Sari Yanti | |
---|---|
Kelahiran | Sari Yanti binti Mohamad Nazari 9 November 1984 |
Pendidikan | Diploma Pengajian Perniagaan |
Pusat pendidikan | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit |
Tahun aktif | 2006–kini |
Pasangan |
|
Anak-anak | 5 |
Ibu bapa | Mohamad Nazari Mohd Nor (bapa) |
Sari Yanti Mohamad Nazari (lahir 9 November 1984) merupakan seorang pelakon dan penerbit wanita Malaysia. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara (2007–2009).[1] Sejak itu, beliau muncul dalam beberapa siri TV seperti Juanna (2008), Annissa (2009), Suria di Cordoba (2011), BFF: Teman Tapi Mesra (2012) dan Cik Serba Tahu (2017).
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 9 November 1984 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 beradik, berdarah campuran Melayu dan Minang. Beliau belajar di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan mendapat Diploma Pengajian Perniagaan.[2]
Kerjaya
Sari Yanti memulakan kerjaya awal sebagai model sambilan selepas memenangi pertandingan gadis penghias muka depan pada tahun 2006. Beliau mula dikenali sejak muncul dalam iklan Hotlink, yang turut dibintangi oleh Bront Palarae.[3]
Beliau ditawarkan oleh Aziz M. Osman untuk menjayakan watak utama sebagai Kaisara dalam siri drama remaja Kisah Kaisara terbitan Ace Motion Pictures dan disiarkan di TV3. Drama ini menjalani penggambaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati. Ia mengisahkan kehidupan pelajar sekolah yang bertudung.[4] Penampilan filem pertama Sari ialah menerusi watak pembantu dalam filem aksi perlumbaan kereta Impak Maksima arahan Ahmad Idham.[5]
Pada 11 November 2008, Sari memegang watak Juanna, seorang gadis yang menjadi mangsa dera ibu bapa tirinya dalam siri drama dengan tajuk sama yang disiarkan di TV1.[6] Beliau pernah tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 kategori "Artis Baru Wanita Popular". Pada tahun 2011, beliau menjayakan watak Suria Khadijah Parker, seorang wanita kacukan Melayu-Sepanyol yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan dalam siri drama Suria Di Cordoba yang memulakan siaran pada 7 Jun di Astro Prima.[7] Drama ini menjalani penggambaran di dua bandar utama Sepanyol—Cordoba dan Madrid dan juga di Malaysia—Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Selangor.[8]
Beliau memegang watak sebagai Shahidah dalam siri drama komedi romantik remaja BFF: Teman Tapi Mesra bersama Muniff Isa, Syatilla Melvin dan Irfan Roslan. Drama ini memulakan siaran di TV3 bermula 15 Januari 2012, ia mengisahkan tentang hubungan antara Shahidah dan Iskandar yang terjalin sejak bangku sekolah.[9]
Sejak 2013, beliau telah menjadi penerbit dan telah menubuhkan syarikat penerbitanya, Apna Addo.[10] Sari menjadi sebahagian dari barisan pelakon drama keislaman I-Kids di Astro Ceria; memegang watak sebagai ibu Aliff.
Pada 17 Januari 2015, Sari memegang watak utama bersama Faizal Hussein dalam telefilem Penjara Seorang Isteri yang berkisarkan tentang perkahwinan Salmah dengan Zaid yang berlaku atas dasar suka sama suka dan perkahwinan mereka dikurniakan dua cahayamata. Dalam telefilem ini, yang berdasarkan dari satu kisah benar, Sari menjayakan watak sebagai Salmah.
Dari 6 hingga 9 Ogos 2015, Sari membuat penampilan sulungnya di pentas teater menerusi teater Hexa X Unus yang menggandingkan beliau bersama penyanyi dan pelakon Aqasha.[11]
Pada 27 Mac 2017, Sari memegang watak Aerna Isyqee dalam siri drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil, Cik Serba Tahu yang menggandingkan beliau bersama Remy Ishak. Beliau dilaporkan menggantikan Mira Filzah yang menarik diri pada saat-saat akhir akibat pertindihan jadual kerja.[12]
Pada Mac 2020, Sari Yanti mengumumkan di akaun Instagram beliau bahawa tidak lagi bergiat aktif dalam bidang lakonan.[13]
Kehidupan peribadi
Sari berkahwin dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009, dan bercerai secara rasmi pada 11 Disember 2014.[14][15] Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.[16][17][18] Pada 14 Jun 2014, Sari dan bekas suami telah bersetuju untuk mencari jalan penyelesaian secara baik terhadap permohonan nusyuz (kembali taat) terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.[19][20]
Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pelawak Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017.[21][22][23] Mereka menyambut kelahiran bayi perempuan yang bernama Dariya Inara pada 25 April 2018.[24][25][26] Sari mewujudkan laman Instagram Dariya Inara—@dariyainaraofficial pada Mei 2018 .[27] Beliau melahirkan anak keempat, Muhammad Khidir, pada 6 Jun 2020. Laman Instagram anak bongsunya itu adalah @muhammadkhidirofficial.
