Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries, dikenali juga sebagai OPEC) adalah sebuah pertubuhan antarakerajaan yang ditubuhkan pada 1960 di Baghdad oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi, dan Venezuela; dan kemudiannnya beribu pejabat sejak 1965 di Vienna, Austria.
Halatuju prinsip pertubuhan tersebut menurut Statut pertubuhan ini adalah koordinasi dan penyatuan polisi-polisi ahli dan penilai terbaik untuk mengawal kepentingan mereka secara individu dan berkumpulan; mencipta cara-cara dan makna untuk memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan untuk memusnahkan turun-naik yang tidak menentu dan sebagai keperluan untuk menyelamatkan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar; satu penyalur yang biasa, ekonomik dan efisyen kepada negara-negara pengguna, dan satu pemulangan yang adil terhadap modal mereka kepada sesiapa yang melabur di dalam industri petroleum.."1
Keahlian
Kini, pertubuhan ini mempunyai 14 negara keahlian. Mereka terdiri daripada penyenaraian berikut mengikut tarikh daftar keahlian yang rasmi masing-masing. Bahasa rasmi yang efektif digunakan bagi majoriti 7 negara keahlian OPEC iaitu bahasa Arab, bahasa rasmi OPEC ialah bahasa Inggeris. OPEC bermula dengan 5 negara asas, tetapi terdapat penambahan 9 keahlian yang terkemudiannya.
Negara | Kawasan | Tahun Keahlian | Populasi (anggaran 2015)[3] |
Kawasan (km2)[4] |
Penghasilan Minyak (bbl/hari, 2016)[A][5] |
Simpanan Sah (bbl, 2016)[A][6] |
---|---|---|---|---|---|---|
Algeria | Afrika Utara | 1969– | 39,542,166 | 2,381,740 | 1,348,361 | 12,200,000,000 |
Angola | Afrika Barat | 2007– | 19,625,353 | 1,246,700 | 1,769,615 | 8,423,000,000 |
Arab Saudi | Timur Tengah | 1960[B]– | 27,752,316 | 2,149,690 | 10,460,710 | 266,578,000,000 |
Ecuador | Amerika | 1973–1992, 2007– | 15,868,396 | 283,560 | 548,421 | 8,273,000,000 |
Emiriah Arab Bersatu | Timur Tengah | 1967[C]– | 5,779,760 | 83,600 | 3,106,077 | 97,800,000,000 |
Gabon | Afrika Barat | 1975–1995, 2016– | 1,705,336 | 267,667 | 210,820 | 2,000,000,000 |
Guinea Khatulistiwa | Afrika Barat | 2017– | 740,743 | 28,051 | 227,000 | 1,100,000,000 |
Iran | Timur Tengah | 1960[B]– | 81,824,270 | 1,648,000 | 3,990,956 | 157,530,000,000 |
Iraq | Timur Tengah | 1960[B]– | 37,056,169 | 437,072 | 4,451,516 | 143,069,000,000 |
Kuwait | Timur Tengah | 1960[B]– | 2,788,534 | 17,820 | 2,923,825 | 101,500,000,000 |
Libya | Afrika Utara | 1962– | 6,411,776 | 1,759,540 | 384,686 | 48,363,000,000 |
Nigeria | Afrika Barat | 1971– | 181,562,056 | 923,768 | 1,999,885 | 37,070,000,000 |
Qatar | Timur Tengah | 1961– | 2,194,817 | 11,437 | 1,522,902 | 25,244,000,000 |
Venezuela | Amerika | 1960[B]– | 29,275,460 | 912,050 | 2,276,967 | 299,953,000,000 |
Jumlah OPEC | 452,127,152 | 12,150,695 | 35,221,740 | 1,209,103,000,000 | ||
Jumlah Dunia | 7,256,490,011 | 510,072,000 | 80,622,287 | 1,650,585,000,000 | ||
Peratusan OPEC | 6% | 2% | 44% | 73% |
- ^ a b Satu balang petroleum (bbl) ialah kira-kira 42 galon Amerika atau 159 liter, or 0.159 m3, berbeza-beza mengikut suhu. Sebagai perbandingan, sebuah kapal tangki besar menampung sebanyak 2,000,000 balang (320,000 m3) minyak,[7] dan kadar penghasilan minyak dunia mengambil masa kira-kira 56 tahun untuk menghabiskan simpanan minyak semasa dunia.
