Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Plácido Domingo. |
José Plácido Domingo Embil KBE, lahir pada 21 Januari 1941 [1], lebih dikenali sebagai Plácido Domingo, ialah penyanyi tenor opera terkenal dunia berasal dari Sepanyol. Beliau terkenal dengan memiliki suara yang bermutu tinggi, lantang dan mampu menyanyikan melodi tinggi dengan jelas dan nyaring. Beliau dianggap sebagai seorang penghibur yang berbakat tinggi dan mempunyai kesungguhan luar biasa dengan jumlah 151 repertoir [2][3]. Beliau juga amat dikagumi untuk keupayaan lakonan opera, kemerduan suaranya dan mempunyai intelektual muzik yang amat tajam, dengan jumlah lakonan dan kepelbagaian peranan-peranan opera yang telah beliau kuasai. Selain daripada menyanyi, beliau juga adalah seorang konduktor muzik dan pernah memegang jawatan Ketua Pengarah Opera seperti di Washington National Opera, Washington D.C. dan Los Angeles Opera, California.
Karier dan biografi
Plácido Domingo dilahirkan di Barrio de Salamanca, Madrid[4], Sepanyol dan berpindah bersama keluarganya ke Mexico pada usia 8 tahun. Ibu dan bapa beliau adalah penyanyi/pelakon dan juga pengusaha perniagaan zarzuela (opera Sepanyol). Di Mexico City, beliau dihantar belajar muzik di Mexico National Conservatory. Beliau menjadi penyanyi latar untuk Los Black Jeans pada tahun 1958, sebuah band rock-n-roll yang diketuai oleh César Costa. Dalam masa itu juga, beliau telah mahir bermain piano dan mula menjadi konduktor muzik.
Domingo membuat pementasan sulungnya pada 12 Mei 1953 di Teatro Degollado memegang watak sampingan sebagai "Pascual" untuk "Guadalajara" di Marina. dan diikuti dengan peranan "Borsa" dalam "Rigoletto", "Padre Confessor" (Le dialogue des Carmelites) dan banyak lagi. Persembahan pertama opera beliau sebagai watak utama adalah di Monterrey, melakonkan watak "Alfredo" di dalam opera "La traviata" dan kemudiannya pada tahun 1962, Domingo menganggotai Israeli National Opera selama dua setengah tahun di Tel Aviv, di mana beliau telah menyanyi di dalam 280 persembahanan untuk 12 peranan berbeza.
Pada 19 September 1985, gempa bumi yang terbesar di dalam sejarah Mexico memusnahkan hampir keseluruhan ibu negara Mexico. Gempa bumi tersebut membunuh ribuan penduduk bandaraya tersebut termasuk makcik, pakcik, anak buah dan anak kepada anah buahnya apabila pangsapuri mereka, Nuevo León Apartment yang terletak di kawasan perumahan Tlatelolco, runtuh. Domingo bergegas ke tempat kejadian dan membantu penyelamat - penyelamat untuk mengeluarkan mangsa-mangsa gempa bumi. Pada tahun berikutnya, Domingo membuat konsert amal dan rakaman album untuk membantu mangsa-mangsa gempa bumi tersebut.
Pada 25 Januari 2007, Plácido Domingo mengumumkan sesuatu yang dipanggilnya sebagai ‘perubahan karier terakhir’ dengan bertukar dari seorang tenor kepada bariton. Ini ditunjukkan apabila beliau mengambil peranan "Simón Bocanegra" (Doge of Genoa), di dalam salah satu opera Giuseppe Verdi yang memerlukan bakat bariton yang dikatakan amat sukar dibuat.
Keluarga
Anak kepada Plácido Domingo Ferrer (Mac 8, 1907 - November 26, 1987) [5] dan Pepita Embil (1918 - September 1, 1994) [6], dua bintang zarzuela Sepanyol yang bertanggung jawab membimbing beliau dalam seni muzik dari usia muda. Pada tahun 1962, Plácido Domingo berkahwin dengan Marta Ornelas, seorang penyanyi soprano lirik, rakan persekolahan ketika di konservatori muzik. Mereka mempunyai dua anak lelaki, Plácido Jr yang lahir pada tahun 1965 dan Alvaro Maurizio, lahir pada tahun 1968. [7] Domingo mempunyai satu lagi anak lelaki José Dominguez[8] dari perkahwinan beliau yang pertama dengan rakan kolej beliau pada tahun 1958 ketika berusia 16 tahun[9].
Persembahan ulung dan peranan
Pada tahun 1996, beliau memegang watak utama di dalam opera Don Rodrigo, hasil karya penggubah Alberto Ginastera di New York City Opera dan mendapat kejayaan cemerlang. Beliau pertama kali membuat persembahan di Metropolitan Opera di New York pada 28 September 1968 bersama penyanyi soprano Itali, Renata Tebaldi, di dalam opera Adriana Lecouvreur, hasil karya penggubah Francesco Cilea. Semenjak itu beliau telah membuat 21 persembahan di situ mengalahkan rekod yang dibuat oleh Enrico Caruso sebanyak 17 kali.
