Saitama Seibu Lions (埼玉西武ライオンズcode: ja is deprecated , Saitama Seibu Raionzu) merupakan pasukan besbol profesional Jepun yang beraksi di Liga Pasifik Jepun dan berpusat di Tokorozawa, Wilayah Saitama. Sebelum tahun 1979, pasukan ini berpangkalan di Fukuoka, Kyushu. Pasukan ini dimiliki oleh anak syarikat Seibu Railway, yang berada di bawah Seibu Holdings. Pasukan ini mengalami masalah kewangan pada tempoh terkini tetapi keadaan ini dilihat pudar apabila pasukan ini memperoleh rekod ¥6 bilion (kira-kira $51.11 juta) bayaran posting daripada Boston Red Sox untuk mendapatkan kontrak pemain Daisuke Matsuzaka. Antara tahun 1978 dan 2008, maskot dan logo pasukan adalah berdasarkan versi dewasa Kimba the White Lion, sebuah siri manga dan anime Jepun yang dihasilkan oleh Osamu Tezuka.[a][b] Pada tahun 2004, bekas pemain Seibu iaitu Kazuo Matsui menjadi infielder Jepun pertama yang beraksi di Major League Baseball.[1]
^Walaupun ramai peminat, pegawai pasukan dan anggota-anggota sidang menganggap maskot itu merupakan variasi daripada Kimba, Tezuka menyatakan ia berdasarkan Panja (Caesar), bapa kepada Kimba.[perlu rujukan]
^Lions menggunakan maskot baru pada musim 2009.[perlu rujukan]