Taufan (skala JMA) | |
---|---|
Taufan kategori 5 super (SSHWS) | |
Terbentuk | 03 November 2013 |
Reda | 11 November 2013 |
Angin terkuat | 10 minit berterusan: 230 km/j (145 bpj) 1 minit berterusan: 315 km/j (195 bpj) |
Tekanan terendah | 895 hPa (mbar); 26.43 inHg |
Kematian | Ribuan |
Kerosakan | $6.8 juta (2013 USD) (Jumlah awal) |
Kawasan terjejas | Chuuk, Yap, Palau, Filipina, Vietnam, China selatan, Taiwan |
Sebahagian daripada Musim taufan Pasifik 2013 |
Taufan Haiyan (Bahasa Cina: 海燕 ; secara harfiahnya "petrel")[1] yang melanda pada November 2013, dikenali di Filipina sebagai Taufan Yolanda, ialah salah satu siklon tropika terkuat yang pernah direkodkan. Ribut bernama ke-30, taufan ke-13, dan super-taufan ke-5 musim taufan Pasifik 2013, Haiyan bermula sebagai suatu kawasan tekanan rendah di timur-tenggara Pohnpei di barat Lautan Pasifik pada 2 November. Bergerak secara umumnya ke barat, lekukan ini semakin berkembang dengan sekitaran ricihan angin ringan dan suhu permukaan laut hangat, menjadi lekukan tropika awal keesokan harinya. Selepas menjadi ribut tropika dan mendapat nama Haiyan pada 0000 UTC 4 November, sistem ini mula bertambah kuat dengan pantas hingga mencapai keamatan taufan pada 1800 UTC 5 November. Dengan pengembangan dan perendahan mendung tebal pusat dan mata jelas dapat dilihat oleh satelit, Pusat Amaran Taufan Bersama (JTWC) menaik taraf Haiyan ke taufan super—iaitu taufan di mana angin berterusan maksimum mencapai atau melebihi 240 km/j (150 bsj)—pada awal 6 November. Selepas memasuki kawasan bidang kuasa PAGASA, JTWC menaik taraf lagi Haiyan kepada setara Kategori 5 pada Skala Taufan Saffir-Simpson.
Dicetuskan oleh rabung subtropika di utara siklon, mata Haiyan melintasi di belah utara Palau, di mana kerosakan angin besar terjadi. Selepas itu, ia terus memuncak; pada 1200 UTC 7 November, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) menaikkan angin berterusan 10-minit maksimum ribut ini ke 235 km/j (145 bsj). Pada 1800 UTC pula, JTWC menganggarkan angin berterus 1-minit sistem ini ialah 315 km/j (195 bsj), secara tidak rasmi menjadikan Haiyan siklon tropika keempat paling kuat pernah diperhatikan. Beberapa jam kemudian, mata siklon bertemu daratan Filipina buat kali pertama di Guiuan, Samar Timur, tanpa sebarang perubahan kekuatan; sekiranya disahkan, ini akan menjadikan Haiyan siklon tropika terkuat pernah bertemu daratan dalam rekod sejarah, mengatasi rekod lama 305 km/j (190 bsj) oleh Hurikan Camille pada 1969. Pada 8 November, siklon ini memasuki Laut China Selatan dan diturunkan taraf ke taufan Kategori 4 oleh JTWC. Bacaan menunjukkan Taufan Haiyan terus turun ke Kategori 3 semasa ia merentasi Laut China Selatan, dengan tiupan kencang sehingga 210 km/j (130 mph) dan angin berterusan 1-minit sehingga 190 km/j (120 mph).
Siklon ini menyebabkan kerosakan di Filipina, terutamanya di Pulau Samar dan Leyte, di mana gabenornya menganggarkan 10,000 nyawa telah hilang di bandar Tacloban sahaja.[2] Yang pasti, sekurang-kurangnya 1,200 orang telah disahkan terbunuh.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 'Off The Charts' Super Typhoon Haiyan Hits Philippines National Public Radio, 2013-11-07. Petikan: "The name Haiyan comes from China, where the word means "petrel" (the seabird)."
- ^ Horror stories as 10,000 feared dead in Typhoon Haiyan USA Today. 10 November 2013.
- ^ "Typhoon Haiyan death toll in Philippines estimated at 1,200". TheGuardian. 9 Nov 2013.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Taufan Haiyan |
- Tropical Cyclone Information of TY 1330 (Haiyan) oleh JMA
- Tropical Cyclone Information oleh JTWC
- General information of Typhoon 201330 (Haiyan) oleh Digital Typhoon
- Super Typhoon Haiyan oleh Blog Satelit CIMSS
- Animated sequence Diarkibkan 2013-11-09 di Wayback Machine oleh Balai Cerap Hong Kong