Beliau membuat persembahan pertamanya di Vienna State Opera pada tahun 1967, di Teatro alla Scala dan San Francisco Opera pada tahun 1969 dan di Covent Garden pada tahun 1971, dan kini beliau telah membuat persembahan di hampir semua rumah - rumah opera terkenal dan perayaan di serata dunia.
Lain-lain pencapaian
- Sepanjang kariernya, selain dari menyanyi, Domingo juga menceburi bidang pengarahan muzik (konduktor muzik) termasuk pengarahan orkestra simfoni. Arahan opera pertama beliau ialah La traviata pada 7 Oktober 1973 di New York City Opera.
- Pada tahun 1981, Domingo mendapat pengiktirafan tinggi dari luar dunia opera apabila beliau merakamkan lagu “Perhaps Love” berduet dengan mendiang John Denver, seorang penyanyi muzik country/folk Amerika Syarikat. Pada tahun 1987, beliau dan John Denver menyertai Julie Andrews berlakon di dalam filem yang memenangi anugerah Emmy "The Sound of Christmas” yang di filemkan di Salzburg, Austria.
- Pada tahun 1993, Domingo mengasaskan Operalia, sebuah organisasi yang mengadakan pertandingan bakat-bakat muda opera sedunia.
- Domingo ialah Ketua Pengarah kepada 2 syarikat opera, iaitu Washington National Opera dan Los Angeles Opera. Kontrak kerja beliau telah disambung sehingga sessi tahun 2010-2011.
- Beliau telah menjadi nadi utama dengan memberi dorongan dan semangat kepada ramai artis muda opera. Salah seorang yang amat bertuah ialah Daniel Rodriguez, seorang tenor dari New York yang diundang khas ke Vilar/Domingo Young Artis Program untuk membantu bakat muda itu mengasahkan bakat seni di dalam opera.
Konsert The Three Tenors
Plácido Domingo menyertai 2 rakan tenornya, José Carreras and Luciano Pavarotti untuk sebuah konsert The Three Tenors pada malam pembukaan Piala Dunia FIFA pada 7 Julai 1990. Konsert ini memperkenalkan beliau kepada ramai pendengar di serata dunia, di luar dari dunia opera seperti yang biasa dibuatnya. Pada asalnya, konsert yang diilhamkan oleh pengurus/pengarah Itali, Mario Dradi, bertujuan untuk mengumpul dana untuk Yayasan Leukemia Carreras tetapi kemudiannya disambung dengan rangkaian konsert di serata dunia termasuk ketika 3 perlawanan akhir piala dunia pada tahun 1994 di Los Angeles, 1998 di Paris, and 2002 di Yokohama. Domingo juga membuat persembahan pada perlawanan akhir Piala Dunia FIFA pada 2006 tetapi kali ini bersendirian tanpa rakan – rakan The Three Tenors.
Persembahan dalam filem dan television
Domingo muncul di banyak filem opera, antaranya:-
- Arahan Jean-Pierre Ponnelle - Madama Butterfly,
- Arahan Francesco Rosi - Carmen (menerima anugerah Grammy),
- Arahan Brian Large – Tosca bersama Catherine Malfitano (menerima anugerah Emmy),
- Arahan Gianfranco de Bosio – Tosca bersama Raina Kabaivanska (menerima anugerah Emmy),
- Arahan Franco Zeffirelli – Otello,
- Arahan Franco Zeffirelli - Cavalleria rusticana & Pagliacci,
- Arahan Franco Zeffirelli - La traviata (bersama Teresa Stratas dan menerima anugerah Grammy),
- banyak lagi
Selain itu, lakonan beliau juga banyak dirakamkan di dalam video termasuk karya Giacomo Puccini untuk opera “Menon Lescaut” pada tahun 1978 di bawah terbitan Teatro alla Scala Production yang memperkenalkan penyanyi soprano, Sylvia Sass. Domingo juga muncul di dalam rancangan television untuk “Zarzuela Evenings” dan “Live at the Met”.
Rakaman album dan opera
Domingo telah membuat lebih dari 100 rakaman, yang mana setiap rakaman – rakamannya adalah filem opera dan selalunya adalah lakonan watak yang sama. Antara rakaman-rakaman beliau adalah dari karya aria penggubah legenda Itali, Giuseppe Verdi yang mana beliau telah melakon/menyanyikan kesemua karya seni penggubah tersebut, termasuk beberapa versi persembahan yang jarang dipersembahkan di dalam pelbagai bahasa yang mana ditulis oleh Giuseppe Verdi untuk persembahan tertentu sahaja.
