Muammar Qaddafi bin Mohd Nasir | |
---|---|
Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional | |
Dalam jawatan Disember 2023 - kini | |
Ketua | Mohd Hasbie Muda |
Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan Februari 2024 - kini | |
Ketua | Mohd Hasbie Muda |
Didahului oleh | Mohd Sufian Mat Ali |
Setiausaha AMANAH Kawasan Kuala Terengganu | |
Dalam jawatan November 2023 - Kini | |
Ketua | Mohamad Zamir Ghazali |
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2024 - 2025 | |
Ketua | Mohd Hasbie Muda |
Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 2019 - 2023 | |
Ketua | Mohamad Zamir Ghazali |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Asyeema Aliemen |
Anak | 1 |
Tempat belajar | Uitm Dungun |
Muammar Qaddafi bin Mohd Nasir (Jawi : مواممر قاددافي بن محمد ناصر lahir 27 Oktober 1991) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti AMANAH Negara (AMANAH) berketurunan melayu yang bertapak di Negeri Terengganu.
Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan dibesarkan di Kampung Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Beliau merupakan anak kedua dari Mohd Nasir bin Zainal dan Zaharah binti Ibrahim (Meninggal: 1991). Bapa beliau juga merupakan seorang ahli politik diperingkat negeri Terengganu manakala almarhum ibunya merupakan bekas Ketua Editor Jabatan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Muammar Qaddafi mendapat pendidikan awal di SK Sungai Tong, dan seterusnya ke peringkat menengah dan menengah atas di SMK Sungai Tong.
Beliau melanjutkan pendidikan diperingkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Pemasaran).
Beliau berkahwin pada 17 Mei 2021 kepada Asyeema Aliemen dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 12 Mei 2024 yang diberi nama Juita.
Penglibatan dalam Parti AMANAH Negara
Beliau menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) pada 2015 dan merupakan pengasas Parti AMANAH Kawasan Setiu. Beliau bertindak sebagai Setiausaha penaja AMANAH Kawasan Setiu pada tahun 2015 dan seterusnya dilantik sebagai Setiausaha Kawasan dari 2016 sehingga tahun 2019. AMANAH Setiu ketika itu diketuai oleh En. Nordin Said.

Beliau juga merupakan pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Negeri Terengganu bagi penggal pertama (2016 - 2019) dibawah kepimpinan YB Senator Mohd Hasbie Muda. Muammar Qaddafi terlibat dalam mesyuarat penubuhan Pemuda AMANAH Negeri Terengganu pada 2016.
Pada tahun 2019, selepas pemilihan kali pertama Parti AMANAH, beliau diberi peranan sebagai Setiausaha Pemuda AMANAH Negeri Terengganu yang diketuai oleh Mohamad Zamir Ghazali.
Beliau berpindah dari Kawasan Setiu ke Kawasan Kuala Terengganu pada 2021 dan dilantik sebagai AJK Amanah Kawasan Kuala Terengganu dibawah pimpinan Raja Kamarul Bahrin Shah
Dalam pemilihan parti pada tahun 2023, Muammar Qaddafi bertanding diperingkat Pemuda Amanah Nasional dan mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Media Baru dan Penulisan Kreatif dan Timbalan Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Nasional.
Beliau turut bertanding diperingkat Kawasan Kuala Terengganu dalam Mesyuarat Agung Tahunan Parti AMANAH Negara Kawasan Kuala Terengganu dan berjaya mendapat tempat. Muammar Qaddafi kemudian dilantik sebagai Setiausaha Parti AMANAH Kawasan Kuala Terengganu.
Jawatan sebagai setiausaha kawasan membawa beliau sebagai AJK AMANAH Negeri Terengganu dan diberi kepercayaan sebagai Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri.
Beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan diperingkat Pemuda AMANAH Negeri Terengganu setelah tujuh tahun bergerak sebagai Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Terengganu.
Pemilihan Pemuda AMANAH Nasional 2023

Sayap Pemuda AMANAH Nasional mengadakan konvensyen Pemuda AMANAH 2023 pada 16 Disember 2023 di Bangsar South, Kuala Lumpur dan memilih 27 orang Jawatankuasa Pimpinan Pemuda AMANAH Nasional sesi 2023 - 2026. Kira kira 450 perwakilan dari seluruh negara membuang undi pada pemilihan ini.
