Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Perang Hunain berlaku pada 3 Syawal tahun kelapan Hijrah. Dalam peperangan ini, 10,000 tentera Islam telah memerangi dua puak kecil penentang Islam. Malangnya, kerana bilangan tentera yang ramai tentera Islam berasa bongkak dan takbur sehingga lupa pada pertolongan Allah.
Allah menguji tentera Islam dengan tipu helah musuh sehingga berlaku kacau bilau. Ramai tentera Islam melarikan diri. Mereka terpaksa berundur dan mengatur semula strategi sehingga akhirnya Allah mengurniakan kemenangan kepada tentera Islam.