Pada Ogos 2005, EMI Classics melancarkan rakaman studio terbaru untuk opera Tristan und Isolde , karya penggubah Richard Wagner, di mana Domingo menyanyikan lagu yang untuk watak utama, Tristan. Ulasan majalah The Economist, keluaran 8 Ogos 2005 di muka utama majalah, ditulis “Suara yang amat lengkap” dan memulakan rencana dengan perkataan “Monumental” dan diakhiri dengan , "a musical lyricism and a sexual passion that make the cost and the effort entirely worthwhile". Majalah The Economist juga mengulas persembahan Domingo pada Julai 2005 sebagai Siegmund di dalam opera karya Richard Wagner, Die Walküre di Covent Garden sebagai “sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupai” dan “amat pintar dan gemilang”. Ulasan majalah tersebut juga menambah bahawa Domingo akan terus mengambil peranan di dalam watak-watak baru yang tidak pernah dibuat sebelumnya.
Rakaman terbaru yang diedarkan pada pertengahan tahun 2006 juga memuatkan rakaman studio untuk lagu Edgar, karya penggubah Giacomo Puccini, lagu Pepita Jiménez, karya penggubah Isaac Albéniz dan juga lagu pilihan Itali dan Neapolitan, berjudul Italia ti amo (di bawah label Deutsche Grammophon).
Di antara banyak kemunculan - kemunculan television beliau untuk selama beberapa tahun (kebanyakannya rancangan amal), beliau juga muncul sebagai bintang utama bersama New Orleans Opera Company untuk A Night For New Orleans bersama Frederica von Stade pada Mac 2006. Persembahan tersebut adalah untuk mengumpul dana untuk membina semula bandar tersebut dari malepetaka yang baru melanda.
Repertoir
Dari persembahan beliau yang pertama sehingga ke hari ini, Domingo telah mencatatkan repertoir sebanyak 147 peranan di atas pentas dan 4 rakaman studio sehingga ke tarikh ini (keseluruhan berjumlah 151) [10] yang meliputi karya seni Mozart ke Ginastera. Antara opera-opera lakonan beliau ialah opera Itali seperti (Otello, Il trovatore, Don Carlos), opera Perancis seperti (Faust, Werther, Don José di dalam Carmen, Samson di dalam Samson et Dalila), dan opera Jerman (Lohengrin, Parsifal, dan Siegmund di dalam Die Walküre) dan banyak lagi.
Beliau terus menambahkan banyak lagi repertoir di dalam portfolio beliau dan yang terbaru Tamerlano, hasil karya penggubah Handel di Teatro Real pada Mac 26, 2008.
Di bawah adalah senarai repertoir lengkap beliau dari tahun 1959 sehingga ke tahun 2008.[11]
Year | # | Tajuk | Penggubah | Peranan | Tarikh pembukaan |
Rumah opera / Studio rakaman |
Lokasi |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1959 | 1 | Rigoletto | Giuseppe Verdi | Borsa | 23-09-1959 | Palacio de Bellas Artes | Mexico |
2 | Dialogues of the Carmelites | Francis Poulenc | Chaplain | 21-10-1959 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
1960 | 3 | The Merry Widow | Franz Lehár | Danilo, Camille |
1960 | Palacio de Bellas Artes | Mexico |
4 | Turandot | Giacomo Puccini | Altoum | 11-09-1960 | Teatro de la Ciudad | Monterrey | |
5 | Turandot | Giacomo Puccini | Pang | 01-10-1960 | Teatro de la Ciudad | Monterrey | |
6 | Lucia di Lammermoor | Gaetano Donizetti | Normanno | 05-10-1960 | Teatro de la Ciudad | Monterrey | |
7 | La traviata | Giuseppe Verdi | Gastone | 08-10-1960 | Teatro de la Ciudad | Monterrey | |
8 | Carmen | Georges Bizet | Remendado | 15-10-1960 | Teatro de la Ciudad | Monterrey | |
9 | Otello | Giuseppe Verdi | Cassio | 17-10-1960 | Teatro de la Ciudad | Monterrey | |
1961 | 10 | La traviata | Giuseppe Verdi | Alfredo | 19-05-1961 | Teatro de la Ciudad | Monterrey |
11 | El Ultimo sueno | José F. Vásquez | Enrique | 28-05-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
12 | Amelia goes to the ball | Gian Carlo Menotti | Lover | 28-06-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
13 | Fedora | Umberto Giordano | Désire, Baron Rouvel |
02-07-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
14 | Boris Godunov | Modest Mussorgsky | Simpleton, Shuisky |
08-08-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
15 | Andrea Chénier | Umberto Giordano | Abbé, Incredibile |
