Nama asli | Melayu: Tarian Ngajat Menurut Kamus Dewan Bahasa Iban Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, perkataan "ngajat" berasal daripada kata kerja "kajat" yang bermaksud terlompat-lompat. |
---|---|
Genre | Tradisional |
Alat muzik | tawak (gong) , bebendai (canang) , ketebung (gendang) , engkerumung (keromong) Muzik tradisional Iban yang bernama Tabuh Iban dirakam di Sarawak, Malaysia pada tahun 1979. |
Tahun | 2007 - Warisan Budaya Tak Ketara Kebangsaan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara Malaysia |
Asal usul | Sarawak, Malaysia[1][2][3][4] |
Tarian Ngajat adalah salah satu tarian tradisional yang berasal daripada Sarawak,Malaysia[5][6][7][8]. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah:
- Ngajat Indu
- Ngajat Bebunuh
- Ngajat Lesung
- Ngajat Semain
- Ngajat Berayah
- Ngajat Pua Kumbu
- Ngajat Kuta
- Ngajat Ngalu Temuai
- Ngajat Mai antu pala
Asal-usul tarian ngajat menurut kajian pakar sains dan arkeologi mendapati bahawa ngajat merupakan tarian yang berasal dari Sarawak bermula daripada penghijrahan orang Iban dari Gua Niah ke Kapuas di Kalimantan Barat. Perkara ini diperkukuhkan lagi dengan Ngajat sebagai salah satu daripada senarai Warisan Negara Tak Ketara pada tahun 2007. Hal ini dilihat dari perbedaan pakaian tradisi sama musik serta rentak tari. Di Sarawak, masyarakat Iban memilih memakai baju tradisi dari leluhur mereka. Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.
Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormatan dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh. Ketika tarian ini ditarikan penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.
Sejarah
Sejarah tarian Ngajat bermula dengan nenek moyang masyarakat Iban mengikuti gerakan burung tiung (common hill myna) dan burung ruai (great argus). Menurut temu bual lisan bersama Louis Samai dari Lubuk Antu, Sarawak, nenek moyang masyarakat Iban bermimpi datang ke sebuah kampung terpencil. Di situ, mereka mencari tempat untuk menanam padi, tempat untuk berburu dan mereka terjumpa bekas tapak kaki burung tiung. Apabila melihat bekas tapak kaki itu, gerakannya seolah-olah tarian Ngajat membuatkan mereka mengikuti gerakan tersebut.
Sambil menari, mereka melihat ke atas gunung, dan ternampak seekor burung ruai. Burung ruai itu mengepakkan dan melebarkan sayapnya seolah-olah tangan manusia. Mereka juga mengikuti gerak-geri burung ruai itu. Dan hasil daripada gerakan kedua-kedua gerakan itu, tercipta "Bungai Ajat" atau "Bunga Ajat". Kerana itulah, apabila masyarakat Iban bertabuh dan menari, burung tiung juga turut akan menggerakkan kakinya manakala burung ruai akan menggerakan sayapnya.
Peralatan muzik
Muzik iringan dimainkan daripada alat-alat seperti gong besar (Tawak) dan gong sederhana (Bebendai), gendang atau Ketebung dan satu set gong kecil Engkurumung. Sape adalah alat muzik bertali seperti gitar.
Pakaian tradisi
Penari lelaki akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.
Bagi penari wanita atau digelar sebagai 'kumang', mereka memakai pakaian tradisi seperti sugu tinggi sebagai hiasan kepala, rawai tinggi di bahagian dada, kain tenun yang diikat pada pinggang, gelang tangan dan kaki, dan anting-anting.
Pautan luar
- ^ Ngajat Iban: A Cultural Study - eJournal UPSI https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/4512
- ^ https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/640
- ^ https://psivik.wordpress.com/nota-2/tarian/tarian-ngajat/
- ^ https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tarian-ngajat-identiti-masyarakat-iban-208669
- ^ Ngajat Iban: A Cultural Study - eJournal UPSI https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSPS/article/view/4512
- ^ https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/640
- ^ https://psivik.wordpress.com/nota-2/tarian/tarian-ngajat/
- ^ https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tarian-ngajat-identiti-masyarakat-iban-208669