Egon Krenz | |
---|---|
Setiausaha Agung Jawatankuasa Parti Persatuan Sosialis Jerman | |
Dalam jawatan 18 October 1989 – 3 Disember 1989 | |
Didahului oleh | Erich Honecker |
Digantikan oleh | Jabatan dihapuskan |
Ketua Dewan Negeri Republik Demokratik Jerman | |
Dalam jawatan 18 Ostober 1989 – 6 Desember 1989 | |
Didahului oleh | Erich Honecker |
Digantikan oleh | Manfred Gerlach |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kolberg, Pomerania Jauh, Jerman (kini Kołobrzeg, Poland) | 19 Mac 1937
Parti politik | Parti Persatuan Sosialis Jerman |
Bidang pengkhususan | Ahli politik |
Tandatangan | |
Egon Krenz (lahir pada 19 Mac 1937) ialah bekas ahli politik Parti Komunis Jerman Timur. Beliau memimpin Jerman Timur (GDR) pada 1989 sebelum kerajaan GDR tumbang.
Awal hidup
Krenz dilahirkan di Kolberg di Jerman tapi sekarang dalam negara Poland. Keluarganya dipindahkan ke Damgarten tahun 1944, apabila Jerman Barat dan Jerman Timur pecah.
Beliau menyertai Parti Komunis pada tahun 1955 dan menyertai Politburo pada tahun 1983. Beliau menjadi Setiausaha Agung Pergerakan Pemuda Komunis.
Krenz telah mengetuai protes menentang pemimpin komunis iaitu Erich Honecker hingga meletakkan jawatan pada 18 Oktober 1989.
Dari 18 Oktober 1989 hingga 3 Disember 1989 beliau menjadi Setiausaha Socialist Unity (Communist) Party (SED) menggantikan Erich Honecker.
Kerjaya politik
Krenz telah memperkenalkan pembaharuan dan kebebasan demokrasi. Seterusnya meruntuhkan Tembok Berlin pada 9 November 1989 yang merupakan kesilapan menterinya yang bernama Gunter Schabowski. Akhirnya kerajaan komunis Jerman Timur telah runtuh.
Krenz meletakkan jawatan pada 7 Disember 1989. Beliau dikatakan meletakkan jawatan kerana berasa malu dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin komunis sebelum beliau. Semua pemimpin komunis itu merupakan orang yang disanjungnya tetapi telah didapati menyalahgunakan kuasa sehingga rakyat menderita.
Pasca-Perang Dingin
Krenz telah dipenjarakan selama 6 1/2 tahun pada 1997 kerana jenayah semasa Perang Dingin terutama berkaitan pembunuhan mereka yang melarikan diri dari Jerman Timur dan ingin menyeberangi Tembok Berlin. Beliau dibebaskan pada Disember 2003 dan masih dalam pemerhatian sehingga tahun 2006.