- ^ a b c d e Lima negara ahli pengasas ini menghadiri persidangan OPEC pertama pada September 1960.
- ^ E.A.B ditubuhkan pada Disember 1971. Keahlian OPEC negara ini datangnya daripada keahlian Emiriah Abu Dhabi.
- Bekas ahli
- Gabon (keahlian penuh dari 1975 hingga 1995)
- Indonesia (keahlian penuh dari Disember 1962 - Mei 2008)
- Bakal ahli
- Bolivia, Sudan dan Syria telah dijemput oleh OPEC untuk menyertai pertubuhan ini.[8]
- Brazil kini berhasrat membentuk keahlian berikutan dalam pencarian minyak di kawasan Atlantik.[9]
Sejarah
OPEC terdiri daripada 11 negara termasuk tujuh negara-negara Arab tetapi juga negara-negara pengeksport terbesar di negara-negara membangun seperti Iran dan Venezuela. Ia telah ditubuhkan pada 17 September 1960 untuk membantah tekanan daripada syarikat-syarikat gergasi minyak (kebanyakan dimiliki warga A.S., Britain dan Belanda) untuk mengurangkan harga minyak dan pembayaran-pembayaran kepada para pengeluar. Pada mulanya pertubuhan ini beroperasi sebagai satu unit tawar-menawar bagi jualan oleh negara-negara Dunia Ketiga. Ia mengekangkan aktiviti-aktivitinya kepada mendapatkan satu bahagian yang lebih besar keuntungan-keuntungan yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat minyak Barat dan pengawalan yang lebih besar terhadap aras-aras penghasilan. Bagaimanapun, dalam awal 1970-an ia mula untuk menunjukkan kekuatannya.
Perang Yom Kippur
Kesinambungan konflik Arab-Israel akhirnya mencetuskan satu tindak balas yang menukarkan OPEC daripada satu pakatan biasa menjadi sesuatu kuasa kuat politik. Selepas Perang Enam Hari 1967, ahli-ahli OPEC Arab membentuk satu kumpulan bertindak yang berasingan iaitu Organisasi Negara-negara Pengeluar/Pengeksport Petroleum Arab, untuk tujuan memusatkan polisi dan menguatkan tekanan terhadap Barat kerana sokongannya terhadap Israel. Meskipun Mesir dan Syria bukan negara-negara pengeksport minyak, negara-negara ini menyertai kumpulan berkenaan untuk menguatkan objektif pertubuhan ini. Perang Yom Kippur 1973 meningkatkan lagi pandangan orang-orang Arab tersebut. Dunia Arab mengenakan sekatan minyak 1973 terhadap Amerika Syarikat, Eropah Barat, dan Jepun atas kemarahan negara-negara kawasan ini terhadap usaha-usaha membekalkan kembali minyak yang membolehkan Israel mengalahkan tetera-tentera Mesir dan Syria. Para konglomerat Barat secara tiba-tiba menghadapi satu sekatan bersatu daripada negara penghasil minyak seawal 1970-an.
Operasi
Ahli negara OPEC memegang lebih kurang dua pertiga simpanan minyak dunia. Mereka menyumbang kepada 40% keluaran minyak dunia dan separuh daripada hasil eksport. Terima kasih kepada OPEC, negara-negara ahli menerima lebih daripada sepatutnya yang mereka ekspot. "Tahun lalu, 11 ahli negara OPEC . . . menerima pendapatan $338 bilion dari hasil eksport minyak, peningkatan 42% dari tahun 2003, mengikut angka-angka yang dikumpulkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga Persekutuan (New York Times, Jan. 28, 2005). Dibandingkan angka ini dengan angka dari tahun 1972, para pengeksport minyak ini menerima $23 billion dari hasil export minyak, atau tahun 1977, apabila, selepas daripada peristiwa Krisis minyak 1973, mereka menerima $140 bilion/ (Daniel Yergin, The Prize [Simon & Schuster, 1991], m/s 634).
Oleh kerana jualan minyak dunia dipelopori dalam dolar A.S, perubahan nilai matawang dolar berbanding dengan matawang dunia memberi kesan kepada keputusan kepada berapa banyak OPEC mengeluarkan minyak. Sebagai contoh, apabila dolar jatuh relatif kepada matawang lain, negara-negara OPEC menerima keuntungan yang kurang di dalam matawang lain bagi minyak mereka, menyebabkan sejumlah potongan terhadap kuasa beli mereka, kerana mereka berterusan menjual minyak di dalam dolar A.S. Selepas matawang euro dierkenalkan, Iraq membuat keputusan bahawa minyak mereka harus dibayar di dalam bentuk matawang ini menggantikan dolar A.S.
