Juanna adalah merupakan sebuah drama bersiri yang bertemakan konflik kekeluargaan yang mulai disiarkan pada 11 November 2008 di saluran TV1 di slot Astaka pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada jam 10 malam.
Juanna | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Dibintangi oleh | Sari Yanti Marissa Yasmin Zulkifly Azari Ashraf Muslim Julia Ziegler |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan kamera-utama |
Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Gama Taktik Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 (Slot Astaka) |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 November 2008 – 8 Januari 2009 |
Sinopsis
Kisah Juanna bermula apabila Juanna yang baru keluar dari pusat pemulihan akhlak untuk pesalah juvana perempuan pulang ke rumah keluarganya dengan azam yang baru. Namun kehadirannya kurang disenangi ibu tirinya, Hanis dan Hazril, suami baru ibu tirinya yang lebih muda daripadanya. Mereka menganggap kehadiran Juanna mengganggu kehidupan mereka yang baru berumahtangga. Hanis kemudiannya meletakkan syarat anak tirinya itu boleh tinggal di rumah itu tetapi perlu mencari wang nafkah hidup sendiri.
Sementara itu dalam diam Hazril menjalinkan semula hubungan cinta dengan kekasih lamanya seorang model dikenali Nasha tanpa pengetahuan Hanis. Juanna pula bertemu kembali dengan Pak Wan bekas pemandu arwah ayahnya yang telah diberhentikan tanpa sebab oleh Hazril.
Pak Wan yang sememangnya menganggap Juanna bagai anak kandungnya sendiri menawarkan Juanna bekerja di pusat cucian kereta miliknya. Di situ dia berhubungan baik dengan pekerja Pak Wan iaitu Helmi dan Suresh.
Pada masa sama, Juanna cuba berbaik semula dengan teman baiknya Fifi. Di luar pengetahuannya, Fifi menjalinkan hubungan cinta dengan bekas teman lelaki Juanna dikenali Johan. Juanna cuba meyakinkan Fifi bahawa Johan bukanlah lelaki yang baik. Sebaliknya Juanna ditempelak oleh Fifi yang menyebabkan Juanna kecewa. Apatahlagi Johan adalah punca dirinya dihantar ke pusat pemulihan akhlak sedangkan ketika itu Juanna hanya bertindak mahu mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa cabul Johan.
Johan yang mengetahui usaha Juanna mahu memisahkannya dengan Fifi naik angin. Dia lalu mula mengancam Juanna. Juanna bimbang namun dengan adanya Helmi, dia merasakan dirinya selamat. Apatahlagi mereka sering menjadi bahan usikkan Suresh yang mengatakan mereka bercinta dalam diam.
Juanna cuba mempertahankan haknya apabila Hazril menghalaunya keluar dai rumah. Alasannya Juanna masuk campur dalam urusannya. Atas nasihat Pak Wan, Juanna membuang jauh-jauh perasaan malunya untuk menemui Iskandar, rakan baik ayahnya yang kini telah membeli syarikat ayahnya sebelum jatuh ke tangan Hanis yang tidak bertanggungjawab.
Sedang Hazril begitu bersungguh mahu mendapatkan wang daripada Hanis untuk membelikan kereta mewah seperti yang diingini kekasihnya Nasha, Hanis pula yang sibuk mahu menandingi kehebatan Datin Anom yang dianggap sebagai pencabarnya. Dia tidak sedar perubahan Hazril apatahlagi suaminya itu bijak menyembunyikan rahsianya.
Pelbagai kejadian berlaku yang akhirnya menyedarkan Hanis tentang kecurangan suaminya itu. Juanna pula mula menimbangkan untuk melanjutkan pengajian atas bantuan Iskandar. Hatinya berbelah bahagi mahu meninggalkan orang-orang kesayangannya termasuk Helmi.
Pelakon
- Sari Yanti sebagai Juanna
- Marissa Yasmin sebagai Hanis
- Zulkifly Azari sebagai Hazril
- Ashraf Muslim
- Julia Ziegler
- Dian P. Ramlee
- Kamaliah Mat Dom