Mentega (Jawi: منتيݢ ) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu.
Bahan ini kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi juga boleh dibuat dari mamalia lain seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadangkala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi terdiri hampir keseluruhannya dari lemak mentega.
Mentega adalah emulsi yang kekal sebagai pepejal apabila disejukkan, tetapi masih boleh disapu pada suhu bilik, dan mencair kepada cecair nipis berkonsisten pada 32–35 °C (90–95 °F). Ketumpatan mentega ialah 911 kg/m3 (1535.5 lb/yd3).[1]
Mentega umumnya mempunyai warna kuning pucat, tetapi boleh berubah antara kuning tua hingga hampir putih. Warna mentega bergantung pada makanan haiwan dan ia lazimnya boleh diolah dengan pewarna makanan dalam proses pengeluaran komersil termasuk anato atau karotena.
Peristilahan
Perkataan mentega meminjam dari Portugis: manteiga .[2]
Istilah "mentega" juga digunakan dalam nama produk yang dibuat dari sebarang kacang atau kekeras yang dikisar lumat seperti mentega kacang mahupun lemak lain yang pejal pada suhu bilik seperti mentega koko dan mentega sayur. Namun dalam kegunaan umum, istilah "mentega" hampir sentiasa merujuk pada produk tenusu.
Lihat juga
Nota
- ^ Elert, Glenn. "Density". The Physics Hypertextbook.
- ^ Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 217.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mentega |
Cari Mentega dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Composition and characteristics of butter, The Canadian Dairy Commission Diarkibkan 2006-05-03 di Wayback Machine
- Manufacture of butter, The University of Guelph
- "Butter" Diarkibkan 2003-08-02 di Wayback Machine, Food Resource, College of Health and Human Sciences, Oregon State University, February 20, 2007. – FAQ, links, and extensive bibliography of food science articles on butter.
- Cork Butter Museum: the story of Ireland’s most important food export and the world’s largest butter market