Presiden Republik Persekutuan Jerman | |
---|---|
Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschland | |
Gelaran | "Tuan Yang Terutama" / Your Excellency |
Singkatan | BPr |
Bidang kuasa | Jerman dan Jerman Barat |
Kediaman | Schloss Bellevue (Berlin) Villa Hammerschmidt (Bonn) |
Dilantik oleh | Majlis Perhimpunan |
Tempoh jawatan | 5 tahun Boleh diperbaharui berturut-turut sekali |
Surat cara pembentukan | Undang-Undang Dasar Republik Persekutuan Jerman |
Pelopor | Reichspräsident |
Penjawat sulung | Theodor Heuss |
Dibentuk | 24 Mei 1949 |
Timbalan/naib | President of the Bundesrat of Germany (en) |
Gaji | 242,500 € setahun[1] |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Jerman |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Perlembagaan
Parlimen
Kehakiman
Eksekutif
Bahagian
Pilihan raya
Dasar Luar Negara
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Presiden Jerman, secara rasminya Presiden Persekutuan Jerman (Jerman: Bundespräsident der Bundesrepublik Deutschland )[2] ialah ketua negara Republik Persekutuan Jerman.
Jerman memiliki pemerintahan sistem parlimen di mana Canselor adalah tokoh politik utama negara dan ketua eksekutif de facto. Namun, Presiden turut memiliki peranan utama lain lebih dari sekadar kerasmian, lagi-lagi secara leluas mengenai cara mereka menjalankan tugas rasmi mereka.[3] Presiden memberikan arahan terhadap politik umum dan perdebatan sosial dan memiliki beberapa "kekuasaan cadangan" dalam kasus ketidakstabilan politik (sebagaimana diatur oleh Fasal 81 dari Undang-Undang Dasar Jerman).[4]
Frank-Walter Steinmeier pemegang jawatan terkini selepas dilantik pada 12 Februari 2017 dan mula berkhidmat pada 19 Mac tahun sama.
Peranan
Sejarah
Selepas Wilhelm II, Maharaja Jerman turun takhta pada tahun 1918 dan penggubalan Perlembagaan Weimar, jawatan Reichspräsident (Presiden Jerman) dibentuk sebagai Ketua Negara Jerman. Jawatan ini dihapuskan pada tahun 1934 selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg. Kuasanya disatukan dengan jawatan Reichskanzler dan gelaran rasmi jawatan yang dipegang oleh Adolf Hitler ditukar kepada "Führer und Reichskanzler" (Ketua dan Canselor). Jawatan ini, walau bagaimanapun direka semula pada penghujung Perang Dunia II apabila Hitler melantik Laksamana Besar Karl Dönitz sebagai penggantinya dengan gelaran rasmi Presiden Jerman.[perlu rujukan]
Empayar Ketiga Jerman tidak terhapus pada tahun 1945, sebaliknya selepas empat tahun pendudukan Kuasa-kuasa Berikat, dua buah negara Jerman dibentuk pada tahun 1949, iaitu Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) di dalam wilayah yang dikawal Britain, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis, serta Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur) di wilayah yang dikuasai Kesatuan Soviet. Kedua-dua republik Jerman ini mempunyai seorang Ketua Negara dengan gelaran Presiden. Namun begitu, dengan kematian presiden pertamanya Wilhelm Pieck, Jerman Timur memansuhkan gelaran ini pada tahun 1960. Sehingga Penyatuan semula Jerman pada tahun 1991, wujud dua orang ketua negara di tanah Jerman. Pada saat itu, Presiden Jerman Barat (Jerman: Bundespräsident ) menjadi ketua negara untuk seluruh Jerman yang bersatu.
Senarai Presiden Jerman selepas Perang Dunia II
No. | Gambar | Nama | Mula | Tamat | Parti¹ |
---|---|---|---|---|---|
1. | Theodor Heuss | 13 September 1949 | 12 September 1959 | FDP | |
2. | Heinrich Lübke | 13 September 1959 | 30 Jun 1969 | CDU | |
3. | Gustav Heinemann | 1 Julai 1969 | 30 Jun 1974 | SPD | |
4. | Walter Scheel | 1 Julai 1974 | 30 Jun 1979 | FDP | |
5. | Karl Carstens | 1 Julai 1979 | 30 Jun 1984 | CDU | |
6. | Richard von Weizsäcker | 1 Julai 1984 | 30 Jun 1994 | CDU | |
7. | Roman Herzog | 1 Julai 1994 | 30 Jun 1999 | CDU | |
8. | Johannes Rau | 1 Julai 1999 | 30 Jun 2004 | SPD | |
9. | Horst Köhler | 1 Julai 2004 | 2010 | CDU | |
10. | Christian Wulff | 2010 | 2012 | CDU | |
11. | Joachim Gauck | 2012 | 2017 | Bebas | |
12. | Frank-Walter Steinmeier | 2017 | (Kini) | SPD |
¹ Perhatikan walaupun seseorang presiden selalunya pernah menganggotai sebuah parti politik sebelum menjawat jawatan ini, dalam Perkara 55 Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman, penjawat diminta tidak memegang jawatan lain, tidak bergiat aktif dalam kerjaya lain atau menganggotai mana-mana pertubuhan. Oleh yang demikian, semua Presiden Persekutuan telah meninggalkan parti politik mereka dan tidak menyertai kegiatan mana-mana parti politik sepanjang tempoh jawatannya.
Rujukan
- ^ "Wie wird der Bundespräsident bezahlt?". www.bundespraesident.de.
- ^ Didasarkan gelaran rasmi dalam negara: Bundespräsident dan Bundesrepublik Deutschland - Foreign Office of the Federal Republic of Germany (1990). German Institutions. Terminological Series issued by the Foreign Office of the Federal Republic of Germany. Volume 3. de Gruyter. m/s. 28. ISBN 978-0-89925-584-2.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ German constitutional court: BVerfG, – 2 BvE 4/13–10 June 2014, No. 28
- ^ "Basic Law for the Federal Republic of Germany". Gesetze-im-internet.de. Dicapai pada 22 November 2012.