Opera ialah teater muzikal yang mana keseluruhan pementasannya disampaikan di dalam bentuk nyanyian dan lagu. Opera bermula di Itali pada sekitar tahun 1600 dan kebiasaannya dihubungkaitkan dengan muzik klasikal tradisi eropah ataupun dikenali sebagai muzik barat. Opera menggunakan elemen-elemen teater percakapan seperti permandangan (untuk pentas dan latar belakangnya), kostum yang bersesuaian dengan tajuk opera, dan juga seni lakonan. Walaubagaimana pun, dibandingkan dengan pementasan drama biasa, opera pada secara umumnya dikenali ramai dengan kepentingan lagu-lagunya dan teknik nyanyian vokal. Penyanyi opera menyanyi bersama kumpulan muzik yang boleh merangkumi kumpulan muzik yang sederhana besar sehingga ke kumpulan muzik yang besar seperti simfoni penuh ataupun lebih dikenali sebagai orkestra. Opera juga disampaikan dalam bentuk tarian, terutamanya opera Perancis berdasarkan sejarahnya.
Rencana pilihanTenor merujuk kepada penyanyi lelaki yang mempunyai nada suara tertinggi. Nama “Tenor” diambil dari bahasa Latin yang bermaksud “menahan”. Pada zaman pertengahan (medieval) dan zaman pembaharuan (renaissance) di antara tahun 1250 dan 1500, seorang tenor adalah penyanyi struktur utama (mempertingkatkan melodi muzik dari latar belakang) untuk suara-suara nyanyian dan alatan muzik. Suara-suara nyanyian lain biasanya diukur mengikut gerak suara dan penahanan suara seorang tenor, yang kerapkali disambung dengan nada panjang yang diambil dari melodi “Kantus Firmus” yang bermaksud nyanyian atau melodi tetap.Sehingga penghujung abad ke-15 pada pengenalan “kontratenor bassus” (penyanyi bes moden), penyanyi tenor kebiasaannya menyanyikan nada suara yang rendah untuk membantu kumpulan penyanyi mendapat suara nyanyian harmoni lengkap. Pada abad yang sama juga, suara “tenor” menjadi satu suara yang disyorkan untuk penyanyi lelaki bagi bahagian tersebut. Penyanyi-penyanyi terkenal opera dari serata dunia termasuklah Carlo Bergonzi (Itali), Beniamino Gigli (Itali), Georges Thill (Perancis), Jussi Björling (Sweden), Nicolai Gedda (Sweden), José Carreras (Sepanyol), Enrico Caruso (Itali), Plácido Domingo (Sepanyol), Jon Vickers (Kanada), Richard Tucker (Amerika Syarikat), Franco Corelli (Itali), Lauritz Melchior (Denmark), Fritz Wunderlich (Jerman), Luciano Pavarotti (Itali), Juan Diego Florez (Peru), David Hobson (Australia), Mario Del Monaco (Itali), Ignacio Gomez(Chile), Bülent Bezdüz (Turki), Wu Pak Chiu (China), Nicholas Dore (England) dan Rolando Villazon (Mexico). Penggubah pilihanGiuseppe Fortunino Francesco Verdi /dʒuˈzɛppe ˈverdi/ (lahir samada Oktober 9 atau Oktober 10, 1813 – Januari 27, 1901) merupakan seorang penggubah Itali dari era romantis, terutamanya dalam seni opera. Beliau merupakan salah seorang penggubah Itali yang amat berpengaruh melebihi kerja-kerja penggubah lain seperti Gaetano Donizetti, Vincenzo Bellini dan Gioachino Rossini. Kerja-kerja beliau adalah yang paling kerap dipersembahkan di rumah-rumah opera di serata dunia, melangkaui limit genre muzik lain dan sesetengah hasil karya beliau telah sekian lama bertapak sebagai tradisi muzik popular seperti "La donna è mobile" dari opera Rigoletto dan "Libiamo ne' lieti calici" dari opera La traviata. Hasil kerja seni Verdi mendominasi piawaian repertoir muzik untuk lebih dari satu setengah kurun dari masa ianya digubah sehingga ke hari ini.Penyanyi pilihan
Tahukah anda......bahawa pada 1720an dan 1730an sahaja, pada kemuncak kegilaan penyanyi-penyanyi kastrato, dianggarkan seramai 4000 kanak-kanak lelaki dikembirikan setiap tahun? ... bahawa penyanyi-penyanyi opera bukan sahaja mesti pandai berlakon, namun harus membuat persembahan di rumah-rumah opera tanpa penggunaan mikrofon? ...bahawa dua pengarah kanan Metropolitan Opera, Herbert Witherspoon dan Göran Gentele meninggal dunia pada sebelum malam pembukaan untuk musim pertama perlantikan jawatan mereka? ...bahawa opera penggubah Gaetano Donizetti yang berjudul Le duc d'Albe dipersembahkan buat pertamakalinya hanya selepas 40 tahun kematian beliau?
Pengenalan Projek OperaWikiProjek Opera adalah projek bersama penulis-penulis Wikipedia MS yang berminat untuk menulis mengenai opera, istilah opera, muzik klasikal, penggubah opera, libretis dan penyanyi opera, pengarah dan pengurus opera, konduktor orkestra, syarikat dan rumah opera, dan rakaman opera. Tempat berbincang adalah di laman perbincangan projek. Semua penyumbang yang berbahasa Melayu adalah dialu-alukan! Projek ini merangkumi:
Gambar pilihanBerita opera
Kata-kata
KategoriWikimedia
Lain-lain portal
|