Pendidikan di Politeknik [1] mula diperkenalkan di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah Pelan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan Pertama (1985-1995).
Menjadi institusi TVET premier yang diterajui industri
- Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf
- Membangunkan kurikulum yang dipimpin industri dan meningkatkan kesediaan graduan melalui penglibatan industri yang diselaraskan
- Menghasilkan graduan yang seimbang dan berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan
- Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kerjasama dan penyertaan aktif dalam komuniti TVET
5. Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik pelajar ke Politeknik.
Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar [6] di Ipoh di bawah United Nations Development Plan pada tahun 1969. Pendidikan ini diperkukuhkan dengan perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai pendidikan pada tahun 1979 dan Pelan Induk Perindustrian Kebangsaan pertama (1985-1995). Kesemua perancangan termasuk perakuan Jawatankuasa Kabinet mengenai latihan (1991), telah membolehkan penubuhan lebih banyak politeknik serta penambahan program pengajian bagi memenuhi keperluan pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan.
- Melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang TVET;
- Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik agar selari dengan kehendak pembangunan ekonomi negara;
- Menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;
- Membina reputasi dan jenama yang mampu meletakkan politeknik antara institusi pengajian tinggi negara yang terbaik; dan
- Mempelbagai dan meluaskan penawaran program yang mampu menarik minat pelajar.
- Pemerkasaan politeknik ke arah menjadi pilihan yang setanding dengan universiti;
- Pembangunan program pengajian dan penyelidikan dalam bidang tujahan yang bertunjangkan kekuatan di setiap politeknik;
- Pemerkasaan warga politeknik dengan pengetahuan dan ketrampilan peringkat tinggi;
- Pembinaan imej dan budaya kerja cemerlang.
- Fasa I: Quick Wins dan Transformasi Keinstitusian
- Fasa II: Peningkatan ke arah Kecemerlangan
- Fasa III: Pemerkasaan
- Fasa IV: Kecemerlangan
- Politeknik sebagai institusi pilihan;
- Siswazah yang mempunyai kebolehdayaan diambil bekerja serta berdaya keusahawanan; dan
- Persepsi positif terhadap politeknik.
Senarai Politeknik Malaysia (Premier, Konvensional & Metro)
- Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak [7]
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang [8]
- Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah [9]
- Politeknik Kota Bharu (PKB), Kota Bharu, Kelantan [10]
- Politeknik Kuching Sarawak (PKS), Kuching, Sarawak [11]
- Politeknik Port Dickson (PPD), Port Dickson, Negeri Sembilan [12]
- Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Kota Kinabalu, Sabah [13]
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam, Selangor [14]
- Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang, Johor [15]
- Politeknik Seberang Perai (PSP), Permatang Pauh, Pulau Pinang [16]
- Politeknik Melaka (PMK), Balai Panjang, Melaka [17]
- Politeknik Kuala Terengganu (PKT), Kuala Terengganu, Terengganu [18]
- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu [19]
- Politeknik Merlimau (PMM), Merlimau, Melaka [20]
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak [21]
- Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah [22]
- Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sungai Air Tawar, Selangor [23]
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau, Perlis [24]
- Politeknik Muadzam Shah (PMS), Bandar Muadzam Shah, Pahang [25]
- Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Mukah, Sarawak [26]
- Politeknik Balik Pulau (PBU), Balik Pulau, Pulau Pinang [27]
- Politeknik Jeli (PJK), Jeli, Kelantan [28]
- Politeknik Nilai (PNS), Bandar Enstek, Negeri Sembilan [29]
- Politeknik Banting (PBS), Banting, Selangor [30]
- Politeknik Mersing (PMJ), Mersing, Johor [31]
- Politeknik Hulu Terengganu (PHT), Hulu Terengganu, Terengganu [32]
- Politeknik Sandakan (PSS), Sandakan, Sabah
- Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL), Kuala Lumpur [33]
- Politeknik Metro Kuantan (PMKU), Kuantan, Pahang [34]
- Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Johor Bahru, Johor [35]
- Politeknik Metro Betong (PMBS), Betong, Sarawak [36]
- Politeknik Metro Tasek Gelugor (PMTG), Tasek Gelugor, Pulau Pinang [37]
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN), Pagoh, Johor [38]
- Politeknik Besut (PBT), Besut, Terengganu [39]
- Politeknik Bagan Datuk (PBD), Bagan Datuk, Perak [40]
- Politeknik Tawau (PTS), Tawau, Sabah [41]
Politeknik METrO merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.
METrO adalah singkatan dari "Maximising Education & Training Opportunities".
Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Online Virtual and Distance learning (OVDL) dalam kerangka e-learning. Kebanyakan tenaga pengajarnya adalah mereka yang mempunyai pengalaman industri.
Sehingga Disember 2013, terdapat lima Politeknik METrO telah beroperasi sepenuhnya. Politeknik METrO tersebut adalah:
(C) Politeknik METRO | ||||
Kampus | Singkatan | Nombor Politeknik | Lokasi | Penubuhan |
---|---|---|---|---|
Politeknik METRO Kuala Lumpur | ||||
- Politeknik METRO Kuala Lumpur | PMKL | Politeknik Ke-28 | Taman Setiawangsa | 2012 |
Politeknik METRO Johor | ||||
- Politeknik METRO Johor Bahru | PMJB | Politeknik Ke-30 | Johor Bahru | 2013 |
Politeknik METRO Pahang | ||||
- Politeknik METRO Kuantan | PMKU | Politeknik Ke-29 | Kuantan | 2012 |
Politeknik METRO Pulau Pinang | ||||
- Politeknik METRO Tasek Gelugor | PMTG | Politeknik Ke-32 | Tasek Gelugor | 2013 |
Politeknik METRO Sarawak | ||||
- Politeknik METRO Betong | PMBS | Politeknik Ke-31 | Betong | 2013 |
Lagu Politeknik Malaysia
Politeknik adalah warisan kita [42]
Membekal tenaga bidang teknikal [43]
Bersama membina kemajuan negara [44]
Malaysiaku tercinta [45]
Ilmu akhlak mulia asas jaya [46]
Itulah amalan hidup kita [47]
Di mana sahaja Politeknik berada [48]
Harapan tetap sama [49]
Chorus:
Politeknik ku sanjung jasa-jasamu [50]
Mencipta lembaran sejarah [51]
Harapan impian kan menjadi nyata [52]
Tekad, takwa, usaha [53]
Penentu arah [54]
Maju Politeknik ayuh maju [55]
Semangatmu merestui perjuanganku [56]
Teknologi teras pembangunan Negara [57]
Politeknik Malaysia [58]