Gabungan diesel atau gas (CODOG) adalah satu jenis sistem pendorongan marin untuk kapal yang memerlukan halaju maksima yang lebih tinggi daripada halaju krusnya, terutamanya pada kapal perang moden seperti frigat dan korvet.
Sistem
Gabungan pendorongan marin |
---|
Untuk setiap aci bebaling, terdapat sebuah enjin diesel untuk halaju krus dan sebuah turbin gas bergiar untuk kegunaan halaju tinggi. Kedua-duanya dihubungkan ke aci melalui klac; hanya satu sistem yang memacu kapal pada suatu masa, berlawanan dengan sistem gabungan diesel dan gas (CODAG) yang mana menggunakan kedua-dua gabungan kuasa output.[1] Kelebihan CODOG adalah sistem giar yang lebih ringkas berbanding CODAG, tetapi memerlukan sama ada lebih kuasa atau turbin gas tambahan untuk menghasilkan kuasa output maksima yang setara. Keburukannya pula adalah penggunaan bahan api pada halaju tinggi yang lebih rendah berbanding dengan CODAG.
Kapal-kapal yang menggunakan CODOG
- MGB 2009, sebuah Motor Gun Boat yang diubahsuai dalam armada Royal Navy (1947)
- Dua buah bot torpedo Jerman, Pfeil dan Strahl (kelas Vosper, 1963-65)
- Bot bermeriam kelas-Asheville dalam Tentera Laut AS (dibina pada 1966-1971)
- Cutter kelas-Hamilton dalam Pengawal Pantai AS (bermula pada 1967)
- Frigat kelas-Halifax dalam Tentera Laut Diraja Kanada
- Frigat kelas-Bremen,
- Frigat kelas-Brandenburg dalam Tentera Laut Jerman
- Frigat kelas-Gregorio del Pilar dalam Tentera Laut Filipina
- Frigat kelas-Anzac dalam Tentera Laut Diraja Australia dan Tentera Laut Diraja New Zealand
- Frigat dan korvet kelas MEKO lain
- Frigat kelas-Peder Skram dalam Tentera Laut Diraja Denmark
- Korvet kelas-Pohang dalam Tentera Laut Korea Selatan
- Korvet kelas-Visby dalam Tentera Laut Sweden
- Frigat kelas-Shivalik dalam Tentera Laut India
- Frigat kelas-Niterói dalam Tentera Laut Brazil
- BNS Bangabandhu dalam Tentera Laut Bangladesh
- Frigat kelas Gepard dalam tentera laut Rusia dan Vietnam
- 118 WallyPower, kapal layar mewah
- Pembinasa Type 052D dalam Tentera Laut China
Petikan
- ^ Friedman, p. 206
Bibliografi
- Friedman, Norman (1993). "Propulsion". Dalam Gardiner, Robert & Friedman, Norman (penyunting). Navies in the Nuclear Age. London: Conway Maritime Press. m/s. 199–210. ISBN 1-55750-613-2.