Sebahagian daripada siri |
Anime dan manga |
---|
Portal Anime dan Manga |
Scanlation ialah hasil proses pengimbasan, terjemahan, suntingan dan pengedaran komik daripada bahasa asing kepada bahasa ibunda pengedar. Istilah ini paling kerap digunakan pada komik Jepun (manga), Korea (manhwa), dan Cina (manhua). Scanlation lazimnya diedarkan secara percuma melalui internet, sama ada melalui muat turun terus, BitTorrent atau IRC. Perkataan scanlation ialah gabungan perkataan scan (imbas) dan translation (terjemahan).
Asal-usul
Scanlation bermula akibat kekurangan pengeluaran manga Jepun di luar Jepun. Pengimportan manga terus dari Jepun adalah mahal, malah pengetahuan bahasa Jepun sangat diperlukan untuk memahaminya. Seperti fansub, scanlation berkemungkinan besar bermula sebagai satu usaha kecil individu sebelum bertukar menjadi amalan berorientasikan komuniti sekarang. Walaupun amalan ini bermula bagi manga Jepun, ia turut merebak membabitkan komik Korea dan Cina, di samping komik-komik dalam pelbagai bahasa lain.
Usia amalan scanlation disifatkan lebih "muda" daripada fansub. Malah kumpulan scanlation yang lebih lama telah ditubuhkan selepas tahun 2000, walaupun majalah Mangajin, yang menggunakan petikan dan terjemahan manga (sah) untuk memperkenalkan bahasa dan kebudayaan Jepun kontemporari kepada belia remaja, mula diterbitkan pada tahun[1][Penjelasan diperlukan]. Contoh kumpulan scanlation terawal ialah Mangaproject, Mangascreener, Manga-Sketchbook, dan Omanga.[2]
Amalan sekarang
Kebanyakan kumpulan fansub mempunyai laman web sendiri di samping saluran IRC. IRC ialah bahagian penting dari segi aspek komuniti, memandangkan ia membolehkan interaksi masa sebenar antara ahli kumpulan dengan pembaca sasaran. IRC juga membolehkan kumpulan scanlation merekrut ahli baru mereka. Keluaran terjemahan kerap dilakukan melalui IRC daripada laman web berpusat, memandangkan ia bermaksud beban jalur lebar diagihkan kepada pelbagai pengguna, sesuatu yang penting bagi kebanyakan kumpulan yang mempunyai sumber kewangan yang terhad.
Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan tetap menyediakan perkhidmatan muat turut daripada laman web mereka, di samping torrent atau penyedia muat turun seperti MegaUpload atau ShareFile. Sesetengah kumpulan juga wujud tanpa mengeluarkan sebarang scanlation, sebaliknya mereka bertanggungjawab mengedar keluaran daripada kumpulan yang lain. Contohnya ialah MangaTraders, yang mengedarkan beberapa keluaran daripada banyak kumpulan scanlation yang boleh didapati melalui khidmat muat turun daripada laman web mereka. Pendekatan muat turun berpusat adalah popular bagi pengguna yang tidak biasa menggunakan IRC.
Beberapa laman web kini mula mengenakan bayaran bagi mencapai scanlation, walaupun majoriti masyarakat menganggap perbuatan sebegini sebagai tidak beretika, tetapi jika kumpulan tersebut menggunakan sumber kewangan tersebut untuk bayaran buku untuk diimbas dan diterjemah, maka penterjemah patut menerimanya untuk hasil kerja mereka.
Sebab scanlation
Sebagai tambahan kepada kumpulan yang mengeluarkan scanlation bagi komik yang tidak dikeluarkan di negara asal mereka, terdapat juga kumpulan yang mengeluarkan terjemahan komik yang sudah ada di pasaran. Dalam sesetengah kes, ia disebabkan penapisan keterlaluan sehingga menjejaskan kandungan komik, ataupun kekurangan pengeluaran judul komik tersebut. Dalam kes yang lain pula, kumpulan scanlation sekadar mencetak rompak keluaran komersial komik, mengimbasnya dan seterusnya mengedarkannya secara percuma.
