Safawi Rasid | |
---|---|
Kelahiran | Dungun, Malaysia | 5 Mac 1997
Ketinggian | 1.73 m (5 ka 8 in) |
Muhammad Safawi bin Rasid (lahir 5 Mac 1997) ialah seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang kini bermain sebagai pemain tengah.Dipinjamkan dari Johor Darul Ta'zim dan pasukan kebangsaan Malaysia.[1] Safawi mencipta sensasi bola sepak tanah air pada tahun 2018-2019 sehingga dipancing oleh kelab Liga Divisyen 1 Portugal secara pinjaman. Beliau terkenal dengan kemampuan sepakan bola percuma melengkung dan kemampuan untuk membuat tendangan jarak jauh. Safawi sudah menjaringkan 20 gol untuk Malaysia dan masuk dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman bersama Harimau Malaya
Kehidupan awal
Safawi tinggal di Kampung Bukit Chatak, Dungun dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun, Terengganu pada 2010 sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Nenas untuk meningkatkan kemahiran bola sepaknya sehingga 2014. Beliau bermain bola sepak untuk pasukan sekolahnya sejak tahun pertama menjadi pelajar sekolah menengah.
Safawi mempunyai 13 adik beradik dan kebanyakannya terlibat dengan sukan seperti sepak takraw, bola sepak, dan hoki. Beliau merupakan anak kesembilan.
Kehidupan peribadi
Safawi dan Syifa Melvin telah mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022 di Hilton Petaling Jaya.
Kerjaya kelab
Kerjaya remaja
Menjelang 2011, T-Team FC telah menubuhkan sebuah akademi bola sepak di seluruh enam bandar Terengganu, Dungun, Marang, Besut, Kemaman, Setiu dan Kuala Terengganu oleh ketua jurulatih, Jibang Marzuki. Semua pemain Akademi Bola Sepak mestilah berumur di bawah 18 tahun dan Jibang Marzuki berjaya mengadakan permainan untuk setiap pasukan setiap minggu untuk memastikan prestasi terbaik sebelum pergi ke pra-pemilihan kelab bola sepak T-Team pada akhir tahun ini.
Safawi Rasid, yang berumur 15 tahun ketika menyertai Akademi Kelab Bola Sepak T-Team Dungun, selalu membuat penampilan dalam kesebelasan utama untuk pasukannya pada setiap perlawanan. Beliau pernah bermain sebagai pemain tengah pusat dan menyukai menjaringkan tendangan jarak jauh dengan kaki kirinya. Pengurusnya pada masa itu, megingatkan semula bahawa beliau pergi ke Safawi dan memaksanya untuk menghadiri latihan kerana dia percaya bahawa Safawi mempunyai masa depan yang cerah. Sejak itu, Safawi mewakili pasukan bola sepak Terengganu setiap tahun untuk kejohanan MSSM.
Ketika berusia 16 tahun, beliau berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Nenas untuk memperbaiki kemahiran bola sepaknya, 66 kilometer jauhnya dari rumah. Oleh kerana bakat hebatnya di Liga Sekolah Sukan, jurulatih T-Team, Rahmad Darmawan memilihnya untuk menghadiri latihan dengan skuad utama. Safawi cepat mengagumkan Rahmad dan tidak lama lagi menjadi sebahagian daripada skuad utama.[2]
Johor Darul Ta'zim
Pada Disember 2016, diumumkan bahawa Safawi telah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama juara liga Johor Darul Ta'zim FC.[3] Beliau telah diberikan jersi nombor 29.
Musim 2017
Pada 7 Februari 2017, Safawi tampil dalam pertandingan Liga Juara-Juara AFC 2017 menentang Gamba Osaka yang dimana pasukan beliau tewas 0-3.[4] Pada 27 Januari 2017, Safawi membuat kemunculan liga dalam kemenangan 3-1 ke atas Felda United selepas masuk dari bangku simpanan.
Pada 15 Julai 2017, beliau menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Super Malaysia untuk kelab barunya dalam kemenangan 3-1 terhadap Sarawak FA. Pada penghujung musim, Safawi meraih kejohanan pertamanya dalam Piala Malaysia dan Liga Super Malaysia yang pertama untuk musim, membantu Johor Darul Ta'zim memenangi gelaran liga ke-4 dan Piala Malaysia pertama dalam sejarah mereka.
