Pertabalan Sultan Perak 2015 atau Pertabalan Sultan Perak ke-35 akan berlangsung pada 3 Mei hingga 17 Mei 2015 selama 15 hari. Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 diadakan di beberapa tempat sekitar Sungai Perak yang bermula di Bandar Diraja Kuala Kangsar hingga ke Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan.
Berikutan Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan ke-35, Kerajaan Negeri mengumumkan 6 Mei 2015 sebagai cuti umum bagi negeri dan jajahan segala takluk Perak Darul Ridzuan.
Era Sultan Ke-34
Pertabalan pernah diadakan 30 tahun lalu iaitu ketika pertabalan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 4 Disember 1985.
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 28 Mei 2014 dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.[1]
Tentatif Aturcara
Berikut merupakan aturcara sepanjang Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan, antaranya;
- Isnin, 3 Mei (hari pertama)
9 am
- Istiadat meletak kerja pertabalan di Istana Iskandariah
- Bacaan doa serentak dengan tembakan meriam 17 das dan paluan nobat di Istana Iskandariah
- Kenduri arwah (Istana Iskandariah)
6.45 pm
- Majlis kesyukuran dan doa selamat (Masjid Ubudiah, Bukit Chandan dan semua masjid/surau di Perak)
- Selasa, 4 Mei (hari kedua)
10 am
- Sultan Perak (SP) berangkat ke Pameran Koleksi Gambar SP (Dewan Bandaran Ipoh)
8.30 pm
- SP berangkat ke Pertandingan Akhir Pidato (Hotel Casuarina Meru Ipoh)
- Rabu, 5 Mei (hari ketiga)
10 am
- SP berangkat ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan (Istana Iskandariah)
- Khamis, 6 Mei (hari keempat)
8.15 am
- Istiadat Tabal Adat (Istana Iskandariah)
- Khamis, 7 Mei (hari kelima)
8.00 am
- Istiadat mengambil air bersiram tabal di tujuh kuala Sungai Perak
8.30 pm
- Istiadat Tabal Pusaka, Istiadat Bersiram Tabal, Istiadat Santapan Nasi Berastakona (Istana Iskandariah)
- Jumaat, 8 Mei (hari keenam)
9.00 am
- SP menziarahi Makam Tok Temong di Chegar Galah , Kuala Kangsar.
- Berangkat pulan ke Istana Kinta, Ipoh
1.00 pm
- SP berangkat solat Jumaat (Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh)
4.00 pm
- SP menziarahi Makam Raja Bendahara Alang Iskandar
- Berangkat balik ke Istana Iskandariah
9. 30 pm
7.45 pm
- Santapan pertabalan (Istana Iskandariah)
- Ahad, 10 Mei (hari kelapan)
9.00 am
- SP menziarahi batu peringatan Sultan Mansur Shah di Tanah Abang (Teluk Bakong), Lambor Kanan.
- SP menziarahi makam Sultan Ali dan Sultan Yusuf Sharifuddin Shah
3.00 pm
- SP menziarahi makam**makam Sultan di Makam Diraja Al Ghufran
- Isnin, 11 Mei (hari kesembilan)
9.00 am
- SP menziarahi makam Sultan Tajul Ariffin di Pulau Semat, Mukim Senggang, Kuala Kangsar
- SP menziarahi makam Raja Sulong ibni Sultan Ismail
- SP berangkat ke Rumah Rehat Cempaka Sari
3.00 pm
- SP menziarahi makam Sultan Muzaffar Shah III
- SP menziarahi makam Sultan Ahmaddin Shah
- SP berangkat ke Rumah Rehat Cempaka Sari
8.30 pm
- SP berangkat ke majlis bersama rakyat (Padang SMK Abd Rahman Yaakob, Bota Kanan)
- Selasa, 12 Mei (hari kesepuluh)
9.00 am
- SP menziarahi makam Sultan Muzaffar Shah II
- SP menziarahi makam Sultan Muzaffar Shah I di Kampung Padang Marhum, Lambor.
- SP menziarahi makam Sultan Muhammad Shah dan makam Sultan Mahmud Shah
- SP menziarahi makam Sultan Mahmud Iskandar Shah dan makam Sultan Alaudin Mughayat Shah
- SP menziarahi makam Sultan Ahmad Tajuddin Shah di Kampung Jawa, Kampung Gajah, Perak.
- SP berangkat ke Rumah Tetamu Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah
8.30 pm
- SP berangkat ke majlis bersama rakyat di sekitar Kampung Gajah
- Rabu, 13 Mei (hari kesebelas)
9.00 am
- SP menziarahi makam Sultan Abdullah Muazzam Shah di Teluk Kepayang , Bota dan makam Sultan Jaafar Muadzam Shah di Kampung Pulau Juar, Kampung Gajah.
- SP menziarahi batu peringatan Raja Ahmad
- SP berangkat ke Pasir Salak dan menaiki Balai Gambang di jeti Pasir Salak
- SP menziarahi makam Sultan Mahmud Shah
- SP menziarahi makam Sultan Abdul Malik Mansur Shah
- SP menziarahi makam Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda
- SP menziarahi makam Sultan Shahabuddin
- SP menziarahi makam Sultan Iskandar Zulkarnain
- SP menziarahi makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I
- SP berangkat ke Rumah Rehat Teluk Intan
8.30 pm
- SP berangkat ke majlis bersama rakyat di Arena Square Teluk Intan
- Khamis, 14 Mei (hari keduabelas)
6.10 am
- SP berangkat dari Teluk Intan ke jeti Bagan Datoh
- dari jeti Bagan Datoh SP menaiki bot ziarah Beting Beras Basah
7 am
- SP melawat Rumah kanak kanak istimewa di Hutan Melintang
12 pm
- SP berangkat pulang ke Istana Kinta
- Jumaat, 15 Mei (tiada program)
- Sabtu ,16 Mei (hari keempatbelas)
9.00 pm
- SP berangkat ke Program Larian Pertabalan dan pertunjukan tatu di Stadium Perak
- Ahad, 17 Mei (hari kelima belas)
10 am
- Majlis Menutup Kerja di Istana Iskandariah
Pra-Pertabalan
Taklimat disampaikan oleh Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Anuar Zaini dan Pengarah Penerangan negeri, Muhamad Aszahari Abdul Rahman serta wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mohd Anuar adalah Pengerusi Jawatankuasa Seranta, Penerbitan, Cenderamata, Belia dan Pelajar .
Titah Diraja
Istiadat Pertabalan bukan untuk berpesta, bersuka ria atau bermegah-megah dan mewah sebaliknya mahu meneruskan kesinambungan adat dan budaya. Sultan mahu mendekati rakyat termasuk golongan muda menerusi program seperti pertandingan esei, pidato serta larian sempena pertabalan. Seramai 471 pengamal media dari 45 agensi telah membuat permohonan bagi membuat liputan istiadat pertabalan. [2]
Menarik perhatian media
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi memaklumkan bahawa National Geographic Channels akan dokumentarikan detik bersejarah itu.[3]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-20. Dicapai pada 2015-04-17.
- ^ Istiadat Pertabalan Sultan Perak 3 hingga 17 Mei
- ^ Pertabalan Sultan Nazrin catat sejarah