Sekularisme di Turki diperkenalkan melalui Perlembagaan Turki 1924 dan kemudian oleh pembaharuan Mustafa Kemal Atatürk yang menggubal satu set syarat-syarat pengurusan dan politik untuk mencipta satu negara yang moden, demokratik dan sekular sejajar dengan ideologi Kemalist. Setelah 13 tahun pengenalannya, laïcité (5 Februari 1937) dinyatakan dengan jelas dalam Artikel Kedua Perlembagaan Turki. Perlembagaan Turki semasa tidak mengiktiraf agama rasmi ataupun mempromosi mana-mana agama termasuk Islam walau pun sekurang-kurangnya lebih daripada 95% warganegara Turki adalah orang Islam. "Laïcité" di Turki tidak memaksa satu pemisahan agama dan negeri yang ketat, kecuali menggambarkan pendirian negeri yang neutral tetapi pro-aktif dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama.
Perkara-perkara berhubung dengan agama adalah dipantau oleh Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (Turki: Diyanet İşleri Başkanlığı). Kementerian ini menjalankan kerja-kerja mengenai kepercayaan-kepercayaan, ritual dan etika-etika Islam, menjelaskan orang awam mengenai agama mereka, dan mentadbir tempat-tempat ibadat.
Sejarah
Sejarah sekularisme di Turki bertolak dari pembaharuan Tanzimat kerajaan Uthmaniyyah. Puncak kedua sekularisme berlaku semasa era perlembagaan kedua. Pembaharuan sekarang dicapai melalui pembaharuan Atatürk.
Tentangan
Kesungguhan sebahagian ahli politik dan tentera Turki untuk melindungi identiti sekular Turki seringkali menjadi sumber konflik. Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkali-kali bersuara untuk lebih keislaman dan menentang larangan-larangan yang dibuat oleh Kemal Atatürk seperti larangan pemakaian tudung ketika di pejabat kerajaan dan sekolah. Bantahan Republik (bahasa Turki: Cumhuriyet Mitingleri) adalah siri-siri perhimpunan besar-besaran yang berlaku di Turki pada musim bunga 2007 sebagai menyokong negara sekular yang diimpikan oleh Kemalist.