Jawatankuasa Pemilihan telah menerima 70 pencalonan dari 6 negeri dan 64 Pemuda Kawasan. Seramai 128 orang telah dicalonkan dalam pemilihan kali ini dengan 34 orang calon tertolak. Menjadikan jumlah calon bertanding adalah seramai 94 orang.

Dalam pemilihan kali ini, dua kumpulan yang dilihat kedepan dalam kempen adalah Arus Baru Pemuda yang diketuai Azhar Rahman dan Kita Pemuda yang diketuai oleh YB Senator Hasbie Muda.
Keputusan menyaksikan kemenangan berpihak secara majoriti kepada kumpulan yang diketuai oleh Hasbie Muda, namun Azhar Rahman turut tersenarai sebagai pemenang pemilihan ini. Menandakan penerimaan ahli Pemuda terhadap sosok pemimpin Pemuda dari Negeri Perak itu.
Muammar Qaddafi mendapat tempat ke 11 dari 27 dengan memperoleh undian sebanyak 297 undi.
Pakatan Harapan Terengganu

Pakatan Harapan Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat dan pemilihan bagi sesi 2024 - 2025 pada 20 November 2024 yang dihadiri oleh masing masing 9 orang wakil dari parti komponen iaitu AMANAH, KEADILAN dan DAP.
Dalam mesyuarat dan pemilihan ini, Mohd Hasbie Muda telah dipilih untuk mengantikan YM Dato Raja Kamarul Bahrin Shah sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Terengganu bagi sesi 2024 - 2025.
Sdr Muammar Qaddafi pula telah dicalonkan dan dipersetujui secara syura ahli mesyuarat untuk memegang jawatan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Negeri Terengganu bagi sesi 2024 - 2025 mengantikan Mohd Sufian bin Mat Ali.
Penulis
Muammar Qaddafi banyak menghasilkan tulisan analisis politik di portal berita seperti The Malaysian Insider (telah lupus), Malaysiakini, dan Malaysiadateline. Beliau juga banyak berkongsi pandangan politik melalui laman Facebook beliau.
Beliau juga telah menghasilkan tigabuah buku iaitu, "Teknologi Tanaman Secara Hidroponik" yang diterbitkan pada 2021, "Gelora Pemuda" yang diterbitkan pada 2023 dan dilancarkan oleh Presiden Parti AMANAH, Mohamad Sabu dalam konvensyen Pemuda AMANAH tahun 2023 dan buku "Komunikasi Strategik - Panduan Praktikal Untuk Pimpinan Parti AMANAH" yang diterbitkan pada Disember 2024.
Teknologi Tanaman Secara Hidroponik
Buku Sistem Tanaman Secara Hidroponik terbitan GM Peladang Publication ialah sebuah panduan praktikal yang membincangkan kaedah pertanian moden menggunakan medium air bernutrien sebagai alternatif kepada tanah. Ia ditulis dengan pendekatan mudah difahami, sesuai untuk pembaca umum, pelajar, dan juga usahawan tani yang mahu memulakan projek hidroponik.
Antara isi utama yang diketengahkan ialah pengenalan kepada konsep hidroponik, sejarah perkembangan kaedah ini, serta perbandingan kelebihan dan kekurangan berbanding pertanian konvensional. Buku ini menekankan bahawa hidroponik bukan sahaja menjimatkan ruang dan air, tetapi juga mampu menghasilkan tanaman berkualiti tinggi dalam masa yang lebih singkat.
Bahagian teras buku ini memperincikan jenis-jenis sistem hidroponik, termasuk Nutrient Film Technique (NFT), sistem sumbu, sistem titisan, dan sistem pasang surut. Penulis turut memberikan penerangan teknikal tentang penyediaan larutan nutrien, kawalan pH, pencahayaan, serta aspek pengudaraan yang kritikal dalam memastikan kejayaan tanaman.
Selain itu, buku ini menampilkan panduan langkah demi langkah untuk menubuhkan kebun hidroponik berskala kecil mahupun komersial. Aspek kos, keperluan asas peralatan, serta teknik penjagaan turut dihuraikan secara sistematik. Hal ini menjadikan buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh mereka yang baru berjinak-jinak dengan hidroponik mahupun pengusaha yang ingin meningkatkan produktiviti.
Buku ini ditulis bersama Mohamad Zamir Ghazali.