Keputusan OPEC mempunyai pengaruh yang kuat atas harga minyak antarabangsa. Sebagai contoh, ketika krisis tenaga 1973, OPEC enggan menghantar minyak ke negara-negara barat yang menyokong Israel dalam Perang Yom Kippur atau Perang Oktober, yang mana mereka menentang Mesir dan Syria. Keengganan ini menyebabkan harga minyak naik empat kali ganda dan berlarutan hingga lima bulan, bermula pada Oktober 17, 1973, dan berakhir pada 18 Mac 1974. Akhirnya, negara-negara OPEC bersetuju pada 7 Januari, 1975, untuk menaikkan hargaminyak mentah sebanyak 10%. Pada masa itu, negara-negara OPEC — termasuklah kebanyakan negara yang sudah memiliknegarakan industri minyak mereka— menyahut panggilan bagi satu tatacara ekonomi antarabangsa yang dimulakan oleh pakatan negara-negara pengeluar utama. Kesimpulan daripada Sidang Kemuncak OPEC Pertama di Algiers mereka menyeru kepada harga komoditi yang adil dan stabil, satu program makanan dan pertanian, pemindahan teknologi daripada Utara ke Selatan dan pendemokrasian sistem ekonomi .
Tidak seperti banyak kartel lain, OPEC telah berjaya meningkatkan harga minyak untuk penggunaan lanjutan. Sebahagian besar kejayaan OPEC boleh dikaitkan dengan fleksibiliti Arab Saudi. Pertubuhan ini telah bertolak ansur terhadap penipuan di pihak anggota kartel lain, dan mengurangkan pengeluaran sendiri untuk memberikan pampasan bagi anggota lain yang telah melebihi kuota pengeluaran mereka. Tindakan sebeginini memanfaatkannya dengan baik, kerana dengan kebanyakan ahli berada pada pengeluaran penuh, Arab Saudi adalah satu-satunya negara ahli dengan kapasiti lebihan serta juga mempunyai keupayaan untuk meningkatkan bekalan jika diperlukan.
Dasar ini telah berjaya menyebabkan harga minyak mentah meningkat kepada tahap yang telah pada satu masa dicapai hanya dengan produk ditapis. Walau bagaimanapun, keupayaan OPEC untuk menaikkan harga mempunyai beberapa had. Kenaikan harga minyak mengurangkan penggunaan dan boleh menyebabkan penurunan dalam pendapatan bersih. Tambahan pula, kenaikan harga panjang boleh menggalakkan perubahan sifat yang sistematik, seperti penggunaan tenaga alternatif, atau peningkatan pemuliharaan.
Di ambang Perang Teluk pada tahun 1990-91, Presiden Iraq iaitu Saddam Hussein mendokong agar OPEC menaikkan harga minyak, seterusnya membantu Iraq dan negara-negara ahli yang lain melangsaikan hutang perkhidmatan negara-negara ini. Walau bagaimanapun, pertelingkahan di antara negara-negara OPEC yang diganggu oleh Perang Iran-Iraq serta penjajahan Iraq di Kuwait menganggu keutuhan pertubuhan dalam OPEC. Harga minyak mula menurun hanya apabila risiko gangguan bekalan minyak akibat konflik-konflik ini reda.
Setelah harga minyak merudum sehingga $10 setong, concerted diplomacy, sometimes attributed to Venezuela’s president Hugo Chávez, achieved a coordinated scaling back of oil production beginning in 1998. In 2000, Chávez hosted the first summit of heads of state of OPEC in 25 years. Pada Ogos 2004, OPEC began communicating that its members had little excess pumping capacity, indicating that the cartel was losing influence over crude oil prices. Indonesia sedang mempertimbangkan semula keahliannua kerana menjadi sebuah negara pengimport minyak bersih serta tidak mmapu memenuhi kuota pengeluaran minyaknya sendiri.
