Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani | |
---|---|
محمّد عسماوي فكري عبدالغني | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Nenggiri | |
Menyandang jawatan 17 Ogos 2024 | |
Didahului oleh | Mohd Azizi Abu Naim (PN–BERSATU) |
Majoriti | 3,352 (2024) |
Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Kelantan | |
Menyandang jawatan 31 Mac 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Ketua Pemuda Negara | Muhamad Akmal Saleh |
Naib Ketua Pemuda | Mohd Sharizal Semsuddin |
Didahului oleh | Noor Hariri Mohamed Noor |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani 11 September 1986 ![]() ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Pasangan | Noor Khamilaa Mohd Zain (k. 2010) |
Anak | 3 |
Pendidikan | Sekolah Kebangsaan Gua Musang Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra |
Tempat belajar | Universiti Utara Malaysia (BBA) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani (Jawi: محمّد عسماوي فكري بن عبدالغني; lahir 11 September 1986), juga dikenali sebagai Awie, merupakan ahli politik Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi Nenggiri. Beliau adalah ahli, Ketua Pemuda Negeri Kelantan dan Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Bahagian Gua Musang, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Beliau adalah satu-satunya daripada 2 wakil BN dan UMNO di empat negeri yang dikuasai Perikatan Nasional.[1][2]
Kehidupan awal dan pendidikan
Mohd Azmawi Fikri bin Abdul Ghani was born in Gua Musang, Kelantan, Malaysia on 11 September 1986. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gua Musang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra. Selepas menamatkan Tingkatan 6, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Utara Malaysia, di mana beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2019.
Kerjaya perniagaan
Mohd Azmawi Fikri telah berkhidmat sebagai pengurus untuk Kaz Tech Enterprise sejak 2006, pengarah urusan AF Eighty Six Squad Sdn Bhd sejak 2020, ahli lembaga pengarah FELCRA dari 2022 hingga 2023, dan ahli lembaga pengarah untuk Institut Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Pemprosesan & Kejuruteraan FELCRA sejak 2023.
Kerjaya politik
Mohd Azmawi Fikri pernah berkhidmat sebagai Ketua Komunikasi Pemuda UMNO Kelantan (2018–2023) dan Naib Ketua Pemuda UMNO Kelantan (2022–2023). Kini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pemuda bahagian Gua Musang sejak 2018 dan Ketua Pemuda UMNO Kelantan sejak 2023.
Kehidupan peribadi
Mohd Azmawi Fikri berkahwin dengan Noor Khamilaa Mohd Zain pada 2010 dan mempunyai 3 orang anak.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2024 | N43 Nenggiri | Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (UMNO) | 9,091 | 61.35% | Mohd Rizwadi Ismail (BERSATU) | 5,739 | 38.65% | 14,830 | 3,352 | 73.88% |
Rujukan
- ^ Kasthuri Jeevendran (17 Ogos 2024). "Ini bukan kemenangan saya seorang sebaliknya kemenangan besar parti – Awie". Malaysia Gazette. Dicapai pada 19 Ogos 2024.
- ^ Nor Fazlina Abdul Rahim (17 Ogos 2024). "Terima kasih pengundi kerana pilih saya - Mohd Azmawi". Berita Harian. Dicapai pada 19 Ogos 2024.