Pertempuran Buzakha berlangsung antara tentera Khalid bin al-Walid dan tentera Arab yang murtad di bawah Tulaihah, pada September 632 M.
Pertempuran Buzakhah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Peperangan Riddah dan Kempen ketenteraan Khalid bin al-Walid | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Khulafa al-Rasyidun | Pemberontak murtad | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Khalid bin al-Walid Adi bin Hatim |
Tulaiha Hibal Uaina | ||||||
Kekuatan | |||||||
6000 | 15000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
rendah | berat |
Kekuatan
Khalid mengetuai angkatan seramai 6,000 orang sementara Tulaihah memerintah 15,000 orang tentera.
Pertempuran
Pada awal pertempuran Khalid mencabar Tulaihah untuk berperang tanding. Selepas berentap seketika, Tulaihah berlindung dengan tenteranya. Pertempuran menyaksikan pertarungan individu dan kemengan lebih bergantung pada keterampilan individu daripada pergerakan kelompok. Khalid memenangi pertempuran ini.
Kesan
Dari sini, Khalid bergerak menuju objektif berikutnya dan hampir sebulan kemudian, bertempur dengan Salmah dalam Pertempuran Zafar.
Tulaihah, yang telah membunuh seorang Sahabat bernama Akasyah bin Mihsan, menghadapi larangan daripada menyertai sebarang peperangan. Beliau kemudian meminta pengampunan daripada Khalifah Abu Bakar yang mengampunkannya. Walau bagaimanapun, beliau serta para tenteranya dilarang daripada menyertai mana-mana kempen luar oleh sebab mereka pernah murtad dan tidak boleh dipercayai. Mereka hanya dibenarkan menyertai peperangan pada zaman kekhalifahan Umar bin Al-Khattab. Tulaihah berjuang dengan gagah dan kempen menentang Parsi, terutamanya semasa Pertempuran Nihawand dan menjadi syahid dalam pertempuran tersebut.
Sumber dalam talian
A.I. Akram, The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns Lahore, 1969
Rujukan
- A.I. Akram, The Sword of Allah: Khalid bin al-Waleed, His Life and Campaigns, Nat. Publishing. House, Rawalpindi (1970) ISBN 0-7101-0104-X.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.