Kerjaya antarabangsa
Safawi Rasid telah membuat kemunculan sulung untuk penampilan antarabangsa bermain untuk Malaysia Bawah-22 dalam Piala Negara-Negara 2016.[5] Pada bulan Ogos 2016, Safawi Rashid telah dipanggil ke pasukan kebangsaan Malaysia untuk perlawanan menentang Indonesia.[6] Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan senior dalam perlawanan sebagai permulaan, dan Malaysia tewas 0-3.[7]
Bermula kariernya bersama pasukan T-Team, Safawi menyerlah dan pada 2017 Johor Darul Takzim telah menandatangani pemain ini seterusnya menjadi pemain skuad utama sehingga saat ini. Safawi bukanlah penjaring utama di JDT namun dia banyak menjaringkan gol penting yang membantu pasukan. Prestasinya pada tahun 2019 juga agak memberangsangkan untuk skuad kebangsaan dimana dia menjaringkan 4 gol dalam 4 kemunculannya untuk kelayakan Piala Dunia Qatar dengan 2 gol terbaru kemenangan dalam menentang Indonesia.
Statistik kerjaya
Antarabangsa
- Sehingga 11 Jun 2024
Pasukan | Tahun | Kemunculan | Gol |
---|---|---|---|
Malaysia | 2016 | 3 | 0 |
2017 | 3 | 2 | |
2018 | 11 | 2 | |
2019 | 10 | 6 | |
2021 | 8 | 5 | |
2022 | 14 | 3 | |
2023 | 9 | 2 | |
2024 | 4 | 1 | |
Jumlah | 61 | 21 |
No | Tarikh | Tempat | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | 10 November 2017 | Stadium Buriram, Buriram, Thailand | Korea Utara | 1–4 | 1–4 | Kelayakan Piala Asia AFC 2019 |
2 | 13 November 2017 | 1–4 | 1–4 | |||
3 | 3 November 2018 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | Maldives | 2–0 | 3–0 | Persahabatan |
4 | 11 Disember 2018 | Vietnam | 2–2 | 2–2 | Piala AFF 2018 | |
5 | 2 Jun 2019 | Nepal | 1–0 | 2–0 | Persahabatan | |
6 | 7 Jun 2019 | Timor-Leste | 4–0 | 7–1 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 | |
7 | 5–1 | |||||
8 | 9 November 2019 | Tajikistan | 1–0 | 1–0 | Persahabatan | |
9 | 19 November 2019 | Indonesia | 1–0 | 2–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 | |
10 | 2–0 | |||||
11 | 15 Jun 2021 | Stadium Al-Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu | Thailand | 1–0 | 1–0 | |
12 | 6 Disember 2021 | Stadium Bishan, Bishan, Singapura | Kemboja | 1–0 | 3–1 | Piala AFF 2020 |
13 | 9 Disember 2021 | Laos | 1–0 | 4–0 | ||
14 | 2–0 | |||||
15 | 4–0 | |||||
16 | 1 Jun 2022 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | Hong Kong | 1–0 | 2–0 | Persahabatan |
17 | 8 Jun 2022 | Turkmenistan | 1–0 | 3–1 | Kelayakan Piala Asia AFC 2023 | |
18 | 14 Jun 2022 | Bangladesh | 1–0 | 4–1 | ||
19 | 14 Jun 2023 | Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Malaysia | Kepulauan Solomon | 3–1 | 4–1 | Persahabatan |
20 | 20 Jun 2023 | Papua New Guinea | 1–0 | 10–0 | ||
21 | 11 Jun 2024 | Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia | Taipei Cina | 1–1 | 3–1 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 |
Rujukan
- ^ "Muhd Safawi Rasid Profile" (dalam bahasa Inggeris). Soccerway. 2 September 2016. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ "From T-Team prospect to JDT superstar - The making of Safawi Rasid" (dalam bahasa Inggeris). Goal.com. 7 Mei 2020.
- ^ "Ramai tonggak utama T-Team pindah". Berita Harian. 2 Disember 2016.
- ^ "Gamba Osaka 3–0 Johor Darul Ta'zim" (dalam bahasa Inggeris). Soccerway. Dicapai pada 8 Januari 2018.
- ^ "Bernhardt calls up two new faces and retain 22 players in U22" (dalam bahasa Inggeris). Goal.com. 3 Jun 2016. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ "Senarai 24 pemain ke latihan pusat skuad kebangsaan bertemu indonesia di solo". harimaumalaysia.my. 29 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-11. Dicapai pada 2 September 2016.
- ^ http://www.espnfc.com/blog/football-asia/153/post/2942480/malaysia-concede-three-times-in-21-minutes-in-aff-friendly-loss-to-indonesia
Pautan luar
- Profil Safawi Rasid Diarkibkan 2016-11-11 di Wayback Machine di Harimau Malaysia
- Profil Safawi Rasid di Metafootball