Sarek Ubi kekek | |
---|---|
![]() | |
Sarek liar di Filipina. | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Monokot |
Order: | Alismatales |
Keluarga: | Araceae |
Genus: | Amorphophallus |
Spesies: | A. paeoniifolius
|
Nama binomial | |
Amorphophallus paeoniifolius | |
Sinonim[2] | |
Senarai
|
Sarek, ubi sarek, ubi kekek, ubi ular, lokai, loki, lekir dan suweg (nama botani: Amorphophallus paeoniifolius)[4][5] ialah spesies tumbuhan dalam genus Amorphophallus. Ia terkenal dengan bunganya yang mengeluarkan bau busuk seakan bangkai yang menarik perhatian serangga pendebunga. Tumbuhan ini berasal dari Asia Tenggara, ia juga disebarkan orang-orang Austronesia sejauh Madagaskar di barat, dan ke New Guinea dan Oceania di bahagian timur.[6][7][8]
Peristilahan
Nama lekir digunakan di utara Semenanjung Melayu.[perlu rujukan]
Nama suweg digunakan di Indonesia, ia dipinjamkan daripada bahasa Jawa.[9]
Penerangan
Umbisinya berwarna putih, selalunya bercalit warna merah jambu atau ungu. Tangkai daun tunggal utama yang tumbuh dari umbisi ini tumbuh mencapai 1.5 meter. Tangkai ini bersifat lembut dan menegak, berwarna hijau berbelang putih dan menggelap apabila matang; permukaan tangkai daun kasar apabila disentuh.
Bunganya muncul apabila simpanan tenaga dalam umbi sudah mencukupi di mana seluruh daun termasuk tangkainya akan melayu. Bunga ini tumbuh menjambak pada tongkol yang dilindungi seludang mirip keladi di mana kuntum bunga tidak sempurna, berumah satu dan berkumpul di sisi tongkol dengan bunga jantan terletak di bahagian lebih tinggi daripada bunga betina. Struktur generatif ini pada saat mekar mengeluarkan bau bangkai yang memikat lalat untuk membantu menyebarkan debunga dari satu bunga kepada satu bunga lain.
Ubinya mempunyai kandungan kalsium oksalat yang mampu menyebabkan kerengsaan.[10] Bahan kimia ini dapat dibuang dengan membasuh ubi yang telah direbus sebelum dimasak sekali lagi.[4]
Kegunaan
Dalam makanan
-
ubi sarek dan thoran disediakan dalam masakan ala Kerala.
-
Ubi sarek yang ditanam di India.
-
Umbisi.
-
Kari yang dibubuh bunga sarek.
Masyarakat di negeri Kelantan, Malaysia menggunakan ubi ini sebagai bahan makanan, tidak hanya dimakan terus selepas direbus malah untuk masakan seperti bubur Asyura dan pengat. Batang pokok boleh dijadikan sayur masak lemak.[4]
Orang Asli kaum Bateq di pantai timur Semenanjung Melayu menanam ubinya sebagai makanan; ia dimakan dengan direbus dalam buluh.[11]
Dalam perubatan
Orang Asli di Malaysia menggunakan cecair pati ubi kekek liar sebagai sebahagian campuran racun sumpit buruan mereka.[4]
Rujukan
- ^ Romand-Monnier, F (2013). "Amorphophallus paeoniifolius". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2013: e.T44393336A44531586. doi:10.2305/IUCN.UK.2013-2.RLTS.T44393336A44531586.en.
- ^ a b "Amorphophallus paeoniifolius". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 5 Februari 2017.
- ^ Nicolson, Dan Henry (1977). "Nomina conservanda proposita - Amorphophallus (Proposal to change the typification of 723 Amorphophallus, nom. cons. (Araceae))". Taxon. 26 (2/3): 337–338. doi:10.2307/1220579. JSTOR 1220579.
- ^ a b c d Noraida Arifin (2021). "Ubi sarek". Melur.com. Dicapai pada 30 Jun 2021.
- ^ "Amorphophallus paeoniifolius". Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai pada 18 Julai 2022.
- ^ Santosa, Edi; Lian, Chun Lan; Sugiyama, Nobuo; Misra, Raj Shekhar; Boonkorkaew, Patchareeya; Thanomchit, Kanokwan; Chiang, Tzen-Yuh (Jun 2017). "Population structure of elephant foot yams (Amorphophallus paeoniifolius (Dennst.) Nicolson) in Asia". PLOS ONE. 12 (6): e0180000. Bibcode:2017PLoSO..1280000S. doi:10.1371/journal.pone.0180000. PMC 5489206. PMID 28658282.
- ^ McClatchey, Will C. (2012). "Wild food plants of Remote Oceania". Acta Societatis Botanicorum Poloniae. 81 (4): 371–380. doi:10.5586/asbp.2012.034.
- ^ Horrocks, M.; Nieuwoudt, M.K.; Kinaston, R; Buckley, H.; Bedford, S. (November 2013). "Microfossil and Fourier Transform InfraRed analyses of Lapita and post-Lapita human dental calculus from Vanuatu, Southwest Pacific". Journal of the Royal Society of New Zealand. 44 (1): 17–33. doi:10.1080/03036758.2013.842177. S2CID 128880569.
- ^ "suweg". Kamus Budaya Jawa. Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan Indonesia. Dicapai pada 30 Julai 2022.
- ^ Nurul Chairiyah; Nunung Harijati; Retno Mastuti (Februari 2016). "Variation of Calcium Oxalate (CaOx) Crystals in Porang Corms (Amorphophallus muelleri Blume) at Different Harvest Time". American Journal of Plant Sciences (dalam bahasa Inggeris). 7 (2). doi:10.4236/ajps.2016.72030. ISSN 2158-2750.
- ^ Siti Nursyadiq Anuar; Jamilah Mohd Salim; Dome Nikong; Norhayati Ab Manaf; Nur Azura Sanusi; Khatijah Omar; Tengku Rozaina Tengku Mohamad (Disember 2023). "Traditional Ecological Knowledge of Wild Tubers Used by The Orang Asli Bateq Tribe on The East Coast of Peninsular Malaysia". Malaysian Applied Biology. 52 (5): 1–10. doi:10.55230/mabjournal.v52i5.co6.
Pautan luar
- Maklumat lanjut di Flora and Fauna Web, Lembaga Taman Negara Singapura