15-08-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
16 | Tosca | Giacomo Puccini | Spoletta | 21-08-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
17 | Madama Butterfly | Giacomo Puccini | Goro | 15-09-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
18 | Tosca | Giacomo Puccini | Cavaradossi | 30-09-1961 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
1962 | 19 | La bohème | Giacomo Puccini | Rodolfo | 04-03-1962 | Palacio de Bellas Artes | Mexico |
20 | Così fan tutte | Wolfgang Amadeus Mozart | Ferrando | 10-05-1962 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
21 | Adriana Lecouvreur | Francesco Cilea | Maurizio | 17-05-1962 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
22 | Trittico Francescano | Licinio Refice | 01-10-1962 | Teatro Degollado | Guadalajara | ||
23 | Madama Butterfly | Giacomo Puccini | Pinkerton | 07-10-1962 | Teatro Isauro Martínez | Torreón | |
24 | Lucia di Lammermoor | Gaetano Donizetti | Edgardo | 26-11-1962 | Fort Worth Opera | Fort Worth | |
1963 | 25 | Carmen | Georges Bizet | Don José | 25-06-1963 | Israeli Opera House | Tel Aviv |
26 | Don Giovanni | Wolfgang Amadeus Mozart | Don Ottavio | 21-09-1963 | Israeli Opera House | Tel Aviv | |
27 | Faust | Charles Gounod | Faust | 03-12-1963 | Israeli Opera House | Tel Aviv | |
1964 | 28 | Les pêcheurs de perles | Georges Bizet | Nadir | 21-01-1964 | Israeli Opera House | Tel Aviv |
29 | Eugene Onegin | Pyotr Ilyich Tchaikovsky | Lenski | 05-09-1964 | Israeli Opera House | Tel Aviv | |
1965 | 30 | Cavalleria rusticana | Pietro Mascagni | Turiddu | 21-01-1965 | Israeli Opera House | Tel Aviv |
31 | Samson and Delilah | Camille Saint-Saëns | Samson | 30-07-1965 | Chautauqua Opera | Chautauqua | |
32 | Les contes d'Hoffmann | Jacques Offenbach | Hoffmann | 07-09-1965 | Palacio de Bellas Artes | Mexico | |
1966 | 33 | La Mulata de Córdoba | José Pablo Moncayo | Sandi, Moreno, Moncayo |
01-01-1966 | Gran Teatre del Liceu | Barcelona |
34 | Don Rodrigo | Alberto Ginastera | Don Rodrigo | 22-02-1966 | Metropolitan Opera | New York | |
35 | Andrea Chénier | Umberto Giordano | Andrea Chénier | 03-03-1966 | New Orleans Opera | New Orleans | |
36 | Hippolyte et Aricie | Jean-Philippe Rameau | Hippolyte | 06-04-1966 | Boston Opera House | Boston | |
37 | Pagliacci | Ruggero Leoncavallo | Canio | 09-08-1966 | Metropolitan Opera | New York | |
38 | The Barber of Seville | Gioachino Rossini | Almaviva | 16-09-1966 | Teatro Degollado | Guadalajara | |
39 | Anna Bolena | Gaetano Donizetti | Lord Percy | 15-11-1966 | Metropolitan Opera | New York | |
1967 | 40 | Il tabarro | Giacomo Puccini | Luigi | 08-03-1967 | Metropolitan Opera | New York |
41 | Aida | Giuseppe Verdi | Radames | 11-05-1967 | Hamburg State Opera | Hamburg | |
42 | Don Carlos | Giuseppe Verdi | Don Carlo | 19-05-1967 | Vienna State Opera | Vienna | |
43 | Un ballo in maschera | Giuseppe Verdi | Riccardo | 31-05-1967 | Berlin State Opera | Berlin | |
1968 | 44 | Lohengrin | Richard Wagner | Lohengrin | 14-01-1968 | Hamburg State Opera | Hamburg |
45 | Manon Lescaut | Giacomo Puccini | Des Grieux | 15-02-1968 | Connecticut Opera | Hartford, Connecticut | |
46 | Il trovatore | Giuseppe Verdi | Manrico | 14-03-1968 | New Orleans Opera | New Orleans | |
1969 | 47 | Rigoletto | Giuseppe Verdi | Il Duca | 02-01-1969 | Hamburg State Opera | Hamburg |
48 | La forza del destino | Giuseppe Verdi | Don Alvaro | 18-01-1969 | Hamburg State Opera | Hamburg | |
49 | Manon | Jules Massenet | Des Grieux | 20-02-1969 | Metropolitan Opera | New York | |
50 | Turandot | Giacomo Puccini | Calaf | 16-07-1969 | Verona Arena | Verona | |
51 | Ernani | Giuseppe Verdi | Ernani | 07-12-1969 | Teatro alla Scala | Milan | |
1970 | 52 | Oberon | Carl Maria von Weber | Hüon | 03-1970 | Bayerischer Rundfunk studio | Studio |
53 | La Gioconda | Amilcare Ponchielli | Enzo | 14-05-1970 | Teatro Real | Madrid | |
54 | Roberto Devereux | Gaetano Donizetti | Devereux | 15-10-1970 | Metropolitan Opera | New York | |
1971 | 55 | Der Rosenkavalier | Richard Strauss | Italian singer | 03-1971 | Studio | |
