Almarhum Yamtuan Muda Riau IV Raja Haji Fisabilillah ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau II Opu Daeng Chelak, (1727 - 18 Jun 1784) atau lebih dikenali sebagai Raja Haji adalah seorang pahlawan Melayu Bugis dan Yang di-Pertuan Muda Johor-Riau-Lingga dari 1777 sehingga kemangkatannya pada 1784.
Baginda merupakan nenda kepada Raja Ali Haji, seorang penulis dan pujangga sastera Melayu terkenal.
Keputeraan
Baginda diputerakan di Ulusungai, Riau. Baginda merupakan adinda kepada Raja Lumu; raja Lumu ini kemudiannya dipilih menjadi SultanSelangor.[1] Setelah mamandanya mangkat sekitar bulan Disember 1777, beliau terus ditabalkan mewarisi takhta Yang DIpertuan Muda Riau; Datk Bendahara Tun Abdul Majid ada berutus surat dengan Sultan Mahmud Riayat Syah mengenai khabar ini selain mendapat sambutan baik dari Gabenor Melaka, Pieter Gerardus de Bruijn, yang mengirimkan surat tahniah (atau felicitatie) pada 28 Disember tahun sama.[2]
Pemerintahan
Baginda mengenakan suatu percukaian yang dilihat lebih berkemampuan berbanding di jajahan Melaka sehinggakan banyak kapal mula berdagang di Riau lalu menguntungkan pelabuhan di sana, James Scott dalam catatannya sebagai seorang pelayar swasta untuk Syarikat Hindia Timur British ada menyatakan bahawa cukai baru dikenakan di Riau kurang 12%.[2] Suatu catatan dalam Siarah Haji Podi ada mengatakan bahawa tarikan pelabuhan tersebut menjadi ia sangat sesak dikunjungi orang: "banyaknya orang di dalam sungai Negeri Riau sebanyak sembilan laksa...lapan ribu Bugis di Sungai Timun, dan dua ribu di Pulau Biram Dewa..."[2]
Baginda cuba menyerang kubu Belanda di Melaka pada tahun 1784 tetapi tewas. Pada tahun yang sama berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini. Serangan Belanda ini menimbulkan kemarahan anak saudaranya Raja Ibrahim, menyebabkan Selangor terlibat secara langsung dalam persengketaan antara Belanda dengan Johor.[3]
Kemangkatan
Raja Haji meninggal dunia di Teluk Ketapang, Melaka dan dimakamkan di Pulau Penyengat Indera Sakti (kini dalam Kepulauan Riau di Indonesia).[4]
Keluarga
Lihat juga
Rujukan
- ^ The Making of Modern Malaya: A History from Earliest Times to the Present (1963), m/s. 69
- ^ a b c Aswandi Syahri (14 Julai 2020). "Pelabuhan dan Perdagangan Negeri Riau Zaman Yang Dipertuan Muda IV Raja Haji". Jantung Melayu. Dicapai pada 4 Mac 2021.
- ^ Hari Ini Dalam Sejarah: Belanda Kalah di Selangor Arkib Negara Malaysia
- ^ Pemimpin Perlawanan Rakyat Melayu - Pahlawan - Biografi Tokoh Indonesia Tokoh Indonesia DotCom
Pautan luar
Penyandang Terdahulu | Yang Dipertuan Muda ke-4 1777 – 1784 |
Penyandang Kemudian |
Daeng Kemboja | Raja Ali |