Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Angkatan Tentera Empayar Uthmaniyah |
Pengerahan |
Perang Empayar Uthmaniyah di Eropah juga kadangkala dirujuk sebagai Perang Uthmaniyah atau Perang Turki (terutamanya dalam teks Eropah lama), merupakan kempen pengembangan Empayar Uthmaniyahke Eropah.
Kebangkitan (1299–1453)
Empayar Byzantine
Selepas menyerang Empayar Byzantine yang telah lemah pada tahun 1356 (tahun sebenar dipertikaikan kepada kemungkinan pada tahun 1358 di sebabkan perubahan kalendar Byzantine), (lihat Suleyman Pasha) yang mana menyediakan asas kepada operasi di Eropah, Empayar Uthmaniyahmemulakan perluasan ke arah barat dan memasuki benua Eropah pada pertengahan kurun ke-14.
Constantinople jatuh pada tahun 1453 selepas Pertempuran Varna dan Pertempuran Kosovo Kedua.
Keseluruhan Yunani ditawan pada tahun 1461 (Empayar Trebizond) (lihat : Yunani Uthmaniyah).
Empayar Bulgaria
Pada separuh kedua kurun ke-14, Empayar Uthmaniyah terus mara ke utara dan barat Balkan, berjaya menguasai Thrace dan kebanyakan wilayah Macedonia selepas Pertempuran Maritsa pada tahun 1371. Sofia jatuh pada tahun 1382, diikuti dengan ibu negara Empayar Bulgaria Kedua iaitu Tarnovgrad pada tahun 1393, dan wilayah barat laut selebihnya selepas Pertempuran Nicopolis pada tahun 1396.
Empayar Serbia
Perkembangan (1453–1683)
Genangan (1699–1828)
Kurun ke-18
Kurun ke-19
Pemberontakan Serbia Pertama berlaku pada tahun 1804, diikuti dengan Pemberontakan Serbia Kedua pada tahun 1815; Serbia dibebaskan sepenuhnya pada tahun 1867. Kemerdekaannya secara rasminya diakui pada tahun 1878.
Perang Rusia-Turki ke-6 bermula pada tahun 1806 dan tamat pada bulan Mei 1812, hanya 13 hari sebelum Serangan Napoleon ke atas Rusia.
Pemberontakan Moldavia-Wallachia (Romania) (bermula serentak dengan Revolusi Yunani).
Perang Kemerdekaan Yunani, berlangsung dari tahun 1821 sehingga 1832, di mana kuasa-kuasa Besar campur tangan pada tahun 1827, termasuk Rusia (Perang Rusia-Turki ke-7, 1828–1829), di mana Greece mendapat kemerdekaannya; Perjanjian Adrianople ditandatangani dan menjadi titik penamat perangt.
Kemerosotan (1828–1908)
Perang Uthmaniyah dengan Bosnia 1831–1836, 1836–1837, 1841.
Perang Uthmaniyah dengan Albania 1820–1822, 1830–1835, 1847.
Perang Uthmaniyah dengan Montenegro 1852–1853.
Lapan kali Perang Rusia-Uthmaniyah 1853–1856, Perang Crimea, di mana United Kingdom dan Perancis menyertai perang di pihak Empayar Uthmaniyah. Tamat dengan Perjanjian Paris.
Perang kedua dengan Montenegro pada 1858–1859.
Perang dengan Montenegro, Bosnia dan Serbia pada 1862.
Pemberontakan Crete pada 1866.
Pemberontakan Bulgaria pada 1876.
Perang Rusia-Turki ke-9 dan terakhir bermula pada tahun 1877, pada tahun sama Uthmaniyahberundur dari Persidangan Constantinople. Romania kemudian mengistiharkan kemerdekaannya dan memulakan perang ke atas Turki, disertai oleh Serbia dan Bulgaria dan akhirnya Rusia (lihat juga Hubungan Luar Rusia selepas Perang Crimea). Austria menduduki Bosnia pada tahun 1878. Rusia dan Uthmaniyahmenandatangani Perjanjian San Stefano pada awal tahun 1878. Selepas dipertimbangkan di Kongres Berlin, yang mana dihadiri oleh semua kuasa-kuasa Besar pada waktu itu, Perjanjian Berlin (1878) mengakui perubahan wilayah.
Rumelia Timur diberi beberapa autonomi pada tahun 1878, memberontak dan menyertai Bulgaria pada tahun 1885. Thessaly diserahkan kepada Yunani pada tahun 1881, tetapi selepas Yunani menyerang Empayar Uthmaniyyah untuk membantu Pemberontakan Crete Kedua pada tahun 1897, pihak negara tersebut dikalahkan di Thessaly.
Pembubaran (1908–1922)
Perang Itali-Turki
Pemberontakan Ilinden-Preobrazhenie
Pemberontakan Macedonia bermula pada tahun 1903. Lihat Pemberontakan Ilinden–Preobrazhenie.
Perang Balkan 1912-1913
Dua Perang Balkan berlaku pada tahun 1912 dan 1913, melibatkan tindakan lanjut menentang Empayar Uthmaniyah di Eropah. Liga Balkan berjaya menakluk Macedonia dan kebanyakan kawasan Thrace daripada Empayar Uthmaniyah, dan kemudian menghadapi pertikaian berhubung pembahagian wilayah. Albania mengistiharkan kemerdekaan daripada Empayar Uthmaniyah pada tahun 1912, selepas beberapa rusuhan dan pemberontakan. Ini mengecilkan lagi pegangan wilayah Turki di Eropah (Rumelia) ke garis sempadan sekarang di Thrace Timur.
Perang Dunia I
Perang Dunia Kedua (1914-1918) menjadi penyebab utama akan kejatuhan Empayar Uthmaniyah, yang mana secara rasminya tamat pada tahun 1922. Bagaimanapun, semasa perang Empayar Uthmaniyahberjaya menghalang Tentera Laut Diraja Britain dari mendekati Istanbul, menghentikan serangan Entente dalam Pertempuran Gallipoli (1915-1916). Walau bagaimanapun, di bawah syarat-syarat Perjanjian Lausanne (1923) membawa kejatuhan Empayar.[perlu rujukan]
Lihat juga
- Perang Bulgaria–Uthmaniyyah
- Perang Byzantine–Uthmaniyah
- Khanate Crimea
- Kejatuhan Empayar Uthmaniyyah
- Polisi luar Empayar Rusia
- Perang Yunani-Turki
- Venice
- Sejarah Perang Serbia-Turki
- Ketenteraan Empayar Uthmaniyah
- Perang Magnate Moldavia
- Tentera Laut Uthmaniyyah
- Perang Uthmaniyah di Timur Dekat
- Perang Hungary-Uthmaniyah
- Perang Habsburg-Uthmaniyah
- Perang Parsi-Uthmaniyyah
- Perang Uthmaniyyah–Venice
- Perang Poland-Uthmaniyyah
- Kebangkitan Empayar Uthmaniyah
- Perang Krimea
- Perang Rusia-Turki
- Pertempuran Vienna
- The Ottomans: Europe's Muslim Emperors
- Garis masa sejarah Turki