Pasukan udara tentera laut atau penerbangan tentera laut ialah aplikasi kuasa udara tentera oleh tentera laut, samada dari kapal perang yang melancarkan kapal terbang, atau pangkalan darat.
Sebaliknya, penerbangan maritim ialah operasi pesawat dalam peranan maritim, dibawah pemerintahan bukan tentera laut seperti tentera udara (contohnya bekas Pasukan Pantai RAF) atau pengawal pantai. Melainkan Pengawal Pantai Amerika Syarikat, yang dianggap sebahagian daripada penerbangan tentera laut A.S. Di samping itu, Kor Marin Amerika Syarikat ialah sebahagian daripada Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dan salah satu pasukan lautnya, pasukan pesawat dan anggota penerbangan juga dianggap sebahagian daripada penerbangan tentera laut A.S., samada berpangkalan di laut atau di darat.
Pasukan udara tentera laut biasanya digerakkan ke posisi yang berdekatan sasaran dengan menggunakan kapal pengangkut pesawat (kapal induk). Pesawat atas kapal induk mesti cukup kuat untuk bertahan daripada permintaan operasi kapal induk. Pesawat mesti berupaya untuk dilancarkan pada jarak yang singkat dan cukup kuat dan fleksibel untuk berhenti secara tiba-tiba di atas dek landasan yang tidak stabil; pesawat biasanya mempunyai mekanisme kepak lipat yang membolehkan banyak pesawat disimpan di hangar bawah dek dan ruang kecil di atas dek landasan. Pesawat ini direka pelbagai guna, termasuk pertempuran udara ke udara, serangan permukaan laut, serangan kapal selam, mencari dan menyelamat, pengangkut material, peninjau cuaca, rekonaisans dan markas kawasan luas dan kawalan tugas.
Peranan
Pasukan udara tentera laut melaksanakan sepenuhnya peranan ketenteraan di laut. Bagaimanapun, mereka juga digunakan untuk tugas-tugas lain yang berbeza-beza mengikut negara. Peranan yang sama untuk pasukan itu termasuklah:
Peluncuran strategik
Penerbangan tentera laut yang berpangkalan di atas kapal induk menyediakan sebuah pasukan pelayaran di laut bersama perlindungan udara ke atas kawasan yang tidak dicapai oleh pesawat yang berpangkalan di darat, memberikan mereka kelebihan besar ke atas tentera-tentera laut yang terdiri daripada kapal perang permukaan.
Bagi Tentera Laut Amerika semasa dan selepas Perang Dingin, arahan sebenar laut membolehkannya menggerakkan kapal induk dan meluncurkan kuasa udara ke mana-mana saja di dunia. Apabila beroperasi di perairan antarabangsa, kapal-kapal induk A.S. tidak perlu menggunakan pangkalan udara konvensional atau hak ruang udara, kerana dari segi politik kedua-duanya sukar di pohon.
Peperangan anti-kapal selam
Semasa Perang Dingin, tentera-tentera laut NATO berdepan dengan ancaman besar dari angkatan kapal selam Soviet, khususnya simbol pengelasan badan kapal selam Tentera Laut Soviet dan aset-aset kapal selam peluru berpandu krus. Ini menyebabkan pembangunan dan penggunaan kapal induk ringan bersama keupayaan utama peperangan anti-kapal selam (ASW) oleh tentera laut Eropah NATO. Salah satu senjata yang paling berkesan terhadap kapal selam ialah helikopter ASW, beberapa darinya boleh ditempatkan di atas kapal ringan ini. Kapal induk jenis ini mempunyai berat sesaran 20,000 tan dan membawa sejumlah helikopter ASW dan BAE Sea Harrier atau pesawat V/STOL Harrier II. Pesawat peronda maritim yang berpangkalan di darat juga berguna dalam peranan ini, kerana mereka boleh beroperasi secara bebas daripada kapal induk.
Peperangan anti-permukaan
Pesawat yang dikendalikan oleh tentera laut juga digunakan dalam peranan peperangan anti-permukaan (ASUW atau ASuW), untuk menyerang kapal musuh dan kapal perang yang lain. Ini biasanya menggunakan pelancaran udara peluru berpandu anti-kapal.
Peperangan amfibia
Penerbangan tentera laut juga digunakan sebagai sebahagian daripada peperangan amfibia. Pesawat atas kapal menyediakan bantuan kepada askar marin dan pasukan lain yang melaksanakan pendaratan amfibia. Pesawat atas kapal juga boleh digunakan untuk membantu pasukan amfibia setelah mereka naik ke darat.
Peronda maritim
Pesawat tentera digunakan untuk pelbagai misi rondaan maritim, seperti rekonaisans, mencari dan menyelamat, dan penguatkuasaan undang-undang maritim.
Pertambahan vertikal
Pertambahan vertikal, atau vertical replenishment (VERTREP) ialah satu kaedah membekalkan kapal-kapal tentera di laut, melalui helikopter. Ia bermaksud memindahkan kargo dan bekalan dari kapal bekalan ke dek landasan kapal tentera yang lain, menggunakan helikopter tentera laut.
