Lan Pet Pet | |
|---|---|
| Kelahiran | Mazlan bin Ahmad 20 Mei 1969 |
| Nama lain | Lan Pet Pet |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak, pembantu peguam |
| Tahun aktif | 1996–kini |
Karya | Filemografi |
| Pasangan | Rubihah Abu Bakar @ Che Wan (k. 2008) |
| Anak-anak | 4 |
| Ibu | Asma Abdullah |
| Bapa | Ahmad Mahmood |
| Saudara | Mahadzir Ahmad (saudara kandung) |
Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet (lahir 20 Mei 1969) ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan pelawak Malaysia. Beliau ialah anggota kumpulan Senario.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai program realiti lawak Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1994. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan nasihat.
Beliau memulakan kerjaya beliau dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagai diri beliau sendiri, watak Mazlan.
Kehidupan peribadi
Beliau telahpun mendirikan rumah tangga bersama Ruby Che Wan pada 20 Ogos 2008. Bersama isterinya, beliau telah ke Tanah Suci untuk menunaikan Haji pada tahun 2017, bertepatan dengan pada hari ulang tahun perkahwinannya.[1]
Filemografi
Anugerah dan pencalonan
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian
(ABPBH) | ||
|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan |
| 1998 | Penghibur TV Popular | Menang |
| 1999 | Penghibur TV Popular | Menang |
| 2000 | Penghibur TV Popular | Menang |
| 2000 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang |
| 2001 | Artis Duo/Berkumpulan Popular | Menang |
| 2001 | Artis Komedi Lelaki Popular | Menang |
| 2024 | Artis Komedi Popular (bersama Senario) | Menang |
| Anugerah Lawak Warna 2014 | ||
|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan |
| 2014 | Komedi Sepanjang Zaman | Menang |