Pada Julai 2016, dalam satu temuramah bersama Star2, Sari mendedahkan beliau pernah dikejar oleh seekor lembu pada ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri.[28]
Beliau juga bersahabat baik dengan pelakon Wan Sharmila.[29]
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2007 | Impak Maksima | Siti | Filem pertama |
2010 | Hooperz | Ina Diana | |
2011 | Misteri Jalan Lama | Jannah | |
2023 | Sayu Yang Syukur | Azreen | Penampilan khas |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007–2009 | Kisah Kaisara | Kaisara | TV3 | Drama pertama |
2008 | Juanna | Juanna | TV1 | |
Sofea Zahra | Sofea | Astro Ria | ||
2009 | Mingguan Lelaki | Misha | ||
2011 | Suria Di Cordoba | Suria Khadijah Parker | Astro Prima | |
2012 | Paan & Paiz | Dira | TV3 | |
BFF: Teman Tapi Mesra | Shahidah | TV3 | ||
2013 | Ujang Baran | Milah | TV2 | |
Arka: Raja Haji | Puteri Kesuma | Astro Box Office | ||
2014 | Mail & Sudin Sambut Ramadan | Mawar | Astro Oasis | |
Anugerah Terindah | Riana | TV3 | ||
Kifarah (Musim 2) | Netty | TV3 | Episod: "Nombor" | |
Cinta Si Egois | Lisa | HyppTV | ||
Sarafina | Sarafina | Astro Prima | ||
2015 | Cinta Si Egois | Lisa | Hypp Sensasi | |
Mencari Mubarakh | Masyitah | TV1 | ||
2016–2017 | Jenaka Kampung Kalut | Milah | TV3 | |
2016 | Mak Kau Kedekut | Husna | KRU Studios | |
Lip Lap Raya | Annisya | HyppTV | ||
I-Kids | Astro Ceria | |||
2017 | Cik Serba Tahu | Aerna Isyqee | Astro Ria | |
Cerita Ramadan Hazim | TV2 |
Iklan
Tahun | Iklan | Catatan |
---|---|---|
2006 | Hotlink (Maxis) Prepaid | bersama Bront Palarae |
2007 | KFC | |
2010 | Sunsilk | |
2011 | Rexona |
Teater
Tahun | Tajuk |
---|---|
2015 | Hexa X Unus |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Yeop... Kaya Ke | Dahlia | TV3 | |
Pilot Dara | TV2 | |||
Raja Haji | Puteri Kesuma | Astro Box Office | ||
Menantu Mak Uteh | TV3 | |||
2014 | Nur Balqis | Cikgu Nur Balqis | TV1 | Telefilem sempena Hari Guru |
2015 | Pagar | TV3 | ||
Perangkap Perkahwinan | Astro Ria | Sebagai penerbit | ||
Penjara Seorang Isteri | Salmah | Astro Oasis | ||
Ramadhan Berteduh Syawal | Serena | TV9 | ||
Ayah Den Lopeh | Fatehah | Astro Ria | ||
2016 | Segi Tiga | Alina | Astro Ria | |
2017 | Roda Ceketeng | TV2 | ||
Inayah | Inayah | Astro Citra | ||
Surat Buat Bakal Isteriku | Qiasara | Astro Ria | ||
2022 | Kasih Dia | Rashidah | TV2 |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Fear Factor Malaysia | Astro Ria | Peserta | |
2015 | Sepahtu Reunion | Astro Warna | Seri | Artis Jemputan: Episod "Pendekar Bujang Sepahtu" |
2017 | Sepahtu Reunion Live | Cikgu Lily | Artis Jemputan: Episod "Anak Murid Cikgu Lily" | |
2019 | Kemboja | Cameo: Episod "Laut Mana Tidak Bergelora" |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2008 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 | Artis Baru Wanita Popular | Sari Yanti | Tercalon |
2011 | Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan 2011/2012 | Anugerah Rambut Menawan Wanita | Tercalon | |
2016 | Anugerah Stail EH! 2016 | Selebriti Paling Fotogenik | Tercalon | |
2017 | Anugerah Stail EH! 2017 | Tercalon | ||
Pasangan Selebriti Pilihan | Jep Sepahtu & Sari Yanti | Tercalon | ||
2018 | Anugerah MeleTOP Era 2018 | Couple Meletop | Menang |
Rujukan
- ^ Budiey (31 Oktober 2007). Drama bersiri Kisah Kaisara lakonan Sari Yanti dan Wan Sharmila Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2 Jun 2011.
- ^ Sari Yanti selesa bertudung Sinar Harian. 21 Mac 2012.
