2)
- Kelas Aliran Agama (KAA)
- Kelas Rancangan Khas (KRK)
- Dinamik
- Progresif
- Amanah
- Efisien
(Tingkatan 3)
- Kelas Aliran Agama (KAA)
- Dinamik
- Progresif
- Amanah
- Efisien
- Murni
2) Menengah Atas (Tingkatan 4-5)
- Sains KRK
- Sains
- Teknologi
- Ekonomi
- Perdagangan
- Sastera
- Pendidikan Seni Visual (PSV)
3) Menengah Atas (Tingkatan 6)
- 6 Bawah 1
- 6 Bawah 2
- 6 Bawah 3
- 6 Bawah 4
- 6 Atas 1
- 6 Atas 2
- 6 Atas 3
- 6 Atas 4
Kokurikulum
Unit Beruniform
- Pengakap
- Pengakap Laut
- Pandu Puteri
- Puteri Islam
- Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
- St. John Ambulans Malaysia
- Persatuan Kadet Bersatu Malaysia
- Kadet Bomba
- Kadet Polis
- Kadet Remaja Sekolah
Rumah Sukan
Senarai Pengetua Sekolah Dari Tahun 1963 - Sekarang
Tempoh Perkhidmatan | Nama Pengetua |
---|---|
1963 – 1964 | En. John Ganai |
1965 – 1968 | En. Lim Hsing Hui |
1969 – 1972 | En. P.M. John |
1973 – 1978 | En. Albert SK Chia |
1979 | En. Richard F. Tunggolou |
1980 – 1988 | En. Zakaria Jap |
1989 – Ogos 1995 | Datuk Normah Gagoh |
September 1995 – Februari 2000 | En. Hj. Ag. Matussin B. Hj. Pg Ahmad |
Jun 2000 – Oktober 2001 | Pn. Sherfah Fatimah Hayati Ismail |
Januari 2002 – Februari 2002 | Pn. Salmah Abdullah |
Mac 2002 – Februari 2006 | Pn. Jarah Abdullah Gad |
2006 – 2009 | En. Loh Kok Cheang |
2009 - September 2023 | Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain |
September 2023 - Sekarang | Pn. Zuraidah binti Salleh |
Visi Sekolah
Bertekad Ke Arah Sekolah Perdana
PERDANA merupakan akronim untuk:
- Progresif & Proaktif: Menuju ke arah perbaikan atau kemajuan. Sikap positif merangka atau melakukan sesuatu tindakan jauh lebih awal daripada sememangnya perkara itu berlaku.
- Efisien & Efektif: Individu, organisasi yang boleh menjalankan tugas dengan cekap tanpa pembaziran waktu atau tenaga.
- Rasional: Tindakan, perbuatan, pegangan yang mempunyai pertimbangan yang munasabah, fikiran yang wajar dan waras.
- Dinamik: Bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan.
- Amanah: Kepercayaan, boleh dipercayai, jujur, kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang.
- Nilai-nilai Murni: Kualiti, mutu, taraf yang tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur yang mencemarkan) bersih, suci dan tulen.
- Agam: Besar, tegap, tidak ada akhir dan berpanjangan.
Misi Sekolah
Setiap warga Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir bertekad:
- Melahirkan pelajar cemerlang akademik dan mencapai tahap keputusan kebangsaan berteraskan prinsip berilmu dan berdisiplin.
- Mencapai kecemerlangan kokurikulum melalui penglibatan pelajar yang optimum berteraskan prinsip cergas dan cerdas.
- Menjana generasi berakhlak mulia, berdisiplin, bersahsiah, berketrampilan, dan bertanggungjawab berteraskan prinsip berilmu, beriman dan beramal.
- Melahirkan generasi bestari yang berfikrah berteraskan kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
- Menyediakan prasarana yang berkualiti dan kondusif berteraskan prinsip sempurna, selamat, dan selesa.
- Memastikan bahawa pengurusan sumber sistematik dan berkesan berteraskan prinsip, cukup, dan hebat.
- Menzahirkan masyarakat penyayang melalui muafakat dan kerjasama dengan ibubapa serta masyarakat setempat berteraskan prinsip adil, mesra, dan efisien.
Rujukan
Pautan Luar
- Portal Rasmi SMK Majakir Papar
- Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Papar
- Portal ICT SMK Majakir Papar
Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Peti Surat 110, 89608, Papar,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 088-913554 |
Kod sekolah | XEE4239 |
Faks | 088-915494 |
Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir atau nama ringkasnya SMK Majakir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 110.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir memiliki 522 pelajar lelaki dan 517 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1039 orang. Ia mempunyai seramai 80 orang guru.2009
Sejarah
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir
- Peti Surat 110
- 89608, Papar
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 088-913554
- Fax = 088-915494