Perang Nihawand | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Penyebaran Islam di Parsi | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Empayar Sassanid | Khulafa al-Rasyidin | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Wahman Mardansyah, Pirouzan |
Nu'man ibn Muqarrin †[1] Thulaihah †[2] Amr bin Ma'di Yakrib †[3] | ||||||||
Kekuatan | |||||||||
Sekitar 100,000 | Sekitar 30,000 | ||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
Sekitar 60,000 | Sekitar 5,000 |
Pada peringkat awal, pasukan tentera Islam diketuai oleh Sa'ad ibn Abi Waqqas. Namun beliau dipanggil ke Madinah oleh Umar Al-Khattab kerana berlaku masalah pentadbiran. Seterusnya Umar melantik Nu'man ibn Muqarrin selaku Panglima Besar tentera Islam. Di bawah pimpinan Panglima Besar Nu'man ibn Muqarrin dan dibantu oleh Panglima Huzaifah Al-Yamani tentera Islam seramai 30,000 berhadapan dengan tentera Parsi seramai 100,000 orang pimpinan Panglima Besar Wahman Mardansyah dan pembantunya adalah Panglima Pirouzan.
Berikutan pengalaman berperangnya bersama Khalid ibn al-Walid dan Sa'ad ibn Abi Waqqas di awal perjuangannya, Nu'man ibn Muqarrin menggunakan kepantasan serangan tentera berkuda dan kecekapan pasukan pemanah sebagai tunjang utama untuk menewaskan pertahanan tentera Parsi.
Umat Islam menggelarkan peperangan ini sebagai "Kemenangan Bagi Segala Kemenangan" berikutan tumbangnya Empayar Parsi Sassanid. Peperangan ini berlaku pada tahun 642 M. Kedua-dua panglima Parsi terkorban dalam peperangan ini manakala di pihak tentera Islam, Nu'man ibn Muqarrin sendiri terkorban dan tempatnya digantikan oleh Huzaifah Al-Yamani.
Selepas kekalahan teruk di Nihawand, Yazdegerd gagal untuk menghimpunkan semula tenteranya dan kini menjadi pelarian. Beliau kemudiannya dibunuh oleh seorang petani di Merv pada 651 M
Rujukan
- ^ Iran, Arab Conquest of (636-671), Adam Ali, Conflict and Conquest in the Islamic World: A Historical Encyclopedia, Vol.1, ed. Alexander Mikaberidze, (ABC-CLIO, 2011), 406.
- ^ Islamic desk reference, By E. J. van Donzel, pg.458
- ^ "The fall of Persia", Vol. 2, ed. Sayyid Ali Al-Jumjumani