- ^ "Sari Yanti set for the big time". The Star Online. 1 Jun 2007. Dicapai pada 10 Disember 2014.
- ^ Wahida Asrani (25 Jun 2009). "Kaisara ingin rasai dunia percintaan". mSTAR Online. Dicapai pada 23 April 2010.
- ^ Zainuri Misfar (21 Ogos 2007). "Aksi Impak Maksima Ada Mesej Tersendiri". Berita Harian. Dicapai pada 23 April 2010.[pautan mati kekal]
- ^ Drama Juanna lakonan Sari Yanti Sensasi Selebriti (5 November 2008). Dicapai pada 21 Jun 2010.
- ^ Budiey (24 Mei 2011). "Suria Di Cordoba di Astro Prima". Senasasi Selebriti. Dicapai pada 3 Jun 2011.
- ^ Khadijah Ibrahim (6 Jun 2011). "Temui Suria Di Cordoba". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-21. Dicapai pada 3 Jun 2011.
- ^ "Sari Yanti dalam Teman Tapi Mesra". Sinar Harian. 9 Februari 2012. Dicapai pada 18 Jun 2012.
- ^ Zaidi Mohamad (6 Jun 2015). "Sari Yanti sudah dua tahun bergelar penerbit". Berita Harian. Dicapai pada 1 Jun 2015.
- ^ Zaidi Mohamad (3 Ogos 2015). "Sari Yanti cemas diganding dengan Aqasha". Berita Harian. Dicapai pada 24 Jun 2017.
- ^ "Simpan rahsia anak majikan". Harian Metro. 16 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-03. Dicapai pada 2 Mei 2018.
- ^ Zulaikha Yusof (10 Mac 2020). Sari Yanti tidak akan kembali berlakon, Jep Sepahtu selesa isteri berada di rumah Astro Gempak. Dicapai pada 4 Julai 2020.
- ^ "Sari Yanti bercerai dengan ahli perniagaan". Berita Harian. 18 Disember 2014. Dicapai pada 22 Jun 2015.
- ^ "Sari Yanti minta 'berpisah'". Utusan Malaysia. 10 Mac 2014. Dicapai pada 22 Jun 2015.
- ^ Nurul Fadila Awaludin (13 Jun 2015). "Status janda buat Sari sibuk". Kosmo!. Dicapai pada 6 Mei 2018.
- ^ "Sesibuk mana Sari Yanti tetap luang masa dengan anak". Berita Harian. 25 September 2014. Dicapai pada 25 Jun 2018.
- ^ Izwan Mohd Isa (22 Disember 2014). "Hidup baharu Sari Yanti". Kosmo!. Dicapai pada 25 Jun 2018.
- ^ Dhiyazulhilmi Daud (14 Jun 2016). "Sari Yanti, bekas suami setuju selesai kes nusyuz secara baik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Jun 2018.
- ^ Mohd Azrin Mohammad (13 Jun 2016). "Mohd. Edy, Sari Yanti setuju selesai nusyuz secara baik". Kosmo!. Dicapai pada 2 Julai 2016.
- ^ Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad (24 Februari 2017). "Sari Yanti, Jep bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ Zaidi Mohamad (20 Februari 2017). "Sari Yanti selesa dengan personaliti Jep". Berita Harian. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ Ifqdar Rahman (26 Februari 2017). "Jep Sepahtu, Sari Yanti bergelar suami isteri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Julai 2017.
- ^ (TAHNIAH) Sari Yanti Dan Jep Sepahtu Timang Cahaya Mata Pertama Beautifulnara (26 April 2018). Dicapai pada 7 Mei 2018.
- ^ Siti Zurina (26 April 2018). Tahniah! Sari Yanti selamat timang anak ketiga selepas 8 tahun alami keguguran sebelum ini Hijabista. Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Sariyanti, Jep selamat timang anak perempuan Sinar Harian (26 April 2018). Dicapai pada 5 Julai 2018.
- ^ Nan Hidayat Nan Azmie (6 Mei 2018). Sari Yanti turut wujudkan IG anak Kosmo!. Dicapai pada 8 Jun 2018.
- ^ Kenneth Chaw (6 Julai 2016). "Actress Sari Yanti was once chased by a cow". Star2. Dicapai pada 5 Jun 2017.
- ^ Izwan Mohd Isa (23 Julai 2015). Wan Sharmila, Sari Yanti berkongsi rasa Kosmo!. Dicapai pada 13 September 2015.
Pautan luar
- Kelahiran 1984
- Orang hidup
- Pelakon wanita Malaysia
- Orang dari Kuala Lumpur
- Orang dari Negeri Sembilan
- Orang Malaysia berketurunan Minangkabau
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia abad ke-21
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Alumni Universiti Tenaga Nasional
- Penerbit televisyen Malaysia
- Pelakon pentas Malaysia