Seorang permaisuri balu, ratu balu atau bonda ratu (bandingkan: puteri balu atau bonda puteri) ialah gelaran atau status yang biasanya dipegang oleh balu seorang raja. Dalam kes balu seorang maharaja, gelaran maharani balu digunakan. Makna penuhnya jelas daripada dua perkataan tersebut: permaisuri menandakan seseorang yang berkhidmat sebagai raja permaisuri (isteri seorang raja), manakala balu menunjukkan seorang wanita yang memegang gelaran apabila suami telah meninggal dunia (seorang ratu yang memerintah dengan haknya sendiri dan tidak kerana berkahwin dengan seorang raja ialah ratu memerintah).
Bonda ratu ialah seorang permaisuri balu yang juga merupakan ibu kepada raja atau ratu yang memerintah. Pada masa ini (2020), terdapat empat orang permaisuri balu: Kesang Choden dari Bhutan (yang merupakan satu-satunya nenda ratu yang tinggal di seluruh dunia), Norodom Monineath dari Kemboja (yang juga ratu ibu), Lisa Najeeb Halaby (Noor Al'Hussein) dari Jordan, dan Sirikit Kitiyakara dari Thailand (yang juga ibu ratu). Permaisuri Ratna dari Nepal yang merupakan permaisuri balu sehingga pemansuhan monarki Nepal pada tahun 2008.
Perbezaan dari bonda ratu
Bonda ratu ialah gelaran untuk permaisuri balu yang mana pada masa yang sama baginda menjadi bonda kepada raja atau ratu memerintah semasa. Oleh itu, setiap bonda ratu adalah dengan mengikut takrifannya juga permaisuri balu. Walau bagaimanapun, tidak semua permaisuri permaisuri ialah bonda ratu; mereka mungkin mempunyai hubungan selain daripada bonda kepada raja yang memerintah, seperti bonda saudara atau nenenda. Sebagai contoh, Mary, Ratu Scotland, ialah seorang permaisuri balu Perancis selepas kematian suaminya Francis II, yang mana dia tidak mempunyai anak. Begitu juga, Adelaide dari Saxe-Meiningen adalah permaisuri balu selepas suaminya William IV digantikan oleh Victoria anaanda saudaranya.
Tidak semua ibu seorang raja yang memerintah menjadi seorang bonda ratu atau permaisuri balu. Sebagai contoh, ibu Ratu Victoria dari United Kingdom, Victoria dari Saxe-Coburg-Saalfeld, tidak pernah menjadi seorang permaisuri balu kerana suaminya, Edward Augustus, Duke of Kent, tidak pernah menjadi raja. Begitu juga ibu-ibu raja, kedua-dua Augusta dari Saxe-Gotha dan Srinagarindra dari Thailand tidak digelar permaisuri balu kerana suami masing-masing, Frederick, Putera Wales dan Mahidol Adulyadej, Putera Songkhla, tidak pernah menjadi raja. Sebaliknya, Augusta memegang gelaran "Dowager Princess of Wales"; manakala, Srinagarindra menerima gelaran "Bonda Puteri".
Akhir sekali, mungkin ada seorang ibu ratu dan seorang atau lebih permaisuri balu yang hidup pada satu-satu masa. Keadaan ini berlaku di alam Komanwel dalam tempoh antara pelantikan Ratu Elizabeth II pada 6 Februari 1952 dan kemangkatan nenendanya pada 24 Mac 1953. Selama lebih dari setahun, terdapat tiga permaisuri yang hidup:
- Ratu Elizabeth II, ratu yang bertakhta (ratu memerintah).
- Permaisuri Elizabeth Si Bonda Ratu, balu Raja George VI yang mangkat dan bonda kepada ratu yang memerintah. Ratu Elizabeth, bekas raja permaisuri, secara khusus mengguna pakai gelaran Bonda Ratu untuk membezakan dirinya daripada anak perempuannya, Ratu Elizabeth II. Beliau dilaporkan benci dipanggil sebagai seorang permaisuri balu, dan merasa ada kekeliruan jika dia dipanggil hanya dengan namanya, kerana dua orang terdahulu, Queen Mary dan Queen Alexandra, telah alami.
- Permaisuri Mary, balu Raja George V, bonda mantan raja Edward VIII (ketika itu Duke Windsor) dan mendiang Raja George VI. Ratu Mary telah menjadi permaisuri balu antara kematian suaminya pada tahun 1936 sehingga kenaikan takhta cucundanya, Ratu Elizabeth II, pada tahun 1952. Selepas kenaikan takhta cucunda perempuannya, Permaisuri Mary menjadi Paduka Nenda Ratu. Walau bagaimanapun, secara rasminya Istana Buckingham tidak pernah mengurniakan gelaran Bonda Ratu kepada baginda. Selepas kematian suaminya, baginda digelar Her Majesty Queen Mary.
Seorang permaisuri balu terus menikmati gelaran, panggilan, dan keutamaan seorang permaisuri. Walau bagaimanapun, banyak bekas raja permaisuri tidak menggunakan perkataan "balu" secara rasmi sebagai sebahagian daripada gelaran mereka.
Pemegang
Perhatikan bahawa di sesetengah negara yang disebut di bawah adalah tidak biasa untuk menggelarkan seorang bekas permaisuri sebagai balu.
Korea
- Permaisuri Heonae (997-1009), isteri dan balu Gyeongjong dari Goryeo dan kakanda Seongjong dari Goryeo, ibunda Mokjong dari Goryeo dan anak perempuan Gwangjong dari Goryeo
- Permaisuri Jangryeol (1624-1688), isteri dan balu Injo dari Joseon, ibunda tiri Hyojong dari Joseon, nenenda tiri Hyeonjong dari Joseon, moyang tiri Sukjong dari Joseon.
- Permaisuri Jeongsun (1745-1805), isteri kedua dan balu Yeongjo dari Joseon dan nenenda tiri Jeongjo dari Joseon dan moyang tiri Sunjo dari Joseon.
Malaysia
Kini:
- Raja Perempuan Tengku Anis dari Kelantan, balu Sultan Ismail Petra dan bonda Sultan Muhammad V
- Raja Permaisuri Tuanku Bainun dari Perak, balu Sultan Azlan Shah dan bonda Sultan Nazrin Shah
- Tunku Ampuan Najihah dari Negeri Sembilan, balu Tuanku Ja’afar
- Permaisuri Siti Aishah dari Selangor, balu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Che Puan Besar Haminah dari Kedah, balu Sultan Abdul Halim
- Cik Puan Besar Kalsom dari Pahang, balu Sultan Haji Ahmad Shah