| Nishi Nippon Pirates / Nishinippon Pirates | |
|---|---|
![]() Lencana topi | |
| Maklumat | |
| Liga | Nippon Professional Baseball
|
| Lokasi | Chūō-ku, Fukuoka, Fukuoka, Jepun |
| Stadium | Stadium Heiwadai |
| Tahun penubuhan | 1949 |
| 1951 (bergabung dengan Nishitetsu Clippers) | |
| Warna | Putih, biru, kuning |
| Pemilikan | Nishinippon Shimbun |
| Pengurus | Toshio Kojima |
Nishi Nippon Pirates (西日本パイレーツ, Nishi-Nippon Pairētsu) atau Nishinippon Pirates, merupakan bekas pasukan Nippon Professional Baseball (NPB) dan salah satu ahli pengasas Liga Pusat pada tahun 1950. Pasukan ini dimiliki oleh Nishinippon Shimbun dan bermain di Stadium Heiwadai di Fukuoka, Jepun.
Selepas hanya satu musim, di mana mereka menjadi mangsa kepada perfect game pertama dalam sejarah besbol profesional Jepun, seterusnya menghadapi masalah kewangan dan pengurusan, dan menamatkan musim di tempat keenam, pasukan ini bergabung dengan Nishitetsu Clippers, pasukan lain yang berpusat di Fukuoka, untuk membentuk Nishitetsu Lions dalam Liga Pasifik.
Sejarah
Semasa luar musim Liga Besbol Jepun (JBL) 1949–50, Nishinippon Shimbun dan Kereta Api Nishitetsu, yang merupakan syarikat surat khabar dan kereta api masing-masing, merancang untuk menubuhkan pasukan besbol profesional bersama.[1] Namun begitu, rancangan itu gagal apabila JBL memutuskan untuk menyusun semula liga dan membahagikannya kepada Liga Pusat dan Liga Pasifik sebelum musim 1950.
Selepas pembahagian itu, Yomiuri Shimbun, syarikat surat khabar yang memiliki Yomiuri Giants dalam Liga Pusat, memujuk Nishinippon untuk menubuhkan pasukan mereka sendiri dalam Central Liga Pusat. Hasilnya, Nishi Nippon Pirates ditubuhkan pada 19 September 1949,[2] dengan Stadium Heiwadai yang baru dibina di Fukuoka sebagai gelanggang stadium mereka.[3] Nishitetsu pula meneruskan rancangan mereka dan menubuhkan pasukan Nishitetsu Clippers dalam Liga Pasifik pada bulan November.
Pada 28 Jun 1950, dalam perlawanan menentang Giants, Pirates tewas dalam perfect game Hideo Fujimoto, yang merupakan permainan perfect game pertama dalam sejarah besbol profesional Jepun. Disebabkan kurangnya pengalaman pemilikan dalam mengurus pasukan sukan, pengurusan Pirates tidak stabil dan mereka menghadapi masalah kewangan. Menjelang bulan Ogos, gaji pemain mula tertangguh dan akhirnya tidak dibayar. Nishitetsu menyedari pengurusan Shimbun gagal, mencadangkan penggabungan dan persetujuan rasmi dicapai pada bulan September.
Pasukan ini menamatkan musim di tempat keenam daripada lapan pasukan dalam Liga Pusat. Namun begitu, oleh kerana perbezaan kualiti pemain yang besar antara pasukan teratas dan terbawah, rekod Pirates ialah 50–83–3, iaitu 48 perlawanan di belakang Shochiku Robins yang berada di tempat pertama.
Selepas musim itu, pihak pengurusan menentang cadangan Yomiuri untuk menggabungkan Taiyo Whales dan Hiroshima Carp serta membubarkan Pirates bagi mewujudkan Liga Pusat yang terdiri daripada enam pasukan. Dalam satu mesyuarat wakil pasukan Liga Pusat pada 10 Januari 1951, cadangan penyusunan semula liga itu ditangguhkan. Menjelang seminggu kemudian, Pirates mengumumkan bekas pengurus Giants, Osamu Mihara sebagai pengurus baharu pasukan.
Matlamat asal rancangan penggabungan pasukan ialah untuk bermain dalam Liga Pusat, di mana mereka boleh terus bertemu Giants yang popular. Namun begitu, rancangan ini menjadi rumit apabila pasukan mengupah Mihara dan cuba mendapatkan pemukul Giants, Noboru Aota, kerana Giants dan pasukan Liga Pusat lain menganggap cubaan itu bermasalah.[4]
Dengan hubungan yang tegang dengan pasukan Liga Pusat lain, akhirnya diumumkan pada 30 Januari bahawa penggabungan Pirates dengan Clippers akan menubuhkan pasukan Liga Pusat baharu, iaitu Nishitetsu Lions. Mihara kemudiannya menjadi pengurus Lions bermula musim 1951.[5] Selepas penggabungan, Giants berhujah bahawa Liga Pusat mempunyai hak ke atas pemain Nishi Nippon, dan Yuko Minamimura dan Saburo Hirai akan bermain untuk Yomiuri pada musim berikutnya.
Catatan
- ^ "1951年 西鉄ライオンズ誕生!" [1951 - The Nishitetsu Lions are born!] (dalam bahasa Jepun). Saitama Seibu Lions. Dicapai pada December 13, 2020.
- ^ Chunichi Dragons, penyunting (February 1, 2006). 中日ドラゴンズ70年史 [70-year history of the Chunichi Dragons] (dalam bahasa Jepun). Chunichi Shimbun. m/s. 47. ISBN 978-4806205142.
- ^ "【球跡巡り・第6回】西鉄黄金時代の「野武士軍団」が躍動した舞台 平和台野球場" [[Baseball Ruins Tour #6] Heiwadai Baseball Stadium, where the "Wild Warrior Army" of Nishitetsu's Golden Age thrived] (dalam bahasa Jepun). Nippon Professional Baseball. October 19, 2018. Dicapai pada December 6, 2020.
- ^ "西鉄ライオンズ最強伝説: 草創期編/5 三原、福岡へ" [The Legend of the Nishitetsu Lions: The Early Years / 5 Mihara Goes to Fukuoka]. Mainichi Shimbun (dalam bahasa Jepun). June 9, 2017. Dicapai pada December 13, 2020.
- ^ "1951 Nishitetsu Lions". Baseball-Reference.com. Dicapai pada December 14, 2020.