Setiausaha Agung OPEC
- Fuad Rouhani (Iran): (21 Jan 1961 – 30 Apr 1964 )
- Abdul Rahman al-Bazzaz (Iraq): (1 May 1964 – 30 Apr 1965)
- Ashraf Lutfi (Kuwait): (1 May 1965 – 31 Dec 1966 )
- Muhammad Saleh Joukhdar (Saudi Arabia): (1 Jan 1967 – 31 Dec 1967)
- Francisco R. Parra (Venezuela): (1 Jan 1968 – 31 Dec 1968 )
- Elrich Sanger (Indonesia): (1 Jan 1969 – 31 Dec 1969 )
- Omar el-Badri (Libya):(1 Jan 1970 – 31 Dec 1970 )
- Nadim Pachachi (Iraq): (1 Jan 1971 – 31 Dec 1972 )
- Abderrahman Khène (Algeria): (1 Jan 1973 – 31 Dec 1974 )
- M.O. Feyide (Nigeria): (1 Jan 1975 – 31 Dec 1976 )
- Ali M. Jaidah (Qatar): (1 Jan 1977 – 31 Dec 1978 )
- René G. Ortiz (Ecuador): (1 Jan 1979 – 30 Jun 1981 )
- Marc Saturnin Nan Nguema (Gabon): (1 Jul 1981 – 30 Jun 1983 )
- Fadhil J. al-Chalabi (Iraq), (acting): (1 Jul 1983 – 30 Jun 1988)
- Subroto (Indonesia): (1 Jul 1988 – 30 Jun 1994 )
- Abdallah Salem el-Badri (Libya): (1 Jul 1994 – 31 Dec 1994 )
- Rilwanu Lukman (Nigeria): (1 Jan 1995 – 31 Dec 2000 )
- Alí Rodríguez Araque (Venezuela): (1 Jan 2001 – 30 Jun 2002 )
- Álvaro Silva Calderón (Venezuela): (1 Jul 2002 – 31 Dec 2003 )
- Purnomo Yusgiantoro (Indonesia), (acting): (1 Jan 2004 &)
- Iin Arifin Takhyan (Indonesia), (acting for Yusgiantoro): (1 Jan 2004 – Feb 2004)
- Maizar Rahman (Indonesia), (acting for Yusgiantoro): (Feb 2004 -31 Dec 2004)
- Sheikh Ahmad Fahad Al Ahmad Al Sabah (Kuwait), (acting): (1 Jan 2005 – present)
- Adnan Shihab-Eldin (Kuwait), (acting for Al Sabah): (1 Jan 2005 – present)
From 21 Jan 1961-Apr 1965 the Chairmen of the Board of Governors were also, ex-officio, the Secretary-general of the organization. The functions of Chairman of the Board of Governors and Secretary-general were separated Apr 1965.
Pengeluar minyak bukan ahli
- Lihat juga Senarai negara pengeluar minyak
Beberapa negara bukan-OPEC adalah:
- Di Eropah: Azerbaijan, Norway, Rusia dan United Kingdom.
- Di Amerika Utara: Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
- Di Timur Tengah: Oman dan Yaman.
- Di Afrika: Angola dan Guinea Khatulistiwa.
- Di Amerika Selatan: Brazil, Ecuador.
- Di Oceania: Timor Leste and Australia.
- Di Asia: Brunei dan Kazakhstan.
Rujukan
- ^ "Member Countries". OPEC. Dicapai pada 29 January 2017.
- ^ "OPEC 172nd Meeting concludes". OPEC (Siaran akhbar). 25 May 2017.
- ^ "Field Listing: Population". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 21 December 2015.
- ^ "Field Listing: Area". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Dicapai pada 4 January 2009.
- ^ "Production of Crude Oil including Lease Condensate 2016" (CVS download). US Energy Information Administration. Dicapai pada 28 May 2017.
- ^ "Crude Oil Proved Reserves 2016" (CVS download). US Energy Information Administration. Dicapai pada 28 May 2017.
- ^ Hayler, William B.; Keever, John M. (2003). American Merchant Seaman's Manual. Cornell Maritime Press. m/s. 14.3. ISBN 0-87033-549-9.
- ^ OPEC melangkah dengan ahli baru - Kommersant Moscow
- ^ Brazil bergembira dengan OPEC
Pautan luar
- OPEC laman web
- https://archive.is/20120523225455/www.eia.doe.gov/emeu/cabs/opec.html
- Ensiklopedia ekonomi: OPEC
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) | |
Algeria | Indonesia | Iran | Iraq | Kuwait | Libya | Nigeria | Qatar | Arab Saudi | Emiriah Arab Bersatu | Venezuela |