56 | I Lombardi alla prima crociata | Giuseppe Verdi | Oronte | 07-1971 | Royal Philharmonic, London |
Studio | |
57 | Luisa Miller | Giuseppe Verdi | Rodolfo | 04-11-1971 | Metropolitan Opera | New York | |
1972 | 58 | Giovanna d'Arco | Giuseppe Verdi | Carlo VII | 08-1972 | Studio | |
59 | Los Claveles | José Serrano | Fernando | 1972 | Studio | ||
60 | La dolorosa | José Serrano | Rafael | 1972 | Studio | ||
1973 | 61 | Francesca da Rimini | Riccardo Zandonai | Paolo | 22-03-1973 | Metropolitan Opera | New York |
62 | L'Africaine | Giacomo Meyerbeer | Vasco da Gama | 03-11-1973 | War Memorial Opera House | San Francisco | |
1974 | 63 | Les vêpres siciliennes | Giuseppe Verdi | Arrigo | 09-04-1974 | Palais Garnier | Paris |
64 | Mefistofele | Arrigo Boito | Faust | 07-1974 | Studio | ||
65 | Roméo et Juliette | Charles Gounod | Roméo | 28-09-1974 | Metropolitan Opera | New York | |
66 | La fanciulla del West | Giacomo Puccini | Dick Johnson | 26-11-1974 | Teatro Regio di Torino | Turin | |
1975 | 67 | La Navarraise | Jules Massenet | Araquil | 1975 | Studio | |
68 | Otello | Giuseppe Verdi | Otello | 28-09-1975 | Hamburg State Opera | Hamburg | |
1976 | 69 | Gianni Schicchi | Giacomo Puccini | Rinuccio | 1976 | Studio | |
70 | Louise | Gustave Charpentier | Julien | 1976 | Studio | ||
71 | Macbeth | Giuseppe Verdi | Macduff | 1976 | Studio | ||
72 | Die Meistersinger von Nürnberg | Richard Wagner | Walther von Stolzing | 03-1976 | Studio | ||
73 | Le Cid | Jules Massenet | Don Rodrigue | 08-03-1976 | Metropolitan Opera | New York | |
74 | L'amore dei tre re | Italo Montemezzi | Avito | 07-1976 | Studio | ||
1977 | 75 | L'elisir d'amore | Gaetano Donizetti | Nemorino | 1977 | Studio | |
76 | Fedora | Umberto Giordano | Loris | 15-02-1977 | Gran Teatre del Liceu | Barcelona | |
77 | Werther | Jules Massenet | Werther | 18-12-1977 | Bavarian State Opera | Munich | |
1978 | 78 | La damnation de Faust | Hector Berlioz | Faust | 01-1978 | Studio | |
1979 | 79 | Le Villi | Giacomo Puccini | Roberto | 06-1979 | Studio | |
80 | Requiem | Hector Berlioz | Tenor part | 06-1979 | Studio | ||
81 | Béatrice et Bénédict | Hector Berlioz | Bénédict | 07-1979 | Studio | ||
82 | Il Giuramento | Saverio Mercadante | Viscardo | 09-09-1979 | Vienna State Opera | Vienna | |
1980 | 83 | El Poeta | Federico Moreno Torroba | José de Espronceda | 19-06-1980 | Teatro Real | Madrid |
1981 | 84 | Norma | Vincenzo Bellini | Pollione | 21-09-1981 | Metropolitan Opera | New York |
1982 | 85 | La rondine | Giacomo Puccini | Ruggero | 1982 | Studio | |
86 | Nabucco | Giuseppe Verdi | Ismaele | 05-1982 | Studio | ||
87 | Les Troyens | Hector Berlioz | Enée | 26-09-1983 | Metropolitan Opera | New York | |
1986 | 88 | Die Fledermaus | Johann Strauss II | Alfred | 04-1986 | Studio | |
89 | Goya | Gian Carlo Menotti | Goya | 15-11-1986 | Washington National Opera | Washington, D.C. | |
1988 | 90 | Iris | Pietro Mascagni | Osaka | 1988 | Studio | |
91 | Tannhäuser | Richard Wagner | Tannhäuser | 04-1988 | Studio | ||
1989 | 92 | Die Frau ohne Schatten | Richard Strauss | Der Kaiser | 03-1989 | Studio | |
1990 | 93 | Man of La Mancha | Mitch Leigh | Don Quixote | 06-1990 | Studio | |
1991 | 94 | The Flying Dutchman | Richard Wagner | Erik | 02-1991 | Studio | |
95 | Parsifal | Richard Wagner | Parsifal | 14-03-1991 | Metropolitan Opera | New York | |
1992 | 96 | The Barber of Seville | Gioachino Rossini | Figaro | 02-1992 | Studio | |
97 | El Gato Montés | Manuel Penella | Rafaele Ruiz | 07-08-1992 | Seville Opera | Seville | |
98 | Die Walküre | Richard Wagner | Siegmund | 19-12-1992 | Vienna State Opera | Vienna | |
1993 | 99 | Stiffelio | Giuseppe Verdi | Stiffelio | 21-10-1993 | Metropolitan Opera | New York |
1994 | 100 | Doña Francisquita | Amadeo Vives | Fernando | 02-1994 | Studio | |
101 | La Verbena de la Paloma | Tomás Bretón | Julian | 04-1994 | Studio | ||
102 | Il Guarany | Antônio Carlos Gomes | Pery | 05-06-1994 | Bonn Opera House | Bonn | |
