HMAS Hobart pada Disember 2017
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Kelas Hobart |
Pembina: |
|
Pengguna: | Tentera Laut Diraja Australia |
Didahului oleh: | Pembinasa kelas-Perth dan frigat kelas-Adelaide |
Kos: | |
Dibina: | 2009–2020 |
Dirancang: | 3 |
Aktif: | 3 |
Ciri-ciri umum (seperti rekaan) | |
Jenis: | Pembinasa peluru berpandu |
Sesaran: | 7,000 tonne (6,900 long ton; 7,700 short ton) muatan penuh |
Panjang: | 147.2 meter (483 ka) |
Lunas: | 18.6 meter (61 ka) maksimum |
Draught: | 5.17 meter (17.0 ka) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | Lebih 28 knot (52 km/j; 32 mph) |
Jarak: | Lebih 5,000 batu nautika (9,300 km; 5,800 bt) pada 18 knot (33 km/j; 21 mph) |
Anak kapal: |
|
Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
Peperangan elektronik & pengumpan: |
|
Persenjataan: |
|
Pesawat yang dibawa: | 1 × MH-60R Seahawk |
KelasHobart adalah sebuah kelas pembinasa anti udara yang terdiri daripada tiga buah kapal yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia (RAN). Ia bertujuan untuk mengantikan frigat kelas-Adelaide dan mengembalikan keupayaan yang pernah dimiliki oleh pembinasa kelas-Perth bermula pada tahun 2000, yang diperolehi di bawah projek perolehan bernama SEA 1400, sebelum didesignasi semula sebagai SEA 4000. Meskipun designasi "Pembinasa Peperangan Udara" digunakan untuk menghuraikan kapal yang dikhususkan untuk mempertahankan pasukan tentera laut (termasuk aset-aset di darat) daripada serangan pesawat dan peluru berpandu, kapal-kapal pembinasa Australia ini juga dirancang untuk beroperasi dalam peranan anti-permukaan, anti kapal selam, dan sokongan tembakan tentera laut.
Rancangan untuk memperoleh Pembinasa Peperangan Udara Australia (nama kelas sehingga tahun 2006) berlanjutan sehingga pertengahan tahun 2000an, dengan pemilihan Sistem Tempur Aegis sebagai sistem tempur dan ASC Pty Ltd (ASC) sebagai kontraktor pembinaan kapal utama pada tahun 2005. Pada akhir tahun 2005, AWD Alliance telah ditubuhkan sebagai sebuah konsortium yang terdiri daripadao Defence Materiel Organisation (DMO), ASC, dan Raytheon. Antara tahun 2005 and 2007, konsep pembinasa kelas-Arleigh Burke Evolved oleh Gibbs & Cox dan frigat kelas-Álvaro de Bazán oleh Navantia telah bersaing dalam pemilihan untuk merekabentuk AWD. Meskipun rekabentuk Arleigh Burke adalah lebih besar dan berupaya, rekabentuk Álvaro de Bazán telah terpilih pada bulan Jun 2007 di sebabkan rekabentuk telah sedia ada, dan lebih murah serta, cepat dan kurang berisiko untuk dibina.
Tiga buah kapal telah dipesan pada bulan Oktober 2007, dan dihimpunkan di kemudahan milik ASC di Osborne, Australia Selatan, berdasarkan 31 modul pra-fabrikasi (atau 'blok'). Satu pilihan untuk membina pembinasa keempat telah dimasukkan di dalam kontrak asal, tetapi tidak digunakan. ASC, NQEA Australia, dan Forgacs Group telah dipilih pada bulan Mei 2009 untuk membina blok-blok tetapi dalam masa dua bulan, NQEA telah digantikan dengan BAE Systems Australia. Kesilapan pembinaan dan kelewatan mengakibatkan AWD Alliance mengagihkan semula kerja-kerja pembinaan pada tahun 2011, dengan beberapa modul akan dibina oleh Navantia. Peningkatan kelewatan menolak tarikh pentauliahan asal pada 2014-2016 sekurang-kurangnya tiga tahun, di mana kapal pertama Hobart akan diap menjelang bulan Jun 2017, Brisbane pada September 2018, dan Sydney menjelang Mac 2020. AWD Alliance, Navantia, dan limbungan-limbungan kapal yang terlibat telah dikritik kerana silap menganggarkan risiko, kos dan tempoh masa; kesalahan lukisan dan amalan pembinaan buruk mengakibatkan kesilapan pembuatan yang berulang-ulang; dan menyalahkan pihak lain. Konsep aliansi dicela kerana tiada struktur pengurusan atau entiti bertanggungjawab yang jelas, di mana pihak DMO juga bertindak sebagai pembekal, rakan pembinaan dan pelanggan bagi kapal pembinasa pada masa yang sama .[perlu rujukan]
Kapal-kapal dalam kelas
Nama | No. Pennant | Pembina | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Status |
---|---|---|---|---|---|---|
Hobart | D39 | ASC Pty Ltd, Osborne | 6 September 2012 | 23 Mei 2015 | 23 September 2017 | Aktif |
Brisbane | D41 | 3 Februari 2014 | 15 Disember 2016 | 27 Oktober 2018 | Aktif | |
Sydney | D42 | 19 November 2015 | 19 Mei 2018 | 18 Mei 2020 | Aktif |
Lihat juga
Petikan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaoriginalcost
- ^ "Control of troubled warship project to go to tender as costs hit $9b". 22 May 2015.