Bantuan bencana
Pesawat tentera laut digunakan untuk mengangkut bekalan, memasukkan anggota khusus (contohnya kakitangan perubatan, pekerja bantuan), dan memindahkan orang dalam kesusahan selepas kejadian bencana alam. Pesawat tentera laut adalah penting dalam kes-kes dimana infrastruktur tradisi yang memberi bantuan telah dimusnahkan atau dilemahkan oleh bencana, seperti lapangan terbang sesebuah kawasan musnah atau penuh sesak dan sesebuah kawasan yang tidak boleh di akses melalui jalan raya atau helikopter. Keupayaan kapal untuk menyediakan air bersih yang boleh di angkut oleh helikopter ke kawasan-kawasan terjejas juga amat penting. Pesawat tentera laut memainkan peranan penting dalam menyediakan bantuan ekoran daripada gempa bumi Haiti 2010 dan Taufan Haiyan.
Cawangan udara tentera laut
Pasukan udara tentera laut semasa
- Divisyen Udara Tentera Laut Diraja Thailand (Tentera Laut Diraja Thailand)
- Air Wing Six (Tentera Laut Republik Korea)
- Pasukan Udara Tentera Laut Argentina (Tentera Laut Argentina)
- Pasukan Udara Tentera Laut Brazil (Tentera Laut Brazil)
- Pasukan Udara Tentera Laut Chile (Tentera Laut Chile)
- Pasukan Udara Armada (RAN) (Tentera Laut Diraja Australia)
- Pasukan Udara Armada (Tentera Laut Diraja)
- Pasukan Udara Tentera Laut Perancis (Tentera Laut Perancis)
- Pasukan Udara Tentera Laut India (Tentera Laut India)
- Pasukan Udara Tentera Laut Republik Islam Iran (Tentera Laut Iran)
- Marineflieger (Tentera Laut Jerman)
- Pasukan Udara Tentera Laut Mexico (Tentera Laut Mexico)
- Pasukan Udara Tentera Laut Pakistan (Tentera Laut Pakistan)
- Pasukan Udara Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat (Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat)
- Pasukan Udara Tentera Laut Peru (Tentera Laut Peru)
- Pasukan Udara Tentera Laut Poland (Tentera Laut Poland)
- Pasukan Udara Tentera Laut Republik China (Tentera Laut Republik China)
- Pasukan Udara Tentera Laut Rusia (Tentera Laut Rusia)
- Pasukan Udara Tentera Laut Turki (Tentera Laut Turki)
- Kor Udara Marin Amerika Syarikat (Kor Marin AS)
- Angkatan Udara Tentera Laut Amerika Syarikat (Tentera Laut AS)
- Pasukan Udara Pengawal Pantai Amerika Syarikat (Pengawal Pantai AS)
Semenjak tahun 1975 pasukan udara Tentera Laut Diraja Kanada dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Kanada.
Bekas pasukan udara tentera laut
- Perkhidmatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun (Tentera Laut Imperial Jepun)
- Pasukan Udara Tentera Laut Soviet (Tentera Laut Soviet)
Lihat juga
- Peperangan udara
- Pasukan udara tentera darat
- Penerbangan tentera
- Modern United States Navy carrier air operations
Rujukan
Bacaan lanjut
- Grosnick, Roy A. United States Naval Aviation 1910 - 1995 (4th ed. 1997) partly online. Full text (775 pages) public domain edition is also available online.
- Ireland, Bernard. The History of Aircraft Carriers: An authoritative guide to 100 years of aircraft carrier development (2008)
- Polmar, Norman. Aircraft carriers;: A graphic history of carrier aviation and its influence on world events (1969)
- Polmar, Norman. Aircraft Carriers: A History of Carrier Aviation and Its Influence on World Events (2nd ed. 2 vol 2006)
- Polmar, Norman, ed. Historic Naval Aircraft: The Best of "Naval History" Magazine (2004)
- Smith, Douglas, V. One Hundred Years of U.S. Navy Air Power (2010)
- Trimble, William F. Hero of the Air: Glenn Curtiss and the Birth of Naval Aviation (2010)
Perang Dunia II
- King, Dan, ed. The Last Zero Fighter: Firsthand Accounts from WWII Japanese Naval Pilots (2012) excerpt and text search
- Lundstrom, John B. The First Team: Pacific Air Combat from Pearl Harbor to Midway (2005) excerpt and text search
- Reynolds, Clark G., The fast carriers: the forging of an air navy (3rd ed. 1992)
- Reynolds, Clark G. On the Warpath in the Pacific: Admiral Jocko Clark and the Fast Carriers (2005) excerpt and text search
- Symonds, Craig L. The Battle of Midway (2011) excerpt and text search
- Tillman, Barrett. Enterprise: America's Fightingest Ship and the Men Who Helped Win World War II (2012) excerpt and text search
Pautan luar
Kategori berkenaan Pasukan udara tentera laut di Wikimedia Commons
- United States Naval Aviation 1910-1995 - A comprehensive history from the U.S. Naval Historical Center