103 | Idomeneo | Wolfgang Amadeus Mozart | Idomeneo | 01-10-1994 | Metropolitan Opera | New York | |
104 | Hérodiade | Jules Massenet | Jean | 08-11-1994 | War Memorial Opera House | San Francisco | |
105 | Luisa Fernanda | Federico Moreno Torroba | Javier | 1995 | Studio | ||
106 | Simón Bocanegra | Giuseppe Verdi | Adorno | 19-01-199 | Metropolitan Opera | New York | |
1996 | 107 | La Tabernera del Puerto | Pablo Sorozábal | Leandro | 1996 | Studio | |
1997 | 108 | Simón Bocanegra | Giuseppe Verdi | Adorno | 28-06-1997 | Royal Opera House | London |
109 | Divinas Palabras | Antón García Abril | Lucero | 18-10-1997 | Teatro Real | Madrid | |
1998 | 110 | Le prophète | Giacomo Meyerbeer | Jean van der Leyden | 21-05-1998 | Vienna State Opera | Vienna |
111 | Faust Symphony | Franz Liszt | Tenor part | 06-1998 | Studio | ||
112 | La Dolores | Tomás Bretón | Lázaro | 07-1998 | Studio | ||
1999 | 113 | Das Lied von der Erde | Gustav Mahler | Tenor part | 02-1999 | Studio | |
114 | Misa Tango | Luis Bacalov | Tenor part | 02-1999 | Studio | ||
115 | The Queen of Spades | Pyotr Ilyich Tchaikovsky | Hermann | 18-03-1999 | Metropolitan Opera | New York | |
116 | Fidelio | Ludwig van Beethoven | Florestan | 06-1999 | Studio | ||
117 | Merlin | Isaac Albéniz | King Arthur | 07-1999 | Orquesta Nacional de España, Madrid |
Studio | |
118 | Margarita la tornera | Ruperto Chapí | Don Juan de Alarcón | 11-12-1999 | Teatro Real | Madrid | |
2000 | 119 | La Gran Via | Federico Chueca | Caballero de Gracía | 01-2000 | Studio | |
120 | The Merry Widow | Franz Lehár | Danilo | 17-02-2000 | Metropolitan Opera | New York | |
121 | La battaglia di Legnano | Giuseppe Verdi | Arrigo | 30-06-2000 | Royal Opera House | London | |
2001 | 122 | La Revoltosa | Ruperto Chapí | Felipe | 01-2001 | Studio | |
2002 | 123 | Sly | Ermanno Wolf-Ferrari | Christopher Sly | 01-04-2002 | Metropolitan Opera | New York |
2003 | 124 | Luisa Fernanda | Federico Moreno Torroba | Vidal Hernando | 18-06-2003 | Teatro alla Scala | Milan |
125 | Nicholas and Alexandra | Deborah Drattell | Rasputin | 14-09-2003 | Los Angeles Opera | Los Angeles | |
2004 | 126 | Tristan und Isolde | Richard Wagner | Tristan | 12-2004 | EMI Abbey Road Studio 1, London |
Studio |
2005 | 127 | Cyrano de Bergerac | Franco Alfano | Cyrano | 13-05-2005 | Metropolitan Opera | New York |
2006 | 128 | The First Emperor | Tan Dun | Emperor Qin | 21-12-2006 | Metropolitan Opera | New York |
2007 | 129 | Iphigénie en Tauride | Christoph Willibald Gluck | Oreste | 27-11-2007 | Metropolitan Opera | New York |
2008 | 130 | Tamerlano | George Frideric Handel | Bajazet | 26-03-2008 | Teatro Real | Madrid |
Anugerah dan kurniaaan
Domingo telah menerima banyak anugerah dan kurniaan, termasuklah:
Anugerah Grammy
- 1971 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Verdi: Aida
- 1974 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Puccini: La bohème
- 1983 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Verdi: La traviata
- 1984 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Bizet: Carmen
- 1984 - Best Latin Pop Performance untuk “Always in my Heart” (Siempre en mir corazon)
- 1988 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Wagner: Lohengrin
- 1990 - Best Classical Vocal Performance untuk Carreras Domingo Pavarotti in Concert
- 1992 - Principal Soloist for Best Opera Recording untuk Strauss: Die Frau ohne Schatten
- 2000 - Best Mexican-American Performance untuk 100 years of Mariachi
Anugerah Grammy Latin
- 2000 - Best Classical Album untuk T. Breton: La Dolores
- 2001 - Best Classical Album untuk I. Albéniz: Merlin
Kurniaan kerajaan dan organisasi
Perancis
- Ordre National de la Légion d’Honneur
- Chevalier de la Légion d’Honneur
- Commandeur Arts et Lettres
- Grande Medaille de la Ville de Paris
- Commandeur de la Légion d’Honneur – Mac 2002
Sepanyol
- Isabel de Católica
- Premio Prinicipe de Asturias de las Artes - 1991
- Gran Cruz de la Orden del Mérito Civil – September 2002
Amerika Syarikat
- Kennedy Center Honors – Disember 2000
