Pengaturcaraan | |
---|---|
Format gambar | 1080i HDTV (diturunkan ke kotak surat 576i untuk suapan SDTV) |
Pemilikan | |
Pemilik | National Geographic Society |
Saluran kembar | National Geographic Channel, National Geographic Music |
Sejarah | |
Dilancarkan | 10 Ogos 2006 30 Ogos 2010 (Malaysia) |
Ditutup | 1 Mac 2021 (SD, Malaysia) 1 Oktober 2021 (Unifi TV 1 Februari 2023 (Astro dan NJOI) |
Digantikan oleh | Love Nature 4K & Love Nature |
Pautan | |
Laman web | ngwild.com natgeowild.co.uk |
Ketersediaan | |
Kabel | |
Virgin Media UK | Saluran 228 |
StarHub TV Singapura | Saluran 77 |
UPC Ireland | Saluran 216 |
RCS&RDS Romania | Saluran 48 |
UPC Romania | Saluran 51 |
Viet Bao CATV Vietnam | Saluran 24 |
HOT Israel | Saluran 45 |
Cable TV Hong Kong Hong Kong | Saluran 56 |
Ziggo Belanda | Saluran 205 |
UPC Belanda | Saluran 316 |
Satelit | |
Digiturk Turki | Saluran 82 |
Sky Digital UK | Saluran 528 |
Digi TV Romania | Saluran ? |
DStv Afrika Selatan | Saluran 261 |
SKY Italia Itali | Saluran 405 |
Showtime Arabia Timur Tengah | Saluran 213 |
Astro (Malaysia) | Saluran 550 (HD) |
Media penstriman | |
Astro Malaysia | Astro GO / On Demand |
National Geographic Wild, selalunya disebut sebagai Nat Geo Wild, ialah sebuah saluran televisyen berlangganan. Ia merupakan saluran terbaru yang dilancarkan National Geographic Society. Pertama kali dilancarkan di Hong Kong dan Singapura pada 10 Ogos 2006,[1] ditujukan pada program hidupan liar dan sejarah alam. Saluran ini kemudian dilancarkan di United Kingdom, Turki, Republik Ireland, Romania dan Vietnam menggantikan Adventure One. Saluran ini menjadi saluran kehidupan liar dwibahasa pertama di dunia, tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kantonis di pasaran Hong Kong. Nat Geo Wild dilancarkan di Malaysia pada 30 Ogos 2010 sebagai saluran kuadribahasa dengan audio tersedia dalam bahasa Melayu serta pilihan audio bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Program
Program Nat Geo Wild bersumber dari berbagai bahan, termasuk pengedar United Kingdom dan Eropah, produksi bersama umum dan produksi National Geographic Television.[2] Semua program didasarkan pada kehidupan liar ala dan sejarah kehidupan liar, dengan fokus besar terhadap pemangsa kejam. Versi Britain dan Asia memiliki program yang dipusatkan pada kehidupan liar di wilayah tempatnya. Program terkenal meliputi:
- Bug Brother
- The Kill Zone
- Gone Wild
- Killer Instincts
- Wild Asia
- Crittercam
Ketersediaan
Saluran ini mencapai angka 10.5 juta penonton di Britain melalui penyedia TV berlangganan Sky Digital, Virgin Media. Di Republik Ireland, saluran ini disaksikan 500,000 penonton melalui UPC Ireland dan Sky Digital. Di Asia, saluran ini disiarkan melalui Star Hub dan Now TV. Showtime Arabia menyiarkan saluran ini bagi penonton Timur Tengah.
Menurut laporan pers, NGCI dijadualkan melancarkan saluran ini secara global, dengan perluasan ke Eropah, juga Afrika Selatan dan Israel.
Trivia
- Versi Asia dan Britain sedikit berbeza pada penampilannya. Logo di Britain memiliki tanda guratan - kemungkinan untuk menggambarkan alam liar di saluran itu. Asia mengambil logo yang lebih generik.
Rujukan
- ^ "National Geographic Channels International launches new channel - Nat Geo Wild" (Siaran akhbar). National Geographic Channels (International). 10 Ogos 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-24. Dicapai pada 24 September 2007. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan) - ^ "National Geographic Channel set to go wild" (Siaran akhbar). National Geographic Channels (International). 7 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-23. Dicapai pada 24 September 2007. Check date values in:
|accessdate=
dan|date=
(bantuan)
Lihat juga
- National Geographic Channel Australia
- National Geographic Channel (Britain)
- National Geographic Society
- Nat Geo Adventure