Dalam bidang matematik, polinomial ialah sejumlah ungkapan yang menggunakan pembolehubah bereksponen integer yang berpasangan dengan suatu pekaliberinteger.
Sebagai contoh, adalah sebuah polinomial, dimana adalah pembolehubah, dan adalah pekali dan adalah pemalar. Secara am, bentuk umum bagi suatu polinomial adalah:
Dimana adalah pembolehubah, adalah pekali dan adalah eksponen pembolehubah.
Jenis polinomial diklasifikasi berdasarkan bilangan ungkapannya. Terdapat 4 jenis polinomial:
Monomial
Binomial
Trinomial
Polinomial lebih daripada 3 ungkapan.
Monomial merupakan polinomial yang hanya mempunyai satu ungkapan. Sebagai contoh, , , . Istilah monomial juga ditukar dengan perkataan ungkapan. Perkataan monomial datang dari gabungan kata awalanbahasa Yunanimono- yang bermaksud "satu" dan perkataan nomen yang bermaksud "nama". Semua polinomial dibuat daripada jumlah-jumlahan monomial.
Binomial merupakan polinomial yang mempunyai dua ungkapan. Sebagai contoh, , , . Perkataan binomial datang dari gabungan kata awalan bahasa Latinbi- yang bermaksud "dua" dan perkataan nomen yang bermaksud "nama". Terdapat beberapa hukum yang berkaitan dengan binomial, yang paling dikenali adalah:
, dimana
, dimana
Segi tiga Pascal, pekali bagi setiap ungkapan kembangan binomial bersempadan kepada nombor di baris-.
Juga, binomial boleh dikembangkan untuk eksponen berinteger yang lebih daripada . Ini dicapai dengan teorem binomial:
Ia juga dinotakan bahawa pekali bagi setiap ungkapan dalam kembangan binomial tersebut bersempadan kepada nombor-nombor dalam baris- di segi tiga Pascal.
Piramid Pascal, pekali bersempadan kepada nombor yang berada di datar-.
Trinomial adalah polinomial yang mempunyai tiga ungkapan. Seperti etimologi monomial dan binomial, perkataan trinomial datang dari gabungan perkataan nomen yang bermaksud "nama" dan kata awalan bahasa Inggeristri-, yang bermaksud "tiga". Juga, ia wujud cara untuk mengembangkan suatu trinomial seperti pengembangan binomial, iaitu menggunakan pengembangan trinomial:
Sama seperti bagaimana pekali bagi setiap ungkapan dalam kembangan binomial bersempadan kepada nombor-nombor dalam baris- di segi tiga Pascal, pekali bagi setiap ungkapan di kembangan trinomial bersempadan kepada nombor datar- susunan bentuk 3D piramid Pascal.
Mengikut teori Galois, tiada wujud rumus penyelesaian kepada persamaan polinomial dengan darjah polinomial melebihi 4 dengan menggunai operasi asas aritmetik. Oleh itu, hampiran numerikal digunakan untuk cari solusi bagi persamaan tersebut.
Hukum sekutuan boleh diguna pakai dalam penambahan dan penolakan dua polinomial, yakni mengumpul dan menggabungkan pekali bagi pemboleh ubah berdarjah sepadan. Hukum agihan pula digunakan dalam pendaraban dua polinomial.
Pembahagian dua polinomial tidak selalunya menerbitkan polinomial dan lazimnya berada di bawah pecahan nisbah,[1] seperti mana pembahagian dua integer tidak semestinya menghasilkan satu integer, tetapi menghasilkan nombor bukan integer di bawah nombor nisbah.[2] Pembahagian polinomial boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah seperti pembahagian panjang dan pembahagian sintetik.[3]
^Marecek, Lynn; Mathis, Andrea Honeycutt (6 Mei 2020). Intermediate Algebra 2e (dalam bahasa Inggeris). Section 7.1: OpenStax.CS1 maint: location (link)