- The presendential Medal of Freedom – Julai 2002
Austria
- Österreichisches Ehrenkreuz für Wissenschaft und Kunst 1. Klasse
- Kammersänger und Ehrenmitglied der Wiener Staatsoper
- Goldenes Ehrenzeichen für Verdienste um das Land Wien – 2007
Lain-lain negara
- Aguila Azteca (Mexico)
- Capo dell’Ordine "Al Merito della Repubblica Italiana" Grande Ufficiale (Itali)
- Grã Cruz da Ordem do Infante d’Henrique (Portugal)
- Cavalliere di Malta (Malta)
- Knight Commander of the British Empire (Britain) – Oktober 2002
- Order of the Cedars (Lebanon) - 2004
NPO
- Unicef Socio de Honor (UNICEF)
Kurniaan kedoktoran
- Royal Northern College of Music, England (1982)
- Philadelphia College of Performing Arts, Amerika Syarikat (1982)
- Oklahoma City University, Amerika Syarikat (1984)
- Universidad Complutense de Madrid, Sepanyol (1989)
- University of New York, Amerika Syarikat (1990)
- Georgetown University, Amerika Syarikat (1992)
- Washington College of Chestertown, Amerika Syarikat (2000)
- Anhuac University, Mexico (2001)
- Chopin Music Academy, Poland (2003)
- Oxford University, England (2003)
Lain-lain anugerah dan penghargaan muzik
- Bintang di Hollywood Walk of Fame – 1993 (Lokasi: Domingo, Placido LT 7000 Hollywood Blvd)[12]
- Anugerah Sociedad General de Autores Española (Best Lyric Singer of the Year 1997) untuk peranan dalam persembahaan pembukaan sedunia "Divinas Palabras" - 1997
- Anugerah Association of Argentinian Music Critics (Best Male Singer in 1997) untuk “Samson and Dalila" - 1997
- Baltika Grand Prix untuk Outstanding Achievement - Jun 1998
- Anugerah American Latina Media Arts (ALMA) (Outstanding Performances By An Individual or Act in A Variety) - 1998
- Anugerah Hispanic Heritage Award for Arts - September 1999
- Great Prize of the International Music Press - September 2000
- Anugerah Ella - 2002
- Dua anugerah untuk Classical BRIT - 2006 (Critics' Award untuk Tristan and Isolde dan Lifetime Achievement Award)[13]
Hasil karya buku oleh Plácido Domingo
Tarikh | Tajuk | Keluaran | ISBN | Mukasurat | Penulis |
---|---|---|---|---|---|
Sept 1983 |
My First Forty Years | Alfred A. Knopf | ISBN 0-394-52329-6 | 256 | Plácido Domingo |
Dis 1994 |
Opera 101: A Complete Guide to Learning and Loving Opera |
Hyperion | ISBN 0-7868-8025-2 | 494 | Fred Plotkin, Plácido Domingo |
Jul 1997 |
Christmas With Plácido Domingo: Trumpets Sound And Angels Sing |
Alfred Publishing Company | ISBN 0-89524-321-0 | 80 | Plácido Domingo, Milton Okun |
Jul 1997 |
Bajo el cielo español (Under the Spanish Sky) |
Warner Brothers Publications | ISBN 0-7692-0024-9 | 84 | Plácido Domingo, Carol Cuellar |
Mac 1999 |
Plácido Domingo - Por Amor | Hal Leonard Corporation | ISBN 0-7119-7258-3 | 104 | Plácido Domingo |
Mac 2003 |
Plácido Domingo (Great Voices Series): My Operatic Roles |
Baskerville Publishers, Incorporated | ISBN 1-880909-61-8 | 319 | Helena Matheopoulos, Plácido Domingo |
Mac 2007 |
Leoncavallo: Life and Works | Rowman & Littlefield Publishers, Inc | ISBN 0-8108-5873-8 ISBN 0-8108-5880-0 |
349 351 |
Konrad Claude Dryden, Plácido Domingo |
Dis 2007 |
So When Does the Fat Lady Sing? | Hal Leonard Corporation | ISBN 1-57467-162-6 | 173 | Michael Walsh , Plácido Domingo |
- Buku terbaru oleh Domingo, The Joy of Opera, akan dikeluarkan oleh WWW Norton pada tahun 2009[14],[15]
Kerja-kerja amal dan penghormatan
- Pada Mac 4, 2006, Domingo membuat persembahan kebajikan di Gala Benefit Concert "A Night For New Orleans" di New Orleans Arena untuk membantu pembangunan semula bandaraya New Orleans yang musnah akibat taufan Katrina. Di gala tersebut, beliau membuat kenyataan, "If music be the food of love," is "MUSIC IS THE VOICE OF HOPE!" [16] [17]. Pada Mac 23, 2008, sebagai penghormatan di atas sumbangan beliau untuk gala tersebut, Majlis bandaraya New Orleans menamakan teater bandaraya, Mahalia Jackson Theatre di Louis Armstrong Park sebagai "Plácido Domingo Stage". Persembahan beliau di gala tersebut berjaya mengutip sebanyak USD $700,000 untuk dana pembangunan bandaraya dan mangsa-mangsa taufan Katrina. [18].