Satu lagi punca motivasi ialah berikutan kuantiti siri komik baru yang dicipta. Kebanyakan siri anime baru telah dijadikan fansub, dan kebanyakannya dilesenkan untuk edaran oleh beberapa syarikat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, kuantiti siri manga yang dikeluarkan di luar Jepun (yang mempunyai pasaran komik terbesar di dunia) dan pasaran negara lain pula adalah kurang. Kumpulan scanlator sering mengeluarkan projek tersebut untuk memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada judul sedemikian.
Proses alih bahasa juga menjadi rungutan utama penyokong scanlation. Keluaran alih bahasa komersial telah banyak mengubah gelaran, nama serta rujukan budaya kononnya untuk membolehkan pembaca sasaran lebih faham isi kandungannya. Amalan "menterbalikkan" muka surat untuk keluaran komersial turut dikritik peminat manga. Sebabnya adalah kerana bahasa Jepun dan Cina secara tradisionalnya dibaca dari kanan ke kiri, manakala bahasa Melayu (dalam tulisan Rumi) serta bahasa-bahasa Barat seperti Bahasa Inggeris pula dibaca dari kiri ke kanan. Walau bagaimanapun, amalan "menterbalikkan" muka surat dihentikan bagi mengekalkan keadaan manga kepada asal, berikutan bantahan besar-besaran oleh peminat manga.
Kos serta kekerapan keluaran komersial terus menjadi isu di kalangan sesetengah peminat. Komik yang diiimport dari negara asal ada kalanya lebih murah daripada versi alih bahasa komersial, sungguhpun dengan kos penghantaran yang tinggi. Walaupun kekerapan keluaran komik di negara asal boleh jadi sebulan sekali atau seminggu sekali, edisi alih bahasa mungkin mengambil masa yang lebih panjang berikutan keperluan penterjemahan serta pempakejan semula produk sebelum dikeluarkan.
Penerimaan
Scanlation sering dianggap oleh peminat sebagai satu-satunya cara untuk membaca komik yang belum dilesenkan untuk penerbitan di kawasan mereka. Menurut undang-undang hak cipta antarabangsa, seperti[Penjelasan diperlukan], scanlation diharamkan di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, memandangkan kebanyakan kumpulan scanlation berhenti mengedarkan siri komik yang telah dilesenkan secara komersial[3] serta menasihati peminat untuk membeli versi alih bahasa rasmi yang berlesen,[3] kebanyakan kumpulan memandang keluaran mereka sebagai menduduki 'kawasan kelabu' di sisi undang-undang.
Beberapa syarikat perlesenan, seperti Del Rey Manga, TOKYOPOP, dan VIZ Media, menggunakan maklum balas terhadap pelbagai scanlation sebagai faktor untuk menentukan manga yang mana hendak dilesenkan untuk diterjemahkan dan dikeluarkan secara komersial[4].
Steve Kleckner, bekas VP jualan bagi TOKYOPOP, berkata:
"Dan, hei, kalau anda dapatkan 2,000 peminat yang mengatakan mereka mahu sebuah buku yang anda tidak pernah dengar, anda perlu keluar mencarinya."
Walau bagaimanapun, beberapa penterjemah memberi pandangan yang berbeza:
"Saya tahu melalui perbualan dengan banyak pihak dalam industri bahawa 'scanlation' MEMANG ada kesan negatif. Kebanyakan buku yang berada di titik genting tidak akan diterbitkan secara sah disebabkan 'scanlation'."
Lihat juga
Rujukan
- ^ Spectrum Nexus: Mangajin
- ^ "Happy Belated 6th Birthday". Omanga. Dicapai pada 2008-04-02. Unknown parameter
|datepublished=
ignored (bantuan) - ^ a b "FAQ: Manga Scanslations". Mangascreener.Com. Dicapai pada 2008-04-02.
- ^ a b "Newspaper Article" (dalam bahasa English). SFGate. Dicapai pada 2008-05-05.CS1 maint: unrecognized language (link)