P.O.P | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | P.R.Inc |
Kelahiran | 19 Mei 1987 ![]() |
Genre | Pop, soul, RnB |
Tahun aktif | 2006 ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
P.O.P, singkatan bagi Prince of Pop ialah sebuah boyband Malaysia yang terdiri daripada empat orang anggota. Kumpulan ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan nama Triple Prince, kemudian menukar nama kepada Da'PrinZ pada tahun 2007.
Sejarah
P.O.P bermula pada tahun 2006 dengan dua buah kumpulan berlainan yang bergabung untuk menyertai sebuah rancangan realiti iaitu Gang Starz dan menggelarkan diri mereka sebagai Triple Prince. Setelah gagal dalam percubaan pertama, mereka kembali ke rancangan tersebut dengan nama baru; Da'PrinZ untuk mencuba nasib buat kali kedua pada tahun 2007. Dengan nama Da'PrinZ, mereka telah merakamkan EP berbahasa Dusun berjudul Ada Hiivai Dandi Toh Nung Noilaan Ku dan aktif mengadakan persembahan dari daerah ke daerah di sekitar Sabah.
Pada tahun 2010, mereka telah dilamar oleh Cat Farish yang menemui mereka menerusi YouTube. Single pertama mereka telah digunakan dalam runut bunyi drama Seribu Kali Cinta yang disiarkan dalam slot Akasia TV3. Cat Farish telah menukar nama mereka kepada P.R.Inc dan kemudian kepada P.O.P, nama yang digunakan sekarang.
Dalam tahun 2011, 8 April, mereka telah membuat debut dalam rancangan Malaysia Hari Ini sebagai tetamu rancangan TV3 tersebut.
Anggota
- Allen Max Ambrose Mudi lahir pada Tambunan, Sabah. 19 Mei 1987 . Dia lebih dikenali sebagai "Aye". Dia berasal dari
- Benny Francis Kimong lahir pada 20 April 1993 . Dia lebih dikenali sebagai "Benn". Dia juga berasal dari Tambunan dan merupakan anggota P.O.P yang termuda.
- Ag. Sri Iskandar Bahrin lahir pada Beaufort, Sabah. 22 November 1987 . Dia lebih dikenali sebagai "Aegy". Dia berasal dari
- Malvin Kalbin lahir pada Beluran, Sabah. 3 Disember 1983 . Dia lebih dikenali sebagai "Vin". Dia berasal dari
Diskografi
EP
- Ada Hiivai Dandi Toh & Nung Noilaan Ku (lagu berbahasa Dusun)
Single
- "Aku" - semasa menggunakan nama Da'PrinZ
- "Buku Baru" - Runut bunyi bagi Seribu Kali Cinta
- "Main Jauh-jauh"
- "Siapa Aku Tanpamu"
Pautan luar
- Profil P.O.P di Budiey.com
- P.R.Inc (Prince): Ini Baru Betul-Betul M-Pop Diarkibkan 2011-11-10 di Wayback Machine