Majlis penyampaian Anugerah Industri Muzik ke-5 diadakan pada 12 April 1998, kali ini memperkenalkan tiga anugerah baru iaitu Album Nasyid Terbaik, Album Dangdut Terbaik dan Artis Inggeris Baru Tempatan Terbaik. Inilah kali pertama AIM disiarkan secara langsung di ntv7.[1] Tiada artis luar dijemput ke edisi anugerah kali ini.[2]