Buku: Gelora Pemuda
Buku Gelora Pemuda mengisahkan perjalanan sayap Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak awal penubuhannya selepas perpecahan dalam PAS pada 2015. Ia bermula dengan detik kelahiran AMANAH melalui kumpulan progresif G18 dan penubuhan Gerakan Harapan Baru, sebelum parti ini secara rasmi dilancarkan. Dari situ, buku ini menyoroti bagaimana Pemuda AMANAH menjadi wadah anak muda yang progresif, kritis, dan lantang memperjuangkan isu rakyat .
Antara tema utama buku ini ialah cabaran membina organisasi anak muda baharu, termasuk tekanan politik, kekangan kewangan, serta kehilangan sokongan akibat fitnah dan tohmahan. Pemuda AMANAH turut terlibat aktif dalam gerakan massa seperti BERSIH 5.0 dan #TangkapMO1, sekali gus menegaskan pendirian mereka terhadap integriti, demokrasi, dan keadilan .
Buku ini juga menyorot pengalaman Pemuda dalam pilihan raya, bermula PRU14 yang menyaksikan enam calon Pemuda menang, sehinggalah PRU15 apabila lebih ramai calon Pemuda diketengahkan di kerusi parlimen dan DUN. Pengalaman getir seperti kekalahan dalam beberapa PRN, kempen fitnah lawan, serta kesan politik wang turut dibahaskan dengan telus .
Selain pencapaian, penulis juga membongkar konflik dalaman Pemuda AMANAH, seperti pertembungan antara kem “Pemuda Bekerja” dan “Pemuda Bangkit” sewaktu pemilihan parti. Namun, konflik ini akhirnya menjadi ruang pembelajaran yang mematangkan organisasi dan melahirkan generasi pemimpin muda yang lebih berdaya saing.
Secara keseluruhan, Gelora Pemuda merupakan satu catatan sejarah politik, dan juga testimoni perjuangan anak muda yang berani melawan arus dan membina wadah sendiri. Ia menampilkan sisi idealisme, kejatuhan, kebangkitan semula, dan semangat solidariti Pemuda AMANAH, sekali gus menjadikannya bacaan penting untuk memahami dinamika politik belia dalam landskap Malaysia moden .
Komunikasi Strategik - Panduan Praktikal Untuk Pimpinan Parti AMANAH
Buku Komunikasi Strategik meneliti peranan komunikasi sebagai tonggak utama dalam memperkukuh kedudukan politik Parti Amanah Negara (AMANAH) di Malaysia. Ia menekankan bagaimana komunikasi bukan sekadar penyampaian mesej, tetapi strategi menyeluruh yang membentuk imej, membina kepercayaan, dan menggerakkan sokongan rakyat terhadap parti.
Tema utama buku ini ialah pentingnya komunikasi berstrategi dalam politik moden, khususnya dalam menghadapi persaingan sengit parti-parti lain dan cabaran media baharu. Penulis menghuraikan keperluan AMANAH membangunkan naratif politik yang jelas, konsisten, dan dekat dengan denyut nadi rakyat agar parti ini dapat muncul sebagai wadah progresif yang dipercayai.
Isi kandungan buku banyak memberi fokus kepada pendekatan komunikasi politik, termasuk pengurusan media, penggunaan media sosial, retorik kepimpinan, serta pengurusan krisis. Penulis turut menekankan aspek komunikasi dalaman parti iaitu bagaimana mesej parti perlu difahami, dihayati, dan diamalkan oleh setiap lapisan kepimpinan dan ahli. Komunikasi strategik dalam hal ini berfungsi sebagai alat untuk menjenamakan semula parti, memperkenalkan wajah kepimpinan muda, serta memperluas daya tarikan kepada masyarakat majmuk.
Buku Komunikasi Strategik ialah sebuah panduan yang menggabungkan teori komunikasi dengan keperluan praktikal politik semasa. Ia memberikan panduan jelas tentang bagaimana komunikasi boleh menjadi medium transformasi politik, sekali gus menjadikan buku ini relevan bukan sahaja untuk ahli AMANAH, tetapi juga untuk sesiapa yang ingin memahami seni komunikasi dalam dunia politik Malaysia.
Pautan Luar
Facebook : Muammar Qaddafi
Tik Tok : Muammar Qaddafi