Butiran vaksin | |
---|---|
Penyakit sasaran | P. falciparum; Hepatitis B pada tahap rendah |
Jenis | Subunit protein |
Data klinikal | |
Nama dagang | Mosquirix |
Kaedah pemberian | Intraotot (0.5 mL)[1] |
Status perundangan | |
Status perundangan |
|
RTS,S/AS01 (nama dagang Mosquirix) ialah sejenis vaksin malaria berasaskan protein rekombinan. Pada Oktober 2021, vaksin ini disetujui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi "kegunaan meluas" dalam kanak-kanak, menjadikan ini sebagai calon vaksin malaria pertama serta vaksin pertama bagi jangkitan parasit untuk menerima pengiktirafan ini.[2][3][4]
Vaksin RTS,S mula dicipta dan dihasilkan pada lewat 1980-an oleh para saintis SmithKline Beecham Biologicals (kini GlaxoSmithKline (GSK) Vaccines) di Belgium.[5] Vaksin ini dibangunkan lagi secara lanjut melalui kerjasama GSK dengan Institut Kajian Tentera Walter Reed di Maryland, Amerika Syarikat,[6] dan didanai secara sebahagian oleh Inisiatif Vaksin Malaria PATH dan Yayasan Bill & Melinda Gates. Nilai keberkesanan vaksin berjulat dari 26% ke 50% dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
Rujukan
- ^ "Mosquirix H-W-2300". European Medicines Agency. Dicapai pada 4 March 2021.
- ^ Davies L (6 October 2021). "WHO endorses use of world's first malaria vaccine in Africa". The Guardian. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
- ^ Drysdale C, Kelleher K. "WHO recommends groundbreaking malaria vaccine for children at risk" (Siaran akhbar). Geneva: World Health Organization. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
- ^ Mandavilli A (6 October 2021). "A 'Historical Event': First Malaria Vaccine Approved by W.H.O." New York Times. Dicapai pada 6 Oktober 2021.
- ^ "HYBRID PROTEIN BETWEEN CS FROM PLASMODIUM AND HBsAG".
- ^ Heppner DG, Kester KE, Ockenhouse CF, Tornieporth N, Ofori O, Lyon JA, dll. (March 2005). "Towards an RTS,S-based, multi-stage, multi-antigen vaccine against falciparum malaria: progress at the Walter Reed Army Institute of Research". Vaccine. 23 (17–18): 2243–50. doi:10.1016/j.vaccine.2005.01.142. PMID 15755604. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 July 2018.
Pautan luar
- (Inggeris) Mosquirix: Maklumat produk
- Drugs with non-standard legal status
- Chemical articles without CAS registry number
- Articles without EBI source
- Chemical pages without ChemSpiderID
- Chemical pages without DrugBank identifier
- Articles without KEGG source
- Articles without InChI source
- Articles without UNII source
- Dadah yang tidak mempunyai kod ATC
- Articles containing unverified chemical infoboxes
- Drugs that are a vaccine
- Malaria
- Vaksin peptida