Tarikh | Pertengahan abad ke-6 (552/563 TM) |
---|---|
Lokasi | Asia Tengah |
Hadirin | Dua orang pendeta |
Hasil | Penubuhan industri sutera Rom |
Pada pertengahan abad ke-6 TM, dua pendeta dengan sokongan maharaja Rom Justinianus I memperoleh dan menyeludup ulat sutera hidup ke dalam Empayar Rom, memulakan industri sutera Rom yang akan lama memonopoli sutera di Eropah.
Latar belakang
Sutera pertama kali dihasilkan pada alaf ke-3 SM oleh orang Cina. Abad pertama SM, bekalan sutera sudah pun memasuki Empayar Rom.[1] Dengan kebangkitan Empayar Sasan dan Perang-perang Rom-Parsi selepas itu, mengimport sutera ke Eropah menjadi semakin sukar dan mahal. Parsi mengawal ketat perdagangan di dalam wilayah mereka dan menangguhkan perdagangan semasa perang.[2] Akibatnya, Maharaja Rom Justinianus I cuba membuat laluan perdagangan alternatif ke Sogdiana, yang semasa itu telah menjadi pusat pengeluaran sutera yang besar:[3] satu ke utara melalui Krimea, dan satu ke selatan melalui Aksum.[4] Kegagalan usaha-usaha ini menyebabkan Justinianus I mencari cara lain kerana permintaan barangan mewah ini tinggi, malah dalam golongan dalaman baginda.[5]
-
565 TM. Empayar Rom, biru dan ungu; Empayar Sasan berwarna kuning. Negeri-negeri naungan Sasan dalam warna oren, meliputi Teluk Parsi di selatan, dan mencapai sungai Indus di tenggara danKerajaan Khotan di timur laut (kedua-dua merupakan kawasan penghasilan sutera).
-
Sogdiana, terletak di Asia Tengah di utara negeri-negeri Sasan. Sutera juga dihasilkan di Kerajaan Khotan (timur Sogdiana) pada masa ini, dan di benua kecil India, timur Empayar Sasan.
-
Pengeluaran sutera juga berlaku di kawasan-kawasan Asia Timur ini pada 560 TM, dalam dinasti-dinasti Utara dan Selatan atau zaman Enam Dinasti
Ekspedisi
Dua pendeta yang tidak dinamai (kemungkinan besar ahli Gereja Nestorius[1][4]) yang menyebarkan agama Kristian di India (Gereja Timur di India), pergi ke China tahun 551 TM.[6] Semasa di China, mereka memerhatikan kaedah yang rumit untuk menternak ulat sutera dan menghasilkan sutera.[6] Ini perkembangan penting kerana orang Rom sebelum ini sangka sutera dibuat di India.[Penjelasan diperlukan][penjelasan diperlukan][7] Pada 552 TM, kedua-dua pendeta itu mencari Justinianus I.[4] Atas janji untuk baginda memberikan kurnia, pendeta-pendeta itu bersetuju untuk mendapatkan ulat sutera dari China.[Penjelasan diperlukan][<span title="not from Sogdiana, which was en-route, as implied in the next para? (November 2022)">penjelasan diperlukan</span>][3] Mereka kemungkinan besar telah melalui utara di sepanjang Laut Hitam, melepasi Selatan Kaukasus dan Laut Kaspia.[8]
Oleh sebab ulat sutera dewasa agak sensitif dan perlu disimpan pada suhu yang ideal, takut ia mati,[9] sebaliknya mereka menggunakan kenalan mereka di Sogdiana untuk menyeludup keluar telur ulat sutera atau larva yang sangat muda, yang mereka sembunyikan di dalam tongkat buluh mereka.[penjelasan diperlukan][8][4] Pokok kertau, yang diperlukan untuk ulat sutera, sama ada diberikan kepada pendeta-pendeta itu atau telah diimport ke dalam Empayar Rom.[8] Secara keseluruhannya, seluruh ekspedisi itu dianggakan berlangsung selama dua tahun.[10]
Kesan
Tidak lama selepas ekspedisi itu kilang-kilang sutera di Konstantinopal, Beirut, Antiokhea, Tirus dan Thebai muncul.[4] Ulat-ulat sutera yang diperoleh membenarkan Empayar Rom mempunyai monopoli sutera di Eropah. Ia juga telah memecahkan monopoli sutera Cina dan Parsi.[8] Monopoli itu juga menjadi asas ekonomi Rom untuk 650 tahun yang akan datang sehingga ia jatuh pada tahun 1204.[11] Pakaian sutera, terutamanya yang dicelup dengan warna ungu diraja, hampir selalu dikhaskan untuk golongan elit di Byzantium, dan pemakaiannya dikanunkan dalam undang-undang kawalan perbelanjaan.[1] Pengeluaran sutera di sekitar Konstantinopal, khususnya di Thrake di utara Yunani, masih ada sehingga kini.
Rujukan
- ^ a b c "Silk". University of Washington. Dicapai pada 20 April 2013. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Washington" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Norwich, John (1988), Byzantium: The Early Centuries pg. 265
- ^ a b Clare, Israel (1906), Library of Universal History: Mediaeval History pg. 1590
- ^ a b c d e Norwich, pg. 266
- ^ Walker, Alicia (2021). "Cross-cultural Artistic Interaction in the Early Byzantine Period". Dalam Freeman, Evan (penyunting). Smarthistory Guide to Byzantine Art.
- ^ a b Clare, pg. 1589
- ^ Clare, pg. 1587
- ^ a b c d Patrick Hunt. "Late Roman Silk: Smuggling and Espionage in the 6th Century CE". Stanford University. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 June 2013. Dicapai pada 20 April 2013. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "Stanford" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "The Smithsonian on Silk Production". Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2009.
- ^ "History of Silk - The Silk Museum". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2020.
- ^ Muthesius, Anna (2003), Silk in the Medieval World pg. 326