- Pada 1986, beliau membuat persembahan untuk konsert kebajikan bagi mengutip dana untuk mangsa-mangsa gempa bumi Mexico City 1985. Pada Ogos 21, 2007, sebagai penghargaan keatas sumbangan beliau kepada mangsa-mangsa gempa bumi tersebut dan juga kerja seni beliau, sebuah tugu penghormatan beliau dibina di atas sumbangan ramai. Tugu tersebut adalah hasil seni Alejandra Zúñiga, ketinggian 2 meter, seberat 300 kg (660 lbs) dan menjadi sebahagian dari program "Grandes valores".[19]
- Domingo menyokong inisiatif Hear the World sebagai duta untuk menimbulkan kesedaran untuk orang-orang yang kurang upaya dan hilang pendengaran [20].
- Pada tahun 1993, beliau mengasaskan Operalia, satu pertandingan Opera antarabangsa untuk penyanyi-penyanyi muda berbakat. Para pemenang mendapat peluang menyertai syarikat-syarikat opera terkemuka di seluruh dunia [21]. Domingo telah menjadi peranan penting dalam memberi galakan kepada artis-artis muda opera, contohnya pada tahun 2001, apabila beliau menjemput penyanyi tenor New York, Daniel Rodriguez untuk menghadiri "Vilar / Domingo Young Artists" untuk mempelajari kemahiran-kemahiran opera.
- Pada Disember 21, 2003, Domingo membuat persembahan kebajikan di Cancun untuk Ciudad de la Alegria Foundation, sebuah yayasan yang menyediakan bantuan dan penginapan kepada orang-orang yang memerlukan, termasuk individu-individu berpendapatan rendah, anak-anak yatim, wanita – wanita yang mengandung, para pelarian perang, pemulihan untuk pesalah undang-undang dan pesakit-pesakit yang menghidap penyakit yang membawa maut [22].
- Pada Jun 27, 2007, Domingo dan Katherine Jenkins membuat persembahan di konsert amal di Athen untuk mengumpul dana bagi membantu konflik di Darfur. Konsert tersebut dibuat untuk Medecins Sans Frontieres / Doktor Tanpa Sempadan [23].
- Pada Oktober 2, 2007, Domingo menyertai lain-lain tokoh ternama di dalam dunia hiburan, kerajaan dan alam sekitar sebagai salah seorang penerima BMW Hydrogen 7 yang direka khas mengguna hidrogen untuk menggantikan petrol sebagai bahan api [24].
Lihat juga
Rujukan
- ^ Encyclopedia Britannica, Encyclopedia of World Biography, Thomson Gale, 2006, The Concise Grove Dictionary of Music, Oxford University Press, 1994, Warrack, J. and West, E. The Oxford Dictionary of Opera, OUP, 1992 Rujukan untuk tahun kelahiran 1941.
- ^ Review: In his 151st role, Plácido Domingo plays the ‘wild cat’ as old lion
- ^ Domingo's 151st role
- ^ http://www.bookrags.com/biography/placido-domingo/
- ^ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9B0DEED71F3EF935A15752C1A961948260
- ^ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9907E6D71738F932A3575AC0A962958260
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13. Dicapai pada 2007-09-23.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2007-09-23.
- ^ Isteri pertama dan anak lelaki
- ^ Senarai penuh lakonan
- ^ http://www.placidodomingo.com/inhalt.php?menu_level=2&id_kunden=196&id=830
- ^ http://www.hollywoodusa.co.uk/walkoffamestarlocations.htm#D.
- ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Classical_BRIT_Awards#2006
- ^ [ http://www.usatoday.com/life/books/news/2006-10-02-opera_x.htm USA Today]
- ^ Renaissanceresearch.blogspot.com
- ^ "If music be the food of love," is "MUSIC IS THE VOICE OF HOPE!"
- ^ A Night For New Orleans
- ^ Majlis bandaraya New Orleans menamakan teater bandaraya sebagai "Plácido Domingo stage"
- ^ http://www.elpais.com/articulo/gente/Mexico/rinde/homenaje/Placido/Domingo/estatua/bronce/elpepugen/20070821elpepuage_1/Tes
- ^ Laman "Hear the world"
- ^ Laman Domingo Operalia
- ^ Persembahan di Cancun untuk Yayasan Ciudad de la Alegria
- ^ Konsert amal di Athens untuk mengumpul dana bagi konflik di Darfur
- ^ Menerima BMW Hydrogen 7
Pautan luar
- Laman Rasmi
- Pertandingan Nyanyian Opera Plácido Domingo International Operalia
- Biografi oleh Laman EMI Classics
- Biografi oleh Laman DG Classics
- Wawancara bersama Domingo oleh The Guardian, 10 July 2005
- Biografi oleh Laman John F. Kennedy
- Video konsert dan opera nyanyian/lakonan Plácido Domingo dari YouTube.com
- Artikel Guardian Bertukar karier kepada bariton.