Raja Chulan | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Di-Hilir Perak | |||||||||
Raja Di-Hilir Perak Ke 25 | |||||||||
Pemerintahan | 1919 - 10 April 1933 | ||||||||
Kemahkotaan | 1 Disember 1920 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Hajji Sir Yussuff Izzuddin Shah I ibni Sultan Hajji Sir Abdul Jalil Nasshir Uddein al-Muhtaram Shah | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Hajji Sir Idris al-Mu'tawakkil Alaillahi Shah II ibni Sultan Hajji Sir Alang Iskandar Muinayat Shah II | ||||||||
Keputeraan | Raja Chulan ibni Raja Abdullah 1 Julai 1869 Tanjung Berambang, Mukim, Daerah, Perak | ||||||||
Kemangkatan | 10 April 1933 Rumah Kelsumah, Kuala Kangsar, Perak | (umur 63)||||||||
Pemakaman | 11 April 1933 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak | ||||||||
Pasangan | Raja Puan Muda Perak Raja Hajjah Puteh Kalsum binti Sultan Hajji Sir Idris Murshiddul ad-Azzham Shah Rahmatu’llah (k,18 Disember 1899) | ||||||||
Anakanda |
| ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kerabat Diraja Perak | ||||||||
Ayahanda | Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah | ||||||||
Bonda | Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah | ||||||||
Agama | Islam | ||||||||
Pekerjaan | - | ||||||||
Tandatangan | Tandatangan Raja Chulan |
Raja Hajji Sir Chullan ibni Almarhum Sultan Hajji Sir Abdullah Muhammad Shah II Habibullah (1 Julai 1869 - 10 April 1933) merupakan seorang kerabat diraja negeri Perak (bukan penulis buku Misa Melayu).
Biografi ringkas
Dilahirkan di Tanjung Brambang, Raja Chulan merupakan anakanda kedua Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II Habibullah yang dibuang negeri ke Pulau Seychelles bersama isterinya, Raja Perempuan Ampuan Besar Raja Tipah binti Almarhum Paduka Seri Sultan Shahabuddin Riayat Shah Saifullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Melaka, dan kemudiannya di Institusi Raffles, Singapura.
Pada tahun 1896, Raja Chulan dilantik sebagai Penolong Pegawai Daerah Selama sehingga tahun 1897. Baginda merupakan tokoh yang bertanggungjawab untuk membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Selangor, negeri Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 1 Julai 1896. Pada tahun 1911, Raja Chulan bersara daripada perkhidmatan awam selepas menyandang beberapa jawatan pentadbiran yang agak penting.
Pada 1 Disember 1920, Raja Chulan dilantik sebagai Raja Di-Hilir Perak yang merupakan tempat ketiga dalam pewarisan takhta Kesultanan Perak. Empat tahun kemudian, pada tahun 1924, baginda dilantik sebagai orang Melayu tak rasmi yang pertama dalam Majlis Persekutuan. Baginda memainkan peranan yang utama dalam perbincangan-perbincangan Majlis untuk memperdebatkan dengan bersungguh-sungguh terhadap kepentingan orang Melayu, dan menyokong cadang-cadangan untuk membahagikan semula kuasa pentadbiran yang kemudian itu dipusatkan di Kuala Lumpur kepada negeri-negeri persekutuan.
Raja Chulan berkahwin dengan Raja Kecil Puteh Kalsum, anak perempuan Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki Raja Zainal Azman Shah, dan 4 orang anak perempuan.
Penghormatan
Bagi menghargai jasa Raja Chulan, nama baginda telah diabadikan antara lain, seperti berikut:
- Jalan Raja Chulan, sebatang jalan di Kuala Lumpur;
- Hotel Bertaraf Lima Bintang (5 Star) "The Royale Chulan Kuala Lumpur [1]" di Jalan Conlay. (Hotel ini dibawah Boustead Holding anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT).
- Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan yang terletak di Jalan Dairy, Taman Cempaka, Ipoh, Perak. Sebelah sekolah ini ialah Politeknik Ungku Omar dan Maktab Perguruan Kinta, Ipoh (kini dipindahkan ke Perlis).
Keturunan
Keturunan Raja Chulan ibni Sultan Abdullah Muhammad Shah II
|
---|
Rujukan
Bibliografi
- Ensiklopedia World Book, 1994. ISBN 0-7166-6694-4