
Pedimen ialah satu bentuk tebeng layar dalam seni bina klasik, biasanya berbentuk segi tiga. Pedimen diletakkan di atas bahagian mendatar kornis (birai hias), atau entablatur kalau disokong dengan tiang.[1] Dalam seni bina purba, pedimen segi tiga yang lebar dan rendah (sudut sisi 12.5° ke 16°) biasa membentuk elemen teratas dalam serambi anjung kuil Yunani, stail yang terus digunakan dalam kuil-kuil Rom. Namun pedimen yang besar jarang didapati pada jenis-jenis binaan lain sebelum seni bina Renaissance.[2] Untuk reka bentuk bersimetri, ia memberikan titik pusat dan sering digunakan untuk menambahkan kemegahan pada pintu masuk.

Kornis mengelilingi bahagian atas dan bawah pedimen; bahagian senget biasanya dipanggil "kornis sadak".[4] Bahagian segi tiga di dalam pedimen dipanggil timpanum dan biasanya dihiaskan dengan arca yang berdiri sendiri atau sebagai ukiran timbul.[5] Timpanum juga boleh diletakkan inskripsi, atau pada zaman moden, sebuah jam.
Bentuk-bentuk utama pedimen ialah pedimen "bersegmen", "melengkung", atau "gerbang". Dalam pedimen "bersegmen", segi tiga garis lurus di atas digantikan dengan lengkungan yang nampak seperti segmen bulatan. Pedimen patah mempunyai tempat kosong pada titik tertinggi kornis.[6] Pedimen terbuka mempunyai tempat kosong di kornis di sepanjang tapanya. Kedua-dua pedimen segi tiga dan bersegmen juga boleh ada versi yang "patah" dan "terbuka".[7]
Pedimen boleh dilihat di bangunan Yunani purba bermula dari sekitar 580 SM, seperti di Kuil Artemis di Corfu dari zaman arkaik, mungkin antara yang pertama memilikinya.[8] Pedimen menjadi popular semula semasa zaman Renaissance dan banyak digunakan dalam pelbagai gaya seni bina seperti Barok, Neoklasik, dan Beaux-Arts, yang menykai reka bentuk bersegmen.[9]
Nota
- ^ Summerson, 130
- ^ Summerson, 28
- ^ Luebke, Wilhelm (1 January 1878). History of Sculpture from the Earliest Ages to the Present Time: Tr. by F.E. Bunnètt, Volume 2. Smith. m/s. 468. Dicapai pada 11 September 2021.
- ^ Or "slanting cornice" by Lawrence, xxx & xxxi
- ^ Sturgis, Russell (1896). European Architecture: A Historical Study (dalam bahasa Inggeris). The New York Public Library: Macmillan. m/s. 3, 558.
- ^ Summerson, 130
- ^ Summerson, 130
- ^ Lawrence, 113-114
- ^ Chisholm (1911).
Rujukan
- Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 21 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 37. .
- Furman, Adam Nathaniel , "Seven broken pediments", 14 Julai 2014, blog The RIBA Journal
- Hopkins, Owen (2014). Architectural Styles: A Visual Guide (dalam bahasa Inggeris). Laurence King. ISBN 978-178067-163-5.
- Lawrence, A. W., Greek Architecture, 1957, Penguin, Pelican history of art
- Lewis, Philippa; dll. (1986), Dictionary of Ornament, New York: Pantheon.
- Summerson, John, The Classical Language of Architecture, edisi 1980, siri World of Art Thames and Hudson, ISBN 0500201773
- Yarwood, Doreen, The Architecture of Europe, 1987 (eds. pertama. 1974), Spring Books, ISBN 0600554309