- ^ https://www.anao.gov.au/sites/default/files/Auditor-General_Report_2020-21_19.pdf
- ^ "The Hobart Class Air Warfare Destroyer: Welcome to the fleet" (PDF). lockheedmartin.com. Dicapai pada 4 March 2017.
Rujukan
- Artikel jurnal
- Andrew, Gordon (September 2010). "AWD, Hobart, MFU or DDGH – What's in a name?". Semaphore. 2010 (7). Dicapai pada 22 May 2015.
- Brown, Nick (28 June 2007). "Spanish designs are Australia's choice for warship programmes". International Defence Review.
- Grevatt, Jon (30 June 2009). "NQEA loses block-building deal for Australian destroyers". Jane's Navy International.
- Grevatt, Jon (26 October 2010). "AWD Alliance admits destroyer contract hit by construction 'difficulties'". Jane's Defence Industry.
- Gulber, Abraham (October 2009). "Growth in Strength: The Hobart class AWD". The Navy. 71 (4): 4–8.
- Kerr, Julian (25 September 2008). "Australia seeks to extend AWD options". Jane's Defence Weekly.
- Pengelley, Rupert (26 September 2011). "Aussie rules: air warfare destroyers push boundaries". Jane's Navy International.
- Shackleton, David (February 2007). "Choices and consequences: choosing the AWD design". Australian Defence Magazine: 20–24.
- "Time to bring back the Pride". The Navy. 69 (4): 2. October 2007.
- Thornhill, Roger (October 2006). "The Case for the Fourth Air Warfare Destroyer". The Navy. 68 (4): 9–14.
- Thornhill, Roger (July 2009). "Force 2030: The Defence White Paper". The Navy. 71 (3): 8–13.
- Artikel baharu
- Australian Associated Press (22 November 2006). "Ballistic missile system 'moving closer'". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 16 December 2011.
- Australian Associated Press (3 February 2014). "Adelaide keel ceremony for destroyer". Ninemsn. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2014. Dicapai pada 7 February 2014.
- Cullen, Simon (6 September 2012). "Work on $8bn destroyer fleet delayed". Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 8 September 2012.
- Greene, Andrew (9 May 2015). "Companies building multi-billion-dollar warships feared defects would damage their reputations, leaked documents show". Radio National. Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 22 May 2015.
- Kerin, John (3 December 2012). "Fourth destroyer still an option: Smith". The Australian Financial Review. Dicapai pada 22 May 2015.
- McPhedran, Ian (6 March 2014). "Navy warships project heading for cost blowout". News.com.au. News Corp Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2015. Dicapai pada 22 May 2015.
- McPhedran, Ian (3 May 2015). "Destroyer project now three years behind schedule". News.com.au. News Corp Australia. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 November 2015. Dicapai pada 22 May 2015.
- "HMAS Hobart construction costs overrun by $870m, says AWD Alliance". Naval-technology.com. Kable. 15 October 2015. Dicapai pada 22 October 2015.
- "Air Warfare Destroyer project: HMAS Hobart launched, SA Premier calls on Government to trust workers with next generation submarines". Radio Australia. Australian Broadcasting Corporation. 23 May 2015. Dicapai pada 23 May 2015.
- "Changes to Air Warfare Destroyer Construction Program". News and Events. Royal Australian Navy. 26 May 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 June 2011. Dicapai pada 7 June 2011.
- Sheridan, Greg (22 May 2015). "Warships cost blows out to $9bn". The Australian. Dicapai pada 22 May 2015.
- Starick, Paul (21 May 2015). "First look aboard Adelaide-built air warfare destroyer, the Hobart". News.com.au. News Corp Australia. Dicapai pada 22 May 2015.
- Stewart, Cameron (26 October 2010). "$8bn navy flagship founders after construction bungle". The Australian. m/s. 1–2. Dicapai pada 6 December 2011.
- Stewart, Cameron (27 May 2011). "Overdue and over budget: $8bn destroyer plan in crisis". The Australian. Dicapai pada 6 December 2011.
- Stewart, Cameron (31 May 2011). "BAE shipyard to blame for destroyer delays: Defence". The Australian. m/s. 6.
- Walters, Patrick (13 March 2007). "Navy wants upgrade capacity for destroyers". The Australian. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 December 2008. Dicapai pada 16 December 2011.
- Kenyataan akhbar
- "Preferred designer chosen for AWD contract" (Siaran akhbar). Department of Defence. 16 August 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 May 2011. Dicapai pada 6 December 2011.
- "Next generation of naval ships to reflect a rich history of service" (Siaran akhbar). Department of Defence. 20 January 2006. Dicapai pada 30 September 2010.
- "Air Warfare Destroyer added to Projects of Concern list" (Siaran akhbar). Department of Defence Ministers. 4 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 June 2015. Dicapai pada 22 May 2015.
- Tapak sesawang
- "Project Overview". Air Warfare Destroyer Alliance. Dicapai pada 16 December 2011.
- "The Hobart Class – Characteristics". Air Warfare Destroyer Alliance. Dicapai pada 16 December 2011.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